Banner created with MyBannerMaker.com

suka ke blog ni?


::: Anniversary :::

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, November 29, 2008

-Cinta Suhaili Johanna-

assalamualaikum kawan2. harap cerpen ini tak membosankan semua.
komen anda semua amat saya perlukan untuk memperbaiki kelemahan saya.
huhuhuhu..skema betul ayat ku harini.



“Wei Joe,,tu ko tengok kekasih hati ko dengan si minah gedik tu.. eiii.. meluat betul aku tengok Sherry tu, rase cam nak deb je dada dia.. menyampah ko tau tak..”, adu Lily kepada Joe.

Joe aka Suhaili Johanna adalah satu-satunya sahabat baik kepada Lily, ini kerana Joe lebih memahami dan ikhlas dengan diri Lily.

Selama ini, ramai yang ingin berkawan dengan Lily. Tapi niat mereka semata-mata ingin menumpang glamour dan kekayaan Lily. Tapi tidak bagi Joe. Bagi Joe kekayaan boleh dicari tapi teman sejati sukar dimiliki.

“Ko ni kenapa Lily?? Biarlah dorang tu. Aku nak wat macam mana lagi..?? Takkanlah aku nak pegi tumbok muka Sherry tu depan Irman??”, kata Joe sambil menyarungkan cap Nike nya ke kepala. Sambil itu matanya menjeling ke arah pasangan itu dengan hati yang terguris, tapi mukanya hanya selamba sahaja. Dia sedar siapa dirinya, dia hanyalah tomboy. Selekeh..

Tak kan lah orang sekacak Irman Hamidi itu akan pandang padanya. Cukuplah hanya dia sahaja yang memendam perasaan itu sendiri. Cuma Lily sahaja yang mengerti perasaan Joe.

Lily mencebik.

“Kau ni Joe.. Ko pergi lah luahkan perasaan ko kat Irman tu.. Mane tau dia pon syok kat ko.. Jangan lah asyik nak merendah diri,”pujuk Lily bila melihat mata Joe sudah merah. Tangan Lily pula sudah mengusap-usap belakang Joe persis seorang kakak memujuk adiknya.

“Takpe la Lily.. Aku lebih senang begini. Aku sedar aku sapa. Cuba kau tengok dress up aku ni, seluar jeans, tshirt takde lengan, rambut macam askar, jalan plak tak lenggang lenggok cam si Sherry tu.. Pak guard kat rumah ko tu pon tak pandang aku tau. Apetah lagi si Irman tu..

Ko bukan xtau yang taste dia macam si Sherry tu.. Ala-ala model, kaki panjang, jalan macam kucing jalan, body dia pon malatop tau tak..!! Aku??? Hmmm.. serupa macam askar terlepas dari kem tau…”, Joe meluahkan apa yang terbuku didada. Kepalanya hanya tertunduk sahaja kerana malu dengan keadaan dirinya sekarang ini.

“Joe,,kenapa cakap macam ni?? Ko tu sebenarnya cantik tau. Cantik kau bukan hanya pada fizikal, tapi dalaman kau pon cantik. Cuma kau sembunyikan kecantikan luaran kau tu dengan dress-up sebegini dan rambut ni..”, Lily memujuk sambil menanggalkan cap di kepala Joe. Joe hanya tersengih sahaja lalu merampas semula cap itu dan disarungkan semula ke kepalanya..

“Dah ar Lily.. jom kita masuk kelas. Jap lagi loceng berbunyi, kalau lambat nanti mampus kita kene denda ngan Cikgu Bedah. Dah lah dia anti gila ngan aku, kang tak pasal2 ko plak yang kene denda nanti.. hehehehe”

“Peduli hapa aku sama cikgu disiplin tu,,dia sendiri tak cukup disiplin.. hahahaha.. jom ar…sengal ajer..”, Lily sempat lagi mengutuk Cikgu Bedah sebelum menarik tangan Joe untuk ke kelasnya di 3 Baiduri. Tahun ini mereka akan menduduki Ujian Penilaian Menengah Rendah. Oleh sebab itu Lili dan Joe selalu pergi ke wakaf di tepi kolam ikan sekolah untuk mengulang kaji pelajaran ketika waktu rehat. Mereka lagi senang membawa bekal ke rumah kerana kebersihannya lebih terjamin dan masa untuk belajar pada waktu rehat lebih panjang.

………………………………………………………………………………………


“Hai kawan-kawan.nak tau something tak?” laung Sherry separuh jerit di dalam kelas ketika menunggu kehadiran Cikgu Bedah.
Semua mata memandang ke arahnya yang telah berdiri di depan kelas sambil tangan kanannya memegang buku berwarna hitam.

“ Eh,itu macam buku aku ja,eh mana Sherry dapat buku aku tu?” Joe sudah gelisah dan segera bangkit lalu pergi ke hadapan kelas untuk mengambil buku hitamnya di tangan Sherry. Dia tidak mahu rahsianya terbongkar di depan kawan-kawan kelasnya. Dia malu.

Joe cuba merampas buku tersebut tetap Sherry segera menyorokkan buku itu di belakang nya,

“ Wei Sherry,bak sini balik buku aku tu,mana kau dapat buku aku ni?” Joe sudang berang,tangannya mengepal penumbuk,tunggu masa untuk dihayunkan sahaja,
Tapi Sherry tidak mengendahkan Joe.Sherry tersenyum nipis sambil memanggil Irman supaya dating kedepan.segera Irman ke hadapan dan lantas Sherry membisikkan sesuatu di telinga Irman.

Pelajar –pelajar lain masih tertanya-tanya.Lily yang geram dengan Sherry segera bangun untuk membela Joe.tapi Joe menghalangnya. Segera Lily kembali ke tempatnya dengan hati yang tidak puas hati.
Joe tidak mahu Lily terlibat kerana selama ini Lily telah banyak menolongnya.
Tak terbalas lagi jasa-jasanya.

“Untuk sayang,Irman rela buat apa sahaja.sayang jangan risau ya” kata Irman kepada Sherry lalu berlalu menghadap Joe. Tangan Joe dipegang erat lalu dia tersenyum sinis.


“Sayang bacalah sekarang. Tomboy ni Irman dah tawan macam pesakit mental yang tidak sedar diri,,hahahaha..” Irman gelak besar sambil tangannya mencengkam kuat tangan Joe.

“woi apa ni pegang-pegang aku,lepaslah..Sakit tau tak.”
Joe cuba melepaskan diri,tapi apalah kudrat wanita berbanding lelaki,lebih-lebih lagi Irman,jagoan di padang ragbi.

“Thanks sayang ku Irman.ok,kawan-kawan. Sekarang aku nak baca kisah seorang tomboy yang fall in love dengan teruna yang kacak,bergaya,kaya lagi hensom.”

Sherry memulakan ceritanya dengan gaya manja dan gedik nye.Joe sudah terkaku di tepi Irman tanpa dapat buat apa-apa.dia tahu sebentar lagi maruahnya akan di injak-injak di depan kawan-kawan kelas nya. Air mata Joe sudah mengalir.
Dia hanya mampu berdoa dalam hati agar dia dapat menempuh segala-galanya dengan redha selepas ini.

Sambung Sherry lagi. “wataknya seperti korang nak tau la kan,heronya adalah Irman Hamidi merangkap darling aku dan heroinnya pula adalah tomboy perasan di sekolah kita,tak lain tak bukan adalah Joe ops,,terbagitau pulak name heroin dia,hehehe” Sherry gelak gedik dengan tangannya menutup lembut mulutnya.

Joe diam lagi. Air matanya sudah banyak yang mengalir. Lily memandang Sherry dengan bengis lalu bangun dengan kasar sehinggakan kerusinya terbalik kebelakang. Sherry terperanjat tapi masih membuat muka selamba.
Lily yang sudah berada di depan Sherry mengangkat tangan tinggi dan….PANG.
Sherry tersungkur akibat tamparan Lily. Irman tergamam dan tangan Joe dilepaskannya.

“Kau ni Sherry harap muka ja lawa tapi perangai kau macam binatang. Sekali lagi aku nampak kau buat perangai macam ni, kau jangan terkejut kalau aku buat kau lagi teruk dari ini. Tuihhh.” Ludah Lily ke lantai.

Lily melangkah ke Irman yang sudah serba salah itu. Di cekaknya kolar baju Irman.

“kau pulak jantan tak guna. Sepatut seorang lelaki dilahirkan untuk melindungi wanita,bukannya seperti kau yang hanya tahu menyakiti dan menghina orang.
Kau fikir kau tu bagus sangat ke? kau ingat si Sherry suka sangat kat kau.
Hei man,sedar lah, Sherry tu hanya nak duit kau la. Nak nama kau. Tapi kalau kau takde harta,sebelah mata pun dia tak pandang kau tau. Kau jangan nak berlagak lah. Kau lah jantan paling tak guna yang pernah aku jumpa.huh.!! ko tunggu ar pembalasannya Irman. Sekarang ALLAH bayar cash jer tau.”

Ditolaknya badan Irman dan pegi mendapatkan Joe yang telah terduduk di tepi kelas itu tanpa bersuara. Hanya air matanya sahaja yang masih setia mengalir di pipi.

“Joe,bangun Joe. Jom kita blah sekarang sebelum Cikgu Bedah datang. Nanti lagi kelam kabut kelas ni. Dah,,dah jom. Aku naik nyampah duduk kat kelas ni bila betina ni ada. Berbulu je mata aku.” Sherry yang masih memegang pipi itu dipandang tajam. Ikutkan hati memang nahas Sherry tu aku keje kan,,..eii sabo wahai hati.

“Woi siapa betina hah??” tengking Irman.
“kawan kau tu yang betina tau tak. Dah la tomboy pastu tak sedar diri pulak tu. Ape dia ingat aku suka ke kat dia??. Takde maknanya tau tak. Kalaupun dalam dunia ni tinggal dia sahaja perempuan, aku sanggup bunuh diri dari memilih dia tau. Tak sedar diri betul. Dah Sherry jangan layan diaorang yang tak sedar diri ini. Sorang tomboy sorang lagi bajet bagus. Elok lah tu”Irman berpaling dan membantu Sherry bangun sambil mengusap pipi Sherry.

Teman – teman yang lain hanya memandang sahaja babak yang hanya selalu ditonton di kaca televisyen. Ada yang tersengih tak kurang juga yang turut simpati dengan Joe.

………………………………………………………………………………………


11 TAHUN KEMUDIAN

“ Irman, ko tahu tak yang ko punya department ada engineer baru. Perempuan pulak tu. Cun wo.. leleh aku tengok dia.hahahaha” tegur rafiq ketika sarapan bersama Irman di café depan office nya.

“ye ke?? dah berapa hari dia masuk? Aku baru balik kedah semalam. Tu yang tak tau apa-apa.” Irman seakan excited apabila Rafiq menyatakan hal Engineer baru lebih-lebih lagi bila Rafiq kate yang perempuan tu cun.lagilah diri dia excited.

Dia tahu taste rafiq memang meletop. Setakat ni kawan-kawan rafiq semuanya cantik-cantik belaka.

“Itulah kau,rugi pegi out station lama-lama.jauh pulak tu, hehehehe”
Rafiq menggelakkan Irman.

“Cis,aku nak buat camne lagi. Dah Big Bos suruh pegi,aku pegi je lah.
Kalau aku bantah nati tak pasal-pasal kene buang keja tau. Sapa nak sara aku pulak lepas tu?? Kau?? Hampeh!!” Irman membalas balik kata- kata rafiq sambil menunjukkan muka bengang tahap dewanya.

Rafiq cuak sedikit bila melihat muka masam Irman,.
“alo bro,rilek ar. Aku gurau – gurau. Takkan itu pon nak marah.
Ok kalau ko taknak maafkan aku,tak dapat lah aku bagitau nama awek cun tu dekat ko”Rafiq menjongketkan kedua-dua keningnya sambil tersenyum nipis.

“Kau ni pandai pancing aku kan. Deb dada ko karang baru tau.hahaha.. Cepat bagitahu aku sapa nama awek tu..susah betul aku nak marah kau ni lama-lama”
Rafiq hanya sengih kelegaan bila Irman sudah mula tersenyum.

“Ok nama dia adalah….jeng,,jeng..jeng..”
“Cepat lah,, aku sekeh kepala kau karang” ugut Irman
“Ok.ok..nama dia Suhaili la.itu je yang aku tau.name penuh dia aku lupa nak Tanya koz aritu aku tergamam tengok kecantikan dia,hahahaha.”
Rafiq tergelak kecil sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

“Ooo,,Suhaili..waduh,,nama dia ayu betul la. Ok lah aku chow naik atas dulu nak pergi bekenalan dengan bakal awek aku.hahaha..makanan ni kau bayar dulu ok..

Lain kali aku belanja kau bila awek tu dah jadi awek aku..daaaa…”
Berlari Irman kerana mahu segera sampai ke office nya. Rafiq hanya menggeleng dan tersenyum lucu mengenangkan perangai kasanova teman baiknya itu.


………………………………………………………………………………………

“Hai,nama saya Irman. Cik adik manis ni namanya Suhaili bukan”
Irman menegur gadis itu dan menghulurkan tangan untuk berjabat.

Gadis itu tersenyum manis. “assalamualaikum.maaf kita bukan muhrim”
Tolak gadis itu sopan dan terus berlalu dari situ. Irman hanya menjongket bahu dan kembali mengekori langkah gadis itu yang menuju ke pantry.

“Eh,boleh saya panggil awak ni Su?? Biar nampak lagi mesra..hehehe”
Irman mencuba lagi. Irman tak akan mengalah selagi gadis ayu yang manis bertudung di hadapannya tidak melayan kata-katanya.

“Suka hati awak lar Ir nak panggil saya apa,asalkan sedap di dengar.”
Luah Suhaili pula.

“Mamat ni kompom tak ingat aku lagi,. Yelah dulu aku tidak bertudung.tidak berkaca mata. Sekarang kerana hidayahmu YaAllah aku bersyukur kerana kau telah bukan kan pintu hatiku ini.Irman, sampai aku mati pon aku tak akan lupa pada kau,wajah kau,senyuman kau. Kerana kau,aku mengerti perasaan cinta,kasih sayang dan kesakitan jiwa. Terima kasih Irman. Terima kasih.”
Suhaili merenung wajah Irman yang sedang tersenyum itu.
Suhaili membalas senyuman Irman.

“Ok lah Ir,saya nak balik ke tempat saya. Banyak lagi drawing yang perlu saya siapkan. Nati kena bebel pulak dengan Big Bos kesayangan awak tu. Saya pergi dulu ya.daaa..” segera Suhaili beredar dari pantry itu bersama secawan Nescafe yang hangat.

“Su.lunch sama ya hari ini”jerit Irman tatkala Suhaili hampir hilang di pandangannya.
“Suhaili, akan aku tawan hatimu.arghhh,,,aku ni dah betul-betul jatuh cinta pandang pertama dengan awek ni.punya lah cun. Sejuk je mata memandang.”
Desis hati Irman.


……………………………………………………………………………………….

“Hai Su,nape pergi lunch tak ajak saya?” Sapa Irman apabila melihat gadis itu sedang makan tengahari bersama kawan-kawannya yang lain.
“Penat tau saya kejar awak tadi, kalau Watson Nyambek nampak saya berlari tadi kompom dia nangis-nangis mintak berguru dengan saya,,,hahahahaha” Irman ketawa lucu dengan lawaknya sendiri.

Tapi Su dan kawan-kawannya hanya senyum nipis dan kembali mengadap hidangan tanpa menghiraukan Irman di sisi.
Irman rasa tercabar. “sabar Irman. Dia nak uji kau je. Control macho beb.jinak – jinak burung merpati ye,takpe,,aku suka tu. Cabaran…”
Hati kecil Irman berkata-kata untuk memujuk diri sendiri.

“May I join you all?” Irman masih berusaha lagi. Tanpa menunggu jawapan mereka selamba saja Irman duduk di kerusi kosong di sebelah Suhaili.
Suhaili terperanjat tapi masih mengukir senyuman manisnya ke Irman.

“ Orang tak bagi pon Ir dah duduk juga kan. So enjoy your lunch. Kami dah selesai. Waktu rehat pon nak abis ni. Kami gerak dulu ya. Karang tak sempat nak solat pula.” Segera Suhaili dan kawan-kawannya bersedar dari café itu. Irman terlopong. Tak sangka yang dia akan di malukan sebegitu. Irman sedikit berang tapi segera dia relaks semula. Cuba menenangkan hati dia yang sudah bergelojak itu.

“tak pe Su. Arini kau tinggalkan aku,esok lusa akan aku pastikan yang kau berada dalam genggaman aku. Ko tunggu saat-saat itu datang.” Irman bercakap dengan separuh berbisik. Tangannya telah mengepal penumbuk tanda geram. Dengan tiba-tiba bibirnya tersungging senyuman sinis apabila otaknya cuba menggambarkan keadaan Su apabila berjaya di tawannya.

………………………………………………………………………………………

“Kak Su ni ada orang bagi bunga kat kak Su. Cantiklah Kak Su. Bunga rose putih pula tu. Pandai orang tu pilih bunga kegemaran akak. Mesti si pengirimnya admire kat akak..huhuhu..siapa la secret admire yang bertuah tu.? Anna,kerani di situ cuba membayangkan wajah si pengirim. Su hanya tergelak kecil. Lucu melihat wajah comel Anna itu.

“Anna kalau nak ambil bunga tu sila-sila kan lah. Akak macam takde hati pula nak ambil bunga itu. Lagipon bilik akak semak la dengan tracing paper. Dah tak de space nak letak bunga tu.” Bunga di tangannya di serahkan ke Anna.

Anna tercengang lalu berkata “loh akak ni,rugi tau.betul ni taknak bunga ni?, jangan nyesal hah. Jangan ambil balik,nati buruk siku.”
Anna bercanda tetapi tangannya laju mengambil bunga di tangan Su.
Su tertawa girang.Memang comel la si Anna ni. Buatla gaya apa pun, masih comel lagi.

“Eh,Anna kejap.”
“lor,,tengok.. dah menyesal lah tu. Tu..tu..siku kak Su dah jadi buruk tau.”
“hahaha..apelah kau ni Anna. Ni kad ni akak nak. Takkan kau nak kad ni. Tak sesuai tau.” Su mengambil kad yang terselit di celah-celah bunga itu. Dia tau yang bunga itu dari Irman, itu sebab dia bagi bunga itu ke Anna.

Su membuka kad itu dan membacanya dalam hati. Anna hanya melihat dari jauh pergerakkan Su.

* hai Su.hope bunga ni dapat menceriakan hari su.
Nati kita dinner sama ya.

-Love-
Irman


“Allah. Apalagi la dia ni nak. Ish..payah ni. Siap love-love pulak. Gila ke hapa dia ni?”
Su bingung dengan kata-kata dari tulisan Irman. Kepala yang diselaputi tudung berwarna pink itu digarunya perlahan. Kemudian keningnya pula digaru lembut.
Hatinya berbelah bahagi.

………………………………………………………………………………………

“Su terima kasih kerana sudi keluar dinner dengan Ir. Ir rasa Ir lah lelaki paling bahagia malam ini. Sebulan tau Ir ajak Su dinner,last-last dapat jugak. Payah betul nak ajak Su ni kan. Macam ajak tuan puteri pula.hahaha” memang malam itu Irman gembira sekali kerana wanita yang telah membuat pintu hatinya terbuka sudi keluar dinner dengannya. Dan Irman sudah betul-betul jatuh cinta dengan Su.

“hmmm,,sama-sama lah Ir.benda kecik aja.” Su masih menunduk kan wajahnya.segan untuk merenung wajah Irman yan dirasakan sangat kacak dan segak malam itu.

“Su,..hmmm Irman ada benda nak bagitahu ni. Actually,,hmmm..”Irman tiba-tiba menjadi gagap.

“Apadia Ir? Tiba-tiba jadi gagap ni kenapa?,Su masih cool lagi. Wajahnya yang lembut itu bertambah manis dengan senyuman nipis yang sentiasa menghiasi wajahnya.

Irman menarik nafas panjang dan dengan sekali nafas Irman bercakap.
“Irman dah jatuh cinta dengan Su sejak kali pertama memandang wajah Su.”
Fuhhh!! Lega.

Su terkedu. Lidahnya turut kelu untuk berkata-kata. Kalau dulu mungkin dia akan melonjak riang. Tapi sekarang dia pening.

“Irman tak tau sejak bila perasaan tu hadir. Tapi bila Irman nampak sahaja wajah Su,hati Irman jadi tenang. Su tak macam perempuan-perempuan lain yang Irman pernah kenal. Mereka itu hanya mahukan duit Irman. Mereka tidak ikhlas. Su,,Su terima lah cinta irman ya. Please jangan hampakan perasaan Irman. Irman betul-betul dah jatuh cinta,jatuh sayang dengan Su.” Irman merayu di hadapan Su dengan tangannya cuba memegang tangan Su.

Segera Su menyorokkan tangannya di bawah meja. Irman mengeluh.

“Irman jangan merepek la malam-malam buta ni. Hahaha. Lawak betul Irman ni. Tu cuba tengok awek kat tepi tu,dari tadi dok usha Irman ja. Pegi la kat dia.”

Su cuba menceriakan suasana yang mula sepi dari tadi. Padahal jantungnya dah nak gugur dari kedudukannya.

“No.no.Irman tak merepak la Su. Inilah kali pertama Irman berperasaan begini terhadap perempuan. Sebelum ni Irman Cuma nak enjoy aja. Tapi bila bertemu Su,Irman dah get ready untuk pikul tanggungjawab rumahtangga. Irman serius Su.”

Irman masih lagi cuba untuk menunjukkan keikhlasan hatinya. Dia sudah nekad untuk menjadikan Suhaili sebagai isterinya. Dia betul-betul sudah jatuh cinta dengan Suhaili.

Suhaili picit kepala. Kepalanya tiba-tiba rasa pusing. Dengan pantas dia berdiri dan terus berlari keluar restoran. Irman yang masih di restoran itu tidak dihiraukan lagi. Apa yang penting dia ingin sampai ke rumah secepat yang mungkin.

Irman kaku di meja. Ingin mengejar tetapi kakinya seolah-olah di paku di lantai.
Hanya lirik mata sahaja yang mengiringi pemergian Suhaili. Hatinya sedikit kecewa tetapi Irman tetap tidak putus asa.

Ke esokkan harinya Suhaili tidak hadir ke pejabat. Irman risau,tapi dia hanya mendiamkan dirinya.

“Zaid,tolong carikan profile staff bahagian mekanikal pastu bawak masuk opis saya ya”arah irman dengan muka serius.
Zaid yang gerun melihat muka Irman segera berlalu untuk mencari profile yang di inginkan oleh Irman.

10 minit kemudian.

Zaid mengetuk pintu pejabat Irman.
“masuk” lantang suara Irman menyuruh Zaid masuk.
“En Irman,ni profile yang En Irman inginkan. Maaf En Irman,lambat sedikit.
Profile ni terletak jauh ke belakang. Terpaksa saya keluarkan fail-fail lain dulu.”
tanpa di suruh Zaid memberi alasan.
“Hmmm,,terima kasih. Letak aja di situ. Nati saya tengok”, Irman tiada mood untuk marah. Dia betul-betul tertekan dengan sikap Suhaili.

“Awak boleh keluar sekarang Zaid,nati ada apa-apa hal saya panggil awak lagi” lesu saja arahan yamg keluar dari mulut Irman.

“Baik en. Irman.” Zaid keluar dengan segera dan menutup pintu bilik Irman dengan perlahan-lahan.

……………………………………………………………………………………


“betul ke ni Joe? Ko tak tipu aku? Tak kan lah Irman tak kenal kau langsung. Pastu siap tangkap cintan plak dengan kau. Ko serius ke ni?”
Bertalu-talu soalan yang dikeluarkan oleh Lily apabila Suhaili Johanna menceritakan segala-galanya yang terjadi sejak dia bekerja satu tempat dengan Irman.

“patutlah orang kata yang dunia ni kecil saja. Pusing sana sini jumpa jugak dengan orang yang kita kenal. Kuat gak jodoh kau dengan dia Joe. Hai donia,,donia..”
Keluh lily perlahan sambil menjeling ke arah Joe.

“Kuat tak kuat aku tak kira. Masalahnya sekaranh ni macam mana aku nak berdepan dengan dia Lily? Ko tolong lah aku. Aku tak nak berdepan dengan dia lagi. Aku dah tak sanggup.

“Adoiyai, aku lagi?” kali ini keluhan Lily panjang.

“apa kata kau terus terang aja tantang kedudukan kau sekarang. Abis cita. Tak de lah kau nak pening-pening kepala macam ni.” Lily memberi idea mudah.
Joe hanya termenung panjang dan terus berfikir.

………………………………………………………………………………………


“Irman,kenapa Ibu tengok kamu ni makin lama makin serabai? Jambang sana sini, misai tak bercukur,rambut dah panjang cecah bahu,baju tak penah ber iron lagi. Abah kamu selalu membebel kat Ibu kerana prestasi kamu di tempat kerja makin merosot.Kamu ni kenapa? Cuba cerita dekat Ibu kalau kamu ada masalah. Jangan lah simpan sendiri. Kalau Ibu boleh bantu Ibu bantu lah.”

Ibu Irman, Pn Seri Maisarah menegur anaknya yang sedang bersarapan di rumah ketika itu. Kerut di wajah Pn Seri Maisarah makin jelas apabila anaknya itu tidak mengendahkan kata-katanya.

Pn Seri Maisarah mengusap lembut bahu anaknya. Dia tahu anaknya sedang mengalami masalah peribadi yang berat. Naluri seorang Ibu sentiasa betul bila berdepan dengan anak sendiri.

“Irman tak ada apa-apa masalah Ibu, Cuma…….” Irman menahan sebak tetapi tidak berjaya. Tangisannya pecah jua. Lantas ibu tercinta di peluk nya erat.
Irman menangis semahu-mahunya persis anak kecil.

Ibu Irman membalas pelukannya. Air mata Pn Seri Maisarah turut mengalir melihat anak teruna kesayangannya sedang sedih menaggung beban yang berat.

“shhhh…sayang..kamu kenapa hah? Cuba cerita kat Ibu. Jangan buat Ibu begini. Ibu rungsing tau tak.”
Pn Seri Maisarah menyeka air mata anaknya.
Irman tersedu-sedu menangis.

“Ibu..sebelom ni Irman tak penah jatuh cinta Ibu. Tapi bila Irman dah jumpa orangnya, Irman gagal tawan hatinya Ibu. Dia pergi sebelom sempat Irman tahu apa jawapannya. Hilang begitu saja. Dia terus berhenti kerja Ibu. Irman sedih ibu. Irman betul-betul sayang dekat Su Ibu. Sayang sangat.”
Air mata Irman mengalir lagi. Pelikannya masih tak di lepaskan lagi.

“Irman dah cuba cari Su di rumahnya?”
Irman menangguk. “sudah Ibu. Tapi jiran sebelah rumahnya kata yang Su dah pindah. Tapi tak tau kemana.

“hmmm,,xpe lah, kalau dah jodoh Su dengan Irman,tak lari gunung di kejar sayang. Irman sabar ya. Banyakkan solat,istighfar. Minta petunjuk dari ALLAH sayang. Ini dugaan kecil untuk Irman. Sabar ya sayang.”
Rambut si anak dibelai lembut. Dikucupnya ubun-ubun Irman. Itulah satu-satunya anak yang dia ada. Irman lah racun,Irman jugalah madunya.

…………………………………………………………………………………….

2 tahun berlalu begitu sahaja. Tapi pencarian Irman tidak pernah berakhir.
Setiap pelusuk negeri telah cuba di jajahi nya semata-mata ingin mencari Su.
Private Investigator pon telah di upah nya. Tapi jawapannya masih hampa.
Keadaan Irman makin tidak terurus. Jawatan di syarikat Abah sendiri telah di lepaskan atas arahan Abahnya juga.

“Hello,hah.apa? betul ke? Dimana? Ok..ok..ko tunggu aku kat sana sampai kau datang. Jangan bagi dia terlepas lagi. Ok roger. Yes..yes..yahuuu…..”
Irman menjerit kegirangan. Dia menari carca marba kerana terlampau gembira. Habis satu bilik itu di tawafnya. Setelah terasa penat, baru dia terfikir untuk menyiapkan dirinya supaya kelihatan sempurna untuk pertemuan yang akan menentukan masa depannya. Dicapainya towel dan terus berlari ke bilik air.

Tidak sampai 10 minit Irman sudah siap berpakaian. Jambang dan misai yang selama ini menghiasi wajahnya turut dicukurnya. Wajahnya kembali segar dan segak seperti dulu. Senyuman sentiasa menghiasi bibirnya.

Dia menuruni anak tangga dengan melompat-lompat. Ibunya turut terpegun dengan penampilan anaknya. Air mata kegembiraan tak dapat dibendung lagi. Tangannya ditadah untuk mengucapkan kesyukurannya.

Irman yang ternampak Ibunya terus menerpa dan memeluk Pn Seri Maisarah.
“Ibu, harini Irman akan bawa pulang menantu untuk Ibu. Ibu tunggu kepulangan Irman ya.”

Irman bersuara penuh ceria. Pipi sang Ibu dikucup lembut dan terus berlari keluar.
...................................................................................................

“ Irman?” Su berdiri secara automatic apabila melihat Irman tiba-tiba duduk di bangku sebelahnya. Mulutnya tergamam.

“Apa Irman buat disini? Macamana Irman tahu saya ada dekat sini?”
Su sangat kalut. Dirinya dalam keadaan serba salah.

“Su, Irman datang sini sebab nak jumpa Su dan nak bawa Su pulang dengan Irman. Lepas ini Irman tak kan bagi Su hilang dari pandangan Irman lagi. Irman merana bila Su hilang selama ini. Hidup Irman jadi kacau bilau. Irman hampir bunuh diri kerana Su menghilangkan diri tanpa pesan. Kenapa buat Irman macam ini su? Apa salah Irman? Kalau Irman ada buat salah katakana lah. Tapi please jangan menyepi begini lagi. Irman dah tak mampu nak hidup lagi kalau Su pergi lagi dari hidup Irman.”

Panjang jela Irman bertanya itu ini kepada Su. Air matanya juga tanpa segan silu menitis. Su yang melihat wajah Irman menjadi simpati. Dimatanya Irman menjadi terlalu cengkung dan kurus. Langsung tidak serupa Irman yang dahulunya.

“Maafkan Su Irman, Su terpaksa. Su tiada pilihan lain masa itu. Maafkan Su”
Su turut mengalirkan air mata. Walaupun tiada lagi perasaan cinta untuk Irman tapi dia tetap rasa bersalah kerana berlaku zalim dengan Irman.

“tapi kenapa Su? Adakah Irman ada menyakiti hati Su?”

“hai Joe, sori aku lambat sikit. Jalan jam la. Sori ya.”
Lily tiba-tiba muncul dengan keadaan termengah-mengah. Irman dan Su terkesima.

“Eh. Ni Irman kan? Lah, lamanya kita tak jumpa Irman. Apa pasal kau makin kurus ni? Aku lah Lily.tak kan tak ingat?”
Lily bertanyakan kepada Irman sambil matanya menangkap perubahan muka Joe dan Irman.

“Joe? Kau kata Su ni Joe Lily? Joe si tomboy dulu tu? No..no..i don’t believe it. You must be wrong person Lily. No.no.”
Kepala Irman tergeleng-geleng. Matanya dipejam rapat manakala tangannya pula telah memegang kepala. Wajahnya nampak serabut.

“Su, awak bukan Joe kan? Cakap dengan saya awak bukan kan?”
Irman menggoncang bahu Su. Su hanya menundukkan wajahnya. Sekali-sekala air matanya dikesat dengan belakang tangannya. Lily hanya jadi pemerhati. Dia ingin Joe sendiri menyelesaikan masalah yang sudah lama tertunda.

Irman menyambung kata lagi sambil berdiri di sisi Lily.
“hah, tak mungkinlah Su aku ni Joe yang tomboy dulu. Mana boleh Joe menjadi cantik seperti ini? Aku tak percayalah Lily.hahaha”
Irman masih sempat menghina Joe kerana dia memang benci dengan Joe.
Irman gelak dan terus gelak.

“Memang Su adalah Joe,Irman. Orang yang kau puja ini adalah orang yang sama kau hina dulu. Pandang mata aku ini Irman. Pandang dalam-dalam. Siapa yang kau nampak di dalam mata aku ini?”

Joe berkata dengan nada marah sambil merenung tepat ke dalam mata Irman.
Irman terlopong. Dia merenung mata Joe sedalamnya. Irman lantas menekup mulut. Ya. Wajah Joe yang ada di dalam mata itu. Joe yang dia hina dulu. Joe yang pernah menyukainya dahulu dan Joe ini lah yang menyebabkan dia jatuh cinta sekarang.

“Akulah Suhaili Johanna, Irman. Orang yang kau panggil Su ini lah Joe Irman.”
Joe menahan sebak didada.

“Irman terjelepok di depan Joe. Dia menekup muka.”

“Irman, dulu aku penah cakap yang sekarang Allah akan bayar cash di atas perbuatan kita. Tiada tunggu-tunggu lagi. Sekarang kau dah terima pembalasannya. Harap kau menilai diri kau selepas ini. Jangan disangka batu yang tak berkilau tiada harga. Kerana batu seperti itu, kecantikkannya hanya dapat dilihat kalau kita ikhlas untuk memilikinya.”

Luahan Lily menyebabkan Irman menangis teresak-esak.

“Su, saya mintak maaf Su. Saya salah Su. Tolong Su maafkan Irman ya.
Dulu Irman masih mentah, masih tidak matang. Sekarang Irman hanya nak kan Su. Irman sedia menerima baik buruk Su. Please Su. Irman betul-betul Sayang pada Su.”

Irman melutut di hadapan Su. Dengan merayu Irman memujuk Su supaya terima dirinya.

“ Kalau lah dulu awak tak hina saya, mungkin saya akan pertimbang kan. Tapi sekarang………. Maaf Irman, saya tak dapat terima awak.
Harap awak carilah orang lain yang lebih sepadan dengan awak. Saya tak sesuai dengan awak Irman.”
Su mengucapkan kata-kata itu dengan membelakangi Irman. Tak sanggup rasanya menatap wajah Irman ketika itu.

“tapi kenapa Su? Saya mintak maaf kalau perkara dulu masih buat awak sakit hati. Saya betul menyesal sekarang. Saya dah boleh terima awak su. Please…Su. I’m begging you.”
Irman masih merayu lagi. Masih berharap agar cinta Suhaili Johanna masih ada untuknya.

“Saya tak boleh menerima awak Irman. Sebenarnya saya sudah berkahwin. Dan sekarang saya sedang mengandung anak pertama setelah 2 tahun menunggu.”
Su mengusap perutnya yang masih leper itu dengan sedikit senyuman.

Irman putus asa. Dia diam tidak berkata apa-apa.

“Irman dalam dunia ni,tak semestinya apa yang kita dapat akan menjadi milik kita. Allah sentiasa menguji hamba yang dia sayang Irman. Saya harap Irman boleh terima keadaan ini dengan redha. Satu pesanan saya, hargailah benda yang ada di depan mata. Bukan mengejar kecantikan yang bertuankan nafsu syaitan itu.
Lagi sekali saya mintak maaf Irman. Saya tak ditakdirkan untuk awak. Carilah wanita lain.”

Su melangkah pergi dengan perlahan sambil mengenggam erat tangan Lily. Tiba-tiba langah Su terhenti. Dia berpaling memandang Irman yang masih melutut itu.

“ Irman, suami saya sampaikan salamnya dekat awak. Dia tahu segala-galanya tentang awak. Saya yang menceritakan kepadanya. Dia terima diri saya seadanya Irman. Harap awak boleh menjadi sepertinya.”
Su menyampaikan amanat terakhir dari suaminya untuk Irman. Tanpa menoleh lagi terus dia melangkah pergi. Dia nekad yang Irman akan dimaafkan dah kisah perit itu akan dilupakan. Dia berazam untuk terus setia pada suami yang sangat baik itu.

“Terima kasih Ya Allah. Aku bersyukur atas rahmatmu”
Kata-kata itu hanya lahir dari lubuk hati Suhaili Johanna…

 
Design by Amanda @ BloggerBuster