Banner created with MyBannerMaker.com

suka ke blog ni?


::: Anniversary :::

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 13, 2010

~ Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan ~


  • Ramadhan datang lagi. aku rasa tak terlambat lagi untuk aku mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan pada teman-teman semua walaupun hari ni dah masuk hari ke-3 kita umat islam berpuasa..

  • Sedar tak sedar dah 3 hari kita mengamalkan rukun islam yang ke-4 ni pada tahun 2010 ni.terasa seperti baru malam tadi ATOK tu menyampaikan mohor2 besar. huhuhu....

  • Bila time camni,terkenang zaman2 kecik dulu. zaman semasa meriam buluh masih pemes. zaman dimana meraikan kedatangan puasa ini penuh dengan gemilang dan kekecohan(memasak la ni)

  • Selalunya abang2 aku(time tu lom kawin la), mesti bakar meriam buluh pada petang ramadhan tu. ibu2-bapa2 pulak sibuk membantai,yang anak2 perempuan membantu apa yang patut. anak lelaki pula sibuk memeranjatkan orang kampung dengan bunyi dentuman meriam.adeh sakit jiwa time ni. kalau tengah menyuap time bunyi meriam tu, mau tersasar masuk hidung.

  • tapi ye lah. sekarang zaman dah berubah. susah nak tengok budak2 sekarang seperti budak2 dahulu. sekarang lebih nak memeruk dalam bilik. bila dikenang semula. alangkah bagusnya kalau waktu boleh diputarkan. tapi itu kalau hidup zaman doraemon boleh la..

  • life must go on. redha apa yang berlaku. percaya pada qada dan qadar serta jangan lupa berpuasa bagi yang mampu. timba la amalan kat dunia ni untuk bekalan di sana kelak. jangan la kita khayal dengan duniawi ni sedangkan orang lain sibuk mencari bekalan di sana. kelak tiada siapa yang membantu kita kat sana. post laju,courier,fedex ke..semua itu tak berguna lagi.

  • bagi teman2 ku,maafkan aku andai ada terkasar bahasa,terpukul mana2, aku hanya insan biasa.,mintak maaf dunia akhirat ya. lepas pose aku sambung balik..huhuhu..

SELAMAT BERPUASA

 
Design by Amanda @ BloggerBuster