Banner created with MyBannerMaker.com

suka ke blog ni?


::: Anniversary :::

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, September 17, 2009

* Selamat Hari Raya AidilFitri*


ASSALAMUALAIKUM.ramadhan hampir berlalu. aidilfitri menjengah tiba.. kat sini,ain nak mintak maaf andai kata2 dalam blog ni menyebabkan ada yang terasa hati. ain hanya lah insan biasa yang sering melakukan kesilapan.

kepada yang ingin balik kg, berhati2 la di jalan raya. pandu cermat jiwa selamat. jangan rushing sgt nak cepat sampai kg hinggakan terlupa keselamatan sendiri..elok2 dapat raya kat kg,kene plak raya kat spital..hah..lagi haru la...

yang penumpang mahupon pembonceng kene la amik perhatian juga. jangan la ganggu konsentrasi pemandu. dan jangan la bagi pemandu tu mengantok..kikikiki...besar tanggungjawab penumpang ni..hahahaha...

okie dokie..

*SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN*

credit for-->> PROSBOCians,RAMians,1987 group,and all bloggers.

Wednesday, September 09, 2009

+ Goyang + Loyang + Ros +

Di kedinginan pada pagi sabtu lepas, dengan mata stim dan jalan raya yang agak lengang.aku melihat jam tangan... ahh.. pukul 4 pagi. lagi setengah jam sampai la kampung ni.

"ya allah,, mintak2 la aku tak terlelap"..

aku kerling orang kat kiri dan belakang aku. ahh..gelap... senyap jek.

" dorang ni tak nak ajak aku berborak ke?
mata stim la ni. adehhh..cepat la sampai kampung"

setengah jam kemudian.

"ahh..alhamdulillah..selamat sampai.syukur padamu ya allah."

lepas sahur dan solat subuh. aku lepak jap depan tv.layan cite ulangan nur kasih. mata kejap tertutup,kejap terbuka. pastu tutup lama plak... aish...tido sat la..mengantok sangat ni...

hahahaha... apa motif aku merepek ni? huhuhu.saja ja..sekarang aku kat opis tengah busan tahap gaban. orang belakang aku ni dok asik melayan lagu raya..adoiii. apo nak jadi wei!!!

ni nak story sikit. sekarang bila aku ronda2 ke blog2 orang. aku tengok peperangan telah berlaku..peperangan apa..hahahaha...itu biar aku simpan la..mane yg tahu tu bagus la..
tapi aku tak mau campur..hehehehe..(suka tengok dorang berperang jek)

ahh..apa aku nak cerita ni sebenarnya aktiviti bulan pose yang raya bakal menjelang nih.
mak aku pon dah kelam kabut menjahit langsir,suh aku buat kuih.cat rumah..
aish..penat la makkkkkk.... tapi sebab aku ni nak jadi anak yang taat, aku buat la apa yang mak aku suh tu. kebetulan pula dah beberapa tahun rumah aku tak cat baru..so sabtu lepas aku menjalankan aktiviti mengecat bahagian dalaman rumah.( aku lupa nak snap pic daaa).

tapi keje mengecat tak setel 1 hari. akak aku kol abg bent aku then abg bent aku kate dia nak balik malam ni.itupon sebab dia standby jek. lau xde keje dia balik..oraittt...abg bent aku nak balik.. dia balik tu ada lah satu rahmat bagi kami. walaupon rahmat tapi still ada ke mala petaka an bagi kami..hahahaha....

abg bent aku.. kalau dia balik.kompom 100% umah aku bersih,bersih sgt.sebab dia seorang pembersih..mala petaka an nye plak..dia kuat membebel dan kondem keje orang..aishhh..tensi..tensi..tensi... dia nak suma sempurna..perfect..eiii... aku tensi!!!!!!!!!!
stop pasal dia plak..


ni lah aktiviti aku malam sabtu lepas. memasang pelita untuk anak2 buah aku yang nak main bunga api cap lemau.( terbakar hanya setengah batang ja, setengah lagi TARAK!!!! hampeh)

sambil-sambil tu aku snap pic bulan penuh..adehhh..cantik sangat malam tu. tapi sori la pic tak lawa. kamera aku bukan cap mewah. cap hp nokia 5200 ja..hahahahaha...


kerja hari ahad bersambung dengan aku ambik tugas membuat kuih loyang( kak osh kata)@
kuih goyang(family aku kata)@ kuih ros (nama universal).hihihihihi...
tu tangan mak aku. take over keje aku setelah 4 jam aku bertapa kat depan kuali tu. last touch up dari bonda tercinta. hehehehe...

ahhh... korang rasa ada lagi ke tatau macam mana ke bentuk nye kuih ros nih? hahahaha..maybe ada kot..tapi peratus x kenal tu ciput jek..
so ni lah kuih loyang@goyang@ros. kuih traditional okey.. rasanye rangup dan manis2 buah. tengok la sapa bancuh?? mak aku jugak!! hehehehe... (x lupa jugak pada sape yg dok bertapa 4 jam tu yek). hehehehehe....

Wednesday, September 02, 2009

+ penting- sila baca kawan2 semua+

tersentap aku bila aku baca blog ni. dan tiba-tiba aku jadi geram,benci dan rasa inilah manusia paling bodoh pernah aku tahu. pak pandir pon lagi pandai dari makhluk ni.
aish...entah la...

walaupon si nani ku cayangggg tu dah bagitahu kat blog dia, tapi aku still nak hebah kat blog aku plak. huhuhuhu.. nani jgn marah okie...lap u..xoxoxoxoxo..( nak tiru dia jek. hehehe)

kepada pembaca blog, penulis blog... sila lah flag dis stupid blog. actually penulis dia yang idiot.huhuhu..

masih wujud lagi manusia macam ni. penuh kedangkalan and so annoying.. yek.. aku geram..
aku ni tak la pandai bab agama kan, tapi aku tahu dan percaya 100% yang rasul terakhir adalah nabi muhammad s.a.w.

jgn la nak merepek mengaku diri tu rasul..adoi.. such a stupid,idiot,baghal statement.
masyallah. lindungi aku dari manusia begini..

take noted kawan2 dengan blog ni. wajib flag blog tu. supaya google leh nyah blog tu dari alam maya ni terus.

<http://messengerofgodtoday.blogspot.com/>

* laksanakan tugas kita as a muslim and muslimah!!!

* kredit to nani and sesape yang dah flag blog budus tuh. *wink*

* berdoa la supaya makhluk tu sempat bertaubat. ngeri kalau nak difikirkan kesan nya..

Tuesday, September 01, 2009

+Aku Bukan Billy Miligan vs iLham Hati +

.ASSALAMUALAIKUM.

Jumaat lepas bersamaan dengan 28/8/09 aku pegi jaya jusco cheras selatan(jjcs).
dah memang lama gak aku tak jejak kaki kat jjcs. ada la dalam 2 3 bulan. walaupun dekat sangat,tapi aku malas nak pergi sana. sebab aku tahu kalau aku pergi jj kompom aku nak singgah popular situ.huhuhuhu.. oleh sebab dah 2 3 bulan aku puasa dari membeli novel,akhirnya aku pergi jugak. budjet sampai sana nak beli 1 novel je. tup-tup sekali 2 aku rembat.hahaha..

novel pertama aku beli 'Aku Bukan Billy Miligan'
start baca jumaat malam bersambung ke sabtu pas subuh dan tengah arinya
tamat baca.
telinga aku agak panas dengar kaklong aku
perli2 aku.dia tak suka aku beli novel.
tp bila aku dah beli dia jugak yang nak pinjam.
(bulan pose x baik marah)


no 2 plak,aku beli 'Ilham Hati' karya damya hanna yang ke 5.
kalau tak silap aku la. aku agak terkejut jugak la sebab bila
aku check balik senarai buku damya hanna ni,
aku dah ada kesemua novel beliau..huhuhu..aku x sedar pon.
wakakaka. aku pernah jumpa beliau ni masa pesta buku 3 tahun lepas.
time tu dia baru ada 2 3 buah buku je.
aku start baca ilham hati ni pagi tadi,
dalam pukul 9 dan habis baca pukul 1.30 td.
itu lah bila time cuti,duduk plak tercongok kat kl sorang,bulan pose lagi.
cepat la habis.huhu..

* to readers, korang tak rugi beli novel2 kat atas. superb. seperti korang tahu,penulis2 dia pon tip top dan marvellous kan..

* yang penting ain bukan billy miligan.ain adalah ain.hehehe...dan ain juga bukan Rian yang lama.
huhuhuhu...

*mengong dengar radio desa fm ni. selamat hari raya dari ahmad jais..adoiiiiii...............

 
Design by Amanda @ BloggerBuster