Banner created with MyBannerMaker.com

suka ke blog ni?


::: Anniversary :::

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 26, 2008

~Hatiku+Hatimu= bersatu~ tak tau nak bg tajuk apa!!

“ Dear Cik Diary, hmmm… nama aku Suratul Fatihah binti Syah Mansor. Nama mak aku Marshitah binti Mukhriz. Aku lahir 11 Nov 1980. So umur aku sekarang 28 tahun.

Mak dan Ayah aku telah lama meninggal dunia kerana lemas di sungai ketika pergi memancing.

Sekarang aku tinggal dengan Wan aku. Untuk pengatahuan kau Cik Diary, aku ni dilahirkan bisu sejak kecil lagi.

Tapi ibu bapa aku redha dengan semua ini. Aku pon redha juga. Kata Wan aku, kalau kita redha dengan qada’ dan qadar, insyallah hidup kita lebih bermakna dan diredhai Allah.

Ok lah Cik Diary. Mata aku dah mengantok la. Besok nak bangun pagi. Nanti kita jumpa lagi ya Cik Diary. Ok,gud nite.”

Atul menutup diary berwarna ungu yang baru dibelinya tadi dan disimpan di dalam laci di hujung katil bujang nya. Entah kenapa tiba-tiba sahaja dia ingin menulis diari. Semuanya berlaku dengan pantas. Kemudian Atul baring dengan perlahan sambil menarik selimut usang nya rapat ke dada.

“sejuk betul udara kampong ni”
kata-kata itu hanya bergema di hatinya. Nak di luahkan dia tidak mampu. Lidahnya bukan hak dia lagi. Lidahnya telah kembali kepada penciptanya sejak dari kecil lagi.

Tangan kirinya di letakkan di bawah kepala manakala tangan kanannya berada di atas perutnya. Mata Atul masih terkebil-kebil lagi.

Kemudian dia mengiring untuk mencari posisi yang selesa. Berkeriut katil usang nya kerana menampung tubuhnya yang agak berisi sedikit itu.

Matanya yang makin kuyu semakin layu dan Atul hanyut di bawa mimpi indah..

………………………………………………………………..


“Atul, Atul, bangun cu..dah subuh ni. Nanti terlepas pulak waktu.”
Wan Lijah mengejutkan cucunya Atul dengan lembut. Hujung kaki Atul di cuit lagi.

“Bangun sayang, subuh hampir penghujung ni..”

Atul membuka matanya sedikit demi sedikit dan lantas tersenyum apabila melihat Wan nya telah siap memakai telekung.

Atul membuat isyarat tangan. Wan Lijah hanya tersenyum.

“Ye, Wan tunggu Atul. Kita solat jemaah ye. Pergi cepat mandi dan ambil wudhuk. Wan tunggu.”

Atul tersengih dah terus bergegas ke bilik air di dapur. 10 minit kemudian Atul telah berada di belakang Wan nya. dan Takbir pon bergema di sekitar bilik solat itu.

………………………………………………………………………………………………
“Adam Iman!! Nak kemana tu?? Pagi-pagi lagi dah nak keluar ni??”
Adam terkejut. Suara abahnya bagai guruh di langit memanggil namanya.

“fuh,,nasib baik jantung aku ni kuat lagi. Kalau tak memang dah arwah aku,”
Gumam Adam di dalam hati.

“Adam ada meeting kejap lagi abah. Adam dah lambat ni. Abah nak apa?”

Lembut suara Adam cuba untuk memujuk abahnya. Dia tahu dia bersalah kerana keluar tanpa bersarapan bersama. Dah menjadi protocol keluarga Tuan Ikram untuk bersarapan bersama. Sejak dari zaman datuknya lagi, keluarga itu mesti bersarapan bersama.

“Meeting tu boleh hold kejap, bukan penting sangat pon. Abah tahu, kamu sebenarnya nak pegi breakfast kat luar bukan. konon nak pegi meeting. Duduk dulu. Kita breakfast sama.

“Zu!! Ooo,,Zu..mari minum sama ni. Apa yang awak buat kat dapur tu.? Mari sini cepat.
Abang dah lapar ni. Karang gastric pulak.

“Ye abangnya, saya buat air awak ni ha..tak menyabar betul awak ni.”

Puan Zulaikha memuncungkan mulutnya kerana geram tengok perangai suaminya yang kurang sabar itu.

Tuan Ikram dan Adam Iman saling menjeling sambil tersengih-sengih. Lucu melihat mulut Pn Zulaikha itu.

“Zu kalau ye pon nak marah saya, jangan lah muncung sangat mulut itu. Dah macam boleh sangkut baju je abang tengok nya.” Tuan Ikram mengusik isteri kesayangannya.

Pecah gelak Tuan Ikram dan Adam Iman setelah Tuan Ikram buat kenyataan itu.
Pn Zulaikha hanya tersenyum simpul. Merona pipinya apabila di sakat oleh suaminya di depan nak tunggalnya itu.

“Awak ni, kalau tak sakat saya satu hari tak boleh ke? Asyik nak mengenakan saya je.”
Pn Zulaikha menjeling suaminya.

“Alah awak ni yang oi, saya gurau aja lah. Kan dengan cara itu hubungan kita bertambah erat. Bila saya tak sakat awak, awak kata saya ni dah berubah lah, itu lah, ini lah. Bila saya sakat, awak marah pulak. Lagipon dah jadi habit saya pulak nak sakat awak.
Kalau tak sakat saya rasa kehilangan la sayang,,”

Panjang lebar syarahan Tuan Ikram kepada isterinya.

Adam di depan hanya tersengih-sengih. Bahagia melihat kemesraan Abah dan Ibunya.
Perasaan bangga terselit jua di hati kecilnya.

……………………………………………………………………………………………


“Adam, bila nak bawa calon menantu untuk Ibu dan Abah??”

Roti yang baru nak di sua kan ke mulut terjatuh ke piring nya semula. Mulut Adam ternganga lagi. Mata terbuntang. Soalan apakah ini??

“Adam, adam.. Are you ok?”

Tuan Ikhram menepuk bahu anaknya.

Adam tersedar.

“Apa Ibu sebut tadi bu,? Adam tak dengar la. Agaknya telinga ni dah banyak tahi balik kot. Padahal baru petang kelmarin Adam bersihkan. Hehehe…”

Adam sengih dengan tak ikhlas. Hatinya dah berdentum-dentum seperti guruh di langit.

“Ibu tanya, bila Adam nak bawa calon menantu untuk Ibu? Umur Adam dah 30 nak. Sampai bila nak membujang? Kamu tak cemburu ke melihat kawan-kawan kamu sudah mempunya 2 3 orang anak?”

Sayu pertuturan Pn Zulaikha di hadapan anak dan suaminya.

“Ibu dah tua sayang. Ibu tak mahu terkilan sebab tak dapat menimang cucu sebelum Ibu menghembuskan nafas. Adam la satu-satunya anak Ibu. Jangan hampakan Ibu Adam.”

“Allahuakbar Ibu, jangan lah begini.”

Adam sedih melihat Ibunya begini. Adam melihat Abahnya untuk meminta pertolongan.
Abahnya hanya menjongket bahu dan terus membaca akhbar. Matanya membaca, tapi telinga sentiasa mendengar perbualan anak dan isterinya itu.

“Ibu tolong jangan buat Adam begini Ibu. Bukan Adam tak nak kawin, tapi Adam tak jumpa lagi orang yang berkenan di hati ini. Tapi Adam janji, bila Adam jumpa aja wanita yang membuatkan hati Adam berkenan, Adam terus bawa dia jumpa Ibu. Ok tak Ibu?
Adam janji. Promise!!”

Adam membuat peace menunjukkan dia janji dengan kata-katanya. Adam membuat muka manja.

“fuh..fuh..cairlah wahai hati yang terletak di tubuh Ibu..pleaseeee…”
Hatinya berdetik kecil.

“baiklah, Ibu pegang janji Adam Itu. Tapi Ibu nak tengok hasilnya walaupun sedikit dalam masa 6 bulan ini. Dalam tempoh 6 bulan ini, kalau boleh Ibu nak lihat gambar gadis tersebut. Sebagai bukti yang Adam kotakan janji itu. No excuse. 6 month ok my dear son.. kalau tidak Ibu akan terus pinang anak Pak Cik Seman kat kampong kita itu.”

Pn Zulaikha beri kata dua. Adam terkedu.

“Diam kamu, Ibu anggap sebagai setuju.ok?”

Alahai Ibu.. “baiklah Ibu.6 bulan pon 6 bulan la. Apa boleh buat kalau dah Jeneral di sebelah tu diam tak menyokong askarnya di sini.”

“hahahahahaha….” Tuan Ikhram gelak besar. Hatinya lucu dengan kata-kata anaknya itu.
Pn Zulaikha pula gelak sopan di sisinya.

“Good luck my son”

Tuan Ikhram beri kata perangsang sebelom berlalu naik ke atas dengan sisa tawanya masih kedengaran.

…………………………………………………………………………………………..


“Assalamualaikum, wan..assalamualaikum..”

“Waalaikumsalam, oh Nurul. Mari naik cu. Nak jumpa Atul ya”

“Ya Wan. Atul ada ke Wan? Wan apa khabar. Lama dah Nurul tak datang rumah Wan.
Nurul tengok Wan ni makin berseri-seri. Apa rahsianya Wan? Kongsi la sikit.”

“Ish kamu ni Nurul, tak habis-habis nak sakat Wan. Wan ni dah tua la cu, hanya air wuduk yang boleh menyerikan muka ini. Tak kan lah Wan nak pakai bedak lagi. Apa lah Nurul ni.”

“hahahaha….saja je Nurul nak sakat Wan. Nurul rindu la kat Wan. Atul mana Wan?”

“oh mak you” latah Nurul bila pinggangnya di cuit dari belakang.

“hei Atul, sampai hati buat Nurul camni tau. Nasib baik Nurul tak ada sakit jantung. Kalau tak, wassalam…

Nurul menghadiahkan jelingan tajam ke arah Atul.

Lain kali jangan buat lagi tau, nasib baik tak de pakwe hensem yang lalu, kalau tak jatuh saham Nurul yang tinggi ni.

Laju aja mulut Nurul berkata-kata. Atul di hadapan di pandang geram. Atul membuat muka manja sambil memegang telinga sendiri lagak kanak-kanak membuat kesalahan.

“Sorry!!”

Nurul mendekati Atul lantas dipeluknya tubuh sahabatnya itu. Erat sekali pelukan itu.

“Ish rindunya Nurul dekat Atul. Lama tau kita tak jumpa.”
Atul tersengih sahaja. Gerakan tangannya membuka bicara..

“Maafkan Nurul, ya Atul. Sibuk sikit kat kuala Lumpur tu. Kerja banyak sekarang ni. Lagi-lagi dah hujung tahun. Lagi banyak benda nak update. Maafkan Nurul ye Atul.”

Giliran Nurul pula memegang telinganya. Tanda dirinya bersalah . Atul senyum manis sambil mengangguk.

Tangan Atul memainkan peranan lagi.

“Nurul apa khabar? Sihat ke?”

“Sihat alhamdulillah. Makin sihat tau. Tengok pipi Nurul ni. Makin tembam tau.

Nurul mengusap-usap pipinya sambil mencemikkn muka.

“Mana ada tembam lah Nurul. Atul tengok makin comel adalah. Tapi comel lagi Atul.”


“Eleleh,,perasannya.. Wan!! Tengok Atul ni. Dia tersangat lah perasan hari ini Wan.”
Nurul terkekeh gelak bila Atul cuba menutup mulutnya. Wan yang melihat dari jauh hanya tersenyum riang. Gembira melihat cucunya boleh bergembira walaupon tidak sempurna seperti insan yang lain.

Atul pon kelihatan riang bersama. Persahabatan yang terbina sejak kecil masih kukuh lagi sehingga hari ini. Harapan mereka supaya persahabatan mereka kekal selamanya.

Nurul dan Atul sudah ibarat adik beradik. Orang-orang kampong pon sudah paham dengan keakraban mereka. Bagai aur dengan tebing. Susah untuk dipisahkan.

Akhirnya setelah puas bergurau mereka tersandar di kusyen yang terletak di beranda. Menghirup udara segar di petang-petang hari.

Nurul membuka mulut sambil menepuk dahinya,

“Alamak!! Atul, Nurul lupa lah. Sebenarnya Nurul nak Atul jahitkan baju kurung untuk Nurul, tapi Nurul lupa bawak. Nanti kejap lagi Atul ikut Nurul balik rumah kejap ya?”


“ Baiklah, tapi upah mesti mahal tau. Nurul cerewet sangat.”

“Hahaha.. bukan cerewet la. Tapi Nurul mementingkan keselesaan. Alah lagipon Atul punya jahitan kemas dan selesa bila memakainya. rasa macam tak nak tanggal pon ada jugak. hahaha"

"Patut la bau Nurul ni macam ala-ala kambing gurun.." Atul menjelirkan lidah.

"hah, jelir kan lah lidah tu panjang-panjang. karang x dapat masuk balik nanti padan muka.
Atul tahu tak yang makcik-makcik kampung sebelah tu selalu puji jahitan Atul.?
diorang siap nak rekomen anak teruna diorang untuk Atul tau. Alahai bestnya kalau Nurul pandai menjahit macam Atul. jelous Nurul dengan Atul ni."

Atul tersenyum simpul. Pipinya merah seperti di pakai kan blusher. Malu dirinya di puji oleh Nurul.

“Aik, merah pipi nampak. Tak kan lah malu? Eiii.. baru puji sikit tu. Alahai,nyampah lah nak puji Atul lagi. Hah tengok, hidung Atul,,Masyaallah..kembang setaman. Hahahahaha”

Sempat lagi Nurul mengusik Atul yang memang pantang di puji itu. Confirm pipinya menjadi merah.

“Auchh…” arghhh pedihnya…berkerut muka Nurul menahan sakit akibat cubitan berbisa Atul.

“padan muka, suka kenakan Atul yek. tangan ni pon dah lama tak mencubit tau.”

Merah padam muka Nurul dek penangan cubitan Atul.

“Nyesal aku kutuk minah sorang ni. Pedih siot.” Ngomel Nurul perlahan.

“Nurul, jom la pergi rumah Nurul. Hari makin lewat petang.”

Atul menunjukkan jam di dinding yang telah menunjukkan pukul 6.30 petang.

“Ok. Ok jom. Karang ada yang kene sergah dengan pontianak jibam-jibam nanti. Hahahahaha”

Laju langkah Nurul menjauhi Atul apabila tangannya hampir di ketip oleh Atul.
Gelaknya masih besar lagi. Gembira kerana cubitan itu tidak berjaya kena padanya.

“Mengelak ya. Tak apa, tak apa. Ada ubi ada batas tau. Ada lori……

“Ada lori , kita lari lah. Nanti kena langgar..hahahaha…”
Nurul masih menyakat Atul.

Atul bengang. Selipar di kaki sudah siap di tanggal nya.

“Alamak!!!! Lari!!!!”

Mencicit Nurul lari akibat dikejar Atul. Tak sanggup badan ini nak menampung hadiah-hadiah yang bakal Nurul dapat jika dia tidak melarikan diri.

……………………………………………………………………………………………..

“Ok..Ok.. cop..cop.. Nurul dah penat lah Atul.”

Termengah-mengah Nurul dan Atul menghirup oksigen. Atul duduk di pangkin depan rumah Nurul.

Nurul menurutnya. Sambil tangannya mengurut-urut dada yang rasa sesak itu.
Nafasnya di tarik dalam-dalam.

Peluh membasahi baju ke dua-dua anak dara itu.

“Laju jugak Nurul lari yek, tak cukup tanah Atul nak mengejarnya.”

“hahaha..biasala. kan Nurul ni Jaguh lumba lari di kampong ini. Terima kasih pada Ustaz Mikhail. Kalau bukan sebab dia yang selalu nak rotan Nurul sebab selalu memekak ketika mengaji mungkin sampai sekarang Nurul lari lembab tau. Lembab macam siput sedut. Hahahaha…”

Nurul ketawa besar apabila mengenangkan kembali kisah lamanya ketika mengaji dengan Ustaz Mikhail. Kira muka Nurul ni wanted la kerana dikenali sebagai pelajar nakal di kelas. Di sebabkan itu Nurul selalu berlari untuk mengelakkan dirinya dari di rotan dengan buluh halus Ustaz Mikhail itu.

Atul menepuk bahu Nurul yang makin leka dengan dunia sendiri. Bahu Nurul terjungkit sedikit kerana terkejut dengan tepukan itu. Segera dadanya di urut.

“Jom masuk. Tu mak Nurul dah panggil.”
Atul menjeling ke arah pintu rumah Nurul.
Mak Nurul melambai-lambai lagi.

Mata Nurul turut menghala ke arah yang sama. Dia senyum.

“ Jom la. Nati kena sergah ngan pontianak jibam-jibam baru tahu.”

Bingkas kedua-duanya bangun dan berlari anak untuk masuk ke rumah Nurul.

……………………………………………………………………………………………..

“Adam, petang ni Adam kena pergi ke kampong Talam untuk melawat
kerja-kerja di situ. Abah dengar banyak aduan dari pekerja kerana banyak kes kecurian besi-besi di tapak projek kita itu. Abah tak nak kita kerugian lagi.Kalau sedikit je yang kena curi Abah boleh terima lagi. Tapi ni dah melampau-lampau. Makin banyak barang kita kena curi.
Abah harap Adam boleh setelkan semua masalah ini. Masa ni Abah nak tengok pencapaian kamu. Kamu faham Adam”

“Faham Abah,”
Gerun Adam melihat keseriusan muka Abahnya. Dia tahu kalau fasal kerja memang tiada masa untuk bergurau senda. Bila Abahnya serius automatic dia terus jadi serius.

Teringat kembali sewaktu dia mula-mula bekerja dengan Abahnya. Teruk dia dimarahi oleh Abahnya di depan staff-staff lain kerana bergurau dengan arahan yang diterimanya.

Malu memang malu. Marah pon ada. Tapi bila mengenangkan itu semua memang attitude Abahnya ketika di pejabat, akhirnya dia boleh terima semua itu dengan hati yang rela.

Ketika di pejabat Abahnya adalah bos. Segala arahan tidak boleh dipandang enteng.
Silap percaturan amaran dari abahnya yang akan ditadah telinganya nanti.

Semua Staff Syarikat Istiq Sdn Bhd amat mengkagumi dengan Tuan Ikhram dalam menjalankan tanggungjawab tanpa mengira status..Tuan Ikhram juga menitikberatkan kebajikan pekerjanya. Oleh sebab itu, ramai pekerja-pekerjanya rasa seronok berkerja di syarikat tersebut tanpa ada tekanan.

“Adam…. Adam..”

Adam tersentak.

“Jauh Adam mengelamun?dengar tak apa yang ayah cakap tadi?”

“Maaf ayah, Cuma Adam terfikir boleh tak Adam bawa Wafiyuddin? Senang Adam nak menjalankan kerja di sana nanti. Lagipon dia selalu pergi kampong talam tu. Segala progress pembinaan tu dia lebih tahu Abah.”

Spontan alasan yang munasabah terkeluar dari mulutnya. Malu bila disergah Abahnya ketika mengelamun sedangkan mereka sedang membincangkan sesuatu yang penting.

“hmmm, selalu nak ajak sesiapa keluar tak pernak pulak nak mintak izin dengan abah? Hari ini tiba-tiba je, kenapa?”

“Aduh, abah dapat tangkap ke ni? Malu lak ai..”
Ngomel Adam perlahan.

“ Tak ada apa-apa lah Abah. Cuma nak jadi lagi baik dari semalam.”
Adam tersenyum. Tapi senyumannya terasa payau seperti air lumpur.

“hmmm…bagus..bagus..tak sia-sia kamu belajar tinggi-tinggi. Anak sapa la ni pandai sangat”

Berpadu gelak kedua beranak itu. Lucu Adam mendengar abahnya bergurau.
Mengalir air mata Adam dan Abahnya kerana ketawa banyak sangat.
……………….

“wei, ko betul ke ni jalan pergi kampong talam wafiyuddin? Aku tengok mata ko melilau-lilau je. Betul ke ni? Risau pulak aku. Kalau sesat macam mana? Punggung aku dah penat ni. Dah 3 jam kita kat dalam kereta ni.”

“kau ni boleh sabar tak? Betul lah jalan ni. Dah selalu aku pergi kampong ni. Susah betul la jadi anak orang kaya ni. Baru 3 jam. Belom 10 jam. Kejap lagi sampai la. Kau jangan la membebel kat telinga aku ni. Dah nak sampai ni. Confirm.!!”

Tinggi sedikit suara wafiyuddin apabila dari tadi Adam tak habis-habis bertanya soalan yang sama. Dah naik cair tahi telinganya.

Adam merengus dan bersuara sambil menuding telunjuknya kearah Wafiyuddin.

“Wah…wah…lawan tokey nampak? Sedap je kau mengata aku yer. Kau ingat aku anak orang kaya tak reti susah la. Kau pernah tak makan kari kasut saiz 10? Kalau belom, aku boleh buatkan untuk kau. Khas punya. Nak?

“erk? Kari kasut? Hmmmm…sedap tak? Sebelom kau buat kari tu,aku nak makesure kasut tu mesti jenama DR.CARDIN. amacam? Ok tak?

Dibalasnya sindiran Adam dengan gurauan.Adam bengang.

“hek elleh…dah bagi kulit kau nak isi pulak. Mengada-ngada. Nak jenama standard mandard je. Kasut cap ayam kau tak main yek. Poyo betul la kau ni. Berlagak. Aku ni pon kasut jenama ADIDAS je. Ni pon beli yang cikai-cikai je tau. Ceh. Piiiiirraaaaahhh……”

“hahahaha….kalau dengan kau aku kena lah demand sikit. Huhuhuhu”

“pooodah lah kau”

Kepala Wafiyuddin di sekehnya. Menyeringai muka Wafiyuddin menahan sakit.

“sakit la bengong, adeh,,jatuh saham aku. Ni kalau wafia tahu ni, memang teruk la kau kena leter dengan dia nanti.”

“eleleh….itupon nak mengadu dengan tunang, menyampah aku. Wek..wek..nak muntah hijau aku dah..”

“hahaha…nampak sangat anda ni cemburu. Carila beb. Sampai bila nak bujang??”

Persoalan Wafiyuddin tu dibiarkan sahaja tanpa ada perasaan ingin membalas.
Wafiyuddin yang memang masak dengan perangai Adam yang akan mendiamkan diri ketika bertanya tentang calon isteri hanya tersengih-sengih. Turut membiarkan persoalan itu tidak dijawab oleh Adam. Wafiyuddin terus membelokkan karetanya ke arah kanan dan memberhentikan kereta di pinggir jalan setelah lebih 3 jam berada di dalam kereta.

Wafiyuddin menoleh ke sisi. Adam di sisinya telah berdengkur halus.

“bila pulak mangkok ni tido? Hish…punya nak elak soalan aku sampai tertido kau yer.”

Wafiyuddin dengan senyap membuka pintu kereta untuk keluar. Dengan lagak seperti penyamun dia pergi ke sebelah luar tempat duduk Adam. Adam yang tersandar di pintu kereta di pandang sambil sengihan jahatnya makin lebar.

“oooo…sedap kau tidur ya. Siap kau kejap lagi.” Perlahan je suaranya bila bercakap sendirian.

Tempat pembuka pintu dipegangnya kemas sambil kakinya menguis-nguis tanah di sekitar itu supaya tiada benda tajam. Setelah yakin dengan semuanya Wafiyuddin pon dengan sekali sentap je dan…….

Bukk…

Muka Adam tersembam ke tanah. Wafiyuddin telah gelak macam orang gila apabila melihat muka mamai Adam yang sedang kesakitan itu.

“Cilaka kau, sakit la mengong” pipinya yang perit di usap perlahan.

Adam bangun perlahan. Matanya dicerunkan ke arah Wafiyuddin. Tersentap Wafiyuddin dengan renungan Adam itu. Mati terus gelak ketawanya. Air liur yang ditelan terasa kesat.

“alamak, bala pulak datang.”

Macam tahu-tahu ja yang Adam akan mengejarnya,tanpa lengah lagi Wafiyuddin terus memecut lari tanpa menoleh kiri dan kanan lagi. Kalau dia menoleh itu lagi melambatkan lagi pergerakkannya. Dah la yang mengejarnya sekarang ini adalah juara marathon ketika di kampus dulu. Tiada siapa boleh challenge dengan kelajuan Adam ketika berlari.

Adam yang turut memecut menjerit marah Wafiyuddin.

“Woi mangkok, mane kau nak lari hah? Memang dah lama hidup ke apa kau ni. Woi jangan lari. Aku dapat kau memang lunyai kau aku kerjakan.”

bersambung lagi??hahaha sorry semua...sikit je idea yang datang..

Tuesday, December 23, 2008

~batu nisan~

korang nak tau batu ni nak buat apa???
nak main batu seremban??? jauh sekali...
batu ni..hmmm....
korang tengok bentuk dia sesuai buat apa???
teka lah..teka lah...


gini la biar aku bagitahu la..

act batu ni nak buat batu nisan untuk arwah ayah aku..
batu ni abg ipar aku ambik kat sungai mane ntah..
sesuai sangat...
just tinggal cop nama n mandikan aja...
hmmm.....
sebak hati ini..
tapi life must go on..
hanya doa sahaja yang dapat ku berikan untuknya.
mungkin kenduri nya buat pada 18 jan 2009.
sesiapa yang sudi datang la.
insyallah kalau tiada aral melintang.
semoga semuanya diredhai ALLAH
yang ni pulak??
aku saja jer letak kat sini...
buat kenangan...
hmm....entahla...
makin cuba dilupakan makin kerinduan tu mencengkam hati ini..
always remember my dad...
kadang2 time makan, nak tido, ape2 aja lah perbuatan aku mesti teringat kat arwah..
mungkin kerana setahun be4 dia meninggal aku y
selalu jaga dia..
susah nak terima kenyataan ini.
kalau la ada hukum mengatakan kalau dapat cari 10 lori berlian then my dad akan kembali..
memang aku cari hingga habis nyawa aku..
tapi aku sedar. benda tu tak akan ada dan tak akan wujud.
semoga aku redha dengan ketentuan illahi ini.
berikan aku kekuatan..
berikan aku ketabahan.
rindu nak mandikan dia, nak gunting rambut dia, nak bedak kan badan dia, nak ketip kuku dia.
rindu segala-galanya.
aku ni bukan anak yang baik. tapi aku dah tak boleh nak putar mase tok menebusnya kembali..
hanya ALLAH yang dapat mengampunkan dosa2 ku dan dosa2 kedua ibu bapaku serta keluarga ku..
amin..amin..amin...

Thursday, December 11, 2008

kenangan

sesaja jer upload video tu...teringat tahun lepas punya hari keluarga..bes wo..siap masuk tv3 lagi tu..hahahaha....

time tu semua kuage wan aku berkumpul.time tu la nak merapatkan lagi tali silaturahim.

ye ar.kdg2 time raya dorang mane ada balik.semua stok cbuk ja.cbuk ape aku pon xtau la.cari reta smpi ke mati pon mane nak cukup.

kawan2 aku yang lalu lalang semua stok kagum..hahahaha...kat kg tu,cuma family wan aku ja y besar.tp nak lg detail n senang cita,1 penduduk kg tu semua spisis aku.x termasuk india n cina la.hahahaha...

lunch tghari tu jempot budak2 skolah pondok makan.eh skolah pondok ke anak yatim ek??

ntah ar..aku pon dah x ingat.aku x amik port sgt time tu.hahahaha...time reramai camtu aku lagi suka dok lepak dalam umah ja..hahahaha...perempuan melayu terakhir kah??oh tidak..tidak..

hanya seperti puteri hang li po y menunggu hang tuah dtg menculiknya sahaja.wakakaka...

saat2 camtu yang paling hepi adalh kanak2 ribena underground.perghhh,..main x hengat donia.aku lalu seblah pon wat dek jer.

aku jengil mata marah pon dia wat buta ja.ah,,hebat korang melawan dolat jurus siku lipat aku ni. tak kenal maka tak chenta la beb..

tp mengenangkan haritu ramai balaks2 hensem,,so kontrol ayu la..wpon x ayu.tp aku still nak cover ayu gak..hahahaha...

klu time makan,suh mak amik lauk kat umah wan..segan sei nak makan kat khemah depan.rase cam artis lak nati.ye ar datang lambat.meja full,xkan nak tatang pinggan smntara tggu dorang abis.kompom ar time tu dorang rase kepelikn aura mirmo zibang.hahaha..

tp aku xtergoda ngan jelinga para2 balaks tersebut,kerana mereka hanya sepupu.tak hingin aku panggilan dari makcik menjadi panggilan mak or mama..

OMG. mintak selisih..hahahahahaha....

rindunya kat saat tu..

lepas ni tak tau boleh buat lagi or tak.wan aku pon dah uzur..hmm...doa2 la supaya umo dia panjang.amin..

Thursday, December 04, 2008

-corat-cotret aja.-layan...

aku sebenarnya dah tak ada idea nak update blog ni.. tp aku tetap nak update gak..xnak bg kosong ja...
hmmm..besok da jumaat..senin depan dah raya haji...lagi sekali raya tanpa ayah...hahahaha..(gelak nak tutup psaan sedih).

hmmm,,ari selasa lepas aku sakit perut...memang tahap dewa nye sakit perut tu..terbongkok2 aku menahan sakit..
bila jalan plak aku tgok dah mcam spisis org tgh berpantang....hahaha..sadis jer...
aku rase klu org luar tgok aku camtu kompom dorang syak aku bru pas bersalin..wakakaka...
ape tak nye,,dengan kain batik,pastu t shirt then jlan bongkok2 pgg perut...nasib baik tak pki stokin n bubuh ubat ape jenama ntah kat dahi..klu x memang sebijik..xleh di sangkal lagi...
pastu pas maghrib mak aku tipon..
wahahaha..apa lagi aku pon buat la sesi pengaduan..
huhuhu....mak aku kata nati blik cuti raya mak aku nak masak bes2 tok aku..wakakaka..bahagia jer rasenya,,kui..kui..

korang2 jangan dengki ar...jangan nati datang rumah aku ketuk pintu pastu bwak pinggan kosong..
memang nak kene deb la gaya nya tu...
hmmm... mgkin menu spesl minggu ni lauk kijang...
aku x penah mkan tau..
sebelom2 ni aku makan lauk pelanduk n landak ajer..
kali merasa gak aku nak makan lauk kijang..

tp insyallah ar..kalau xde aral melintang....
huhuhuhu....korang nak??
hmmm....wat appoinment dulu yek..
wakakaka...

ahah..arini hari jadi zarul la...
walaupon aku tahu dia x baca blog aku ni,tp aku still nak wish hepi besday kat dia..
begitu juga kat khatty y smbut beday 2 hb lepas..
moga persahabatan kita diredhai allah,..

tapi untuk mengelakkn org lain hampa...
soooo hepi besday semua...
hope ceria selalu....
wakakaka....

ahah,,ada lagi berita aku nak kongsi..
semalam kawan lama aku y telah 8 tahun tak berjumpa msg aku...
aku kawan ngan dia dr darjah 1 lagi..
masa kami darjah 1 usia kami semua 7 tahun..
tp kawan aku ni umur 6 tahun..
ntah nape dapt spesel kes plak..
hmmm...maybe ayah dia ngajor kat ctu la tu...

pas darjah 6 kami terpisah..
eh lupa nak bgtau,,nama dia zain norain..
tp pgil zain ajer....
las aku dgr berita dr sepupu aku kate y zain ni p luar negara...
ooo..smbg blaja da,,jauh tu..

pastu tetiba semalam dia msg aku..
terkejut gak,,,,sbb selama ni mana ada dia tahu no aku..
ni mesti akk angkat aku bgtau ni,,,
tetttt,,salah,,,
kwan aku yg lain bgtau dia...

wakakaka...
zain ni umor 20, baru kawen 3 4 mggu lpas klu x silap..
ke 2 3 bulan lepas..
ntah aku pon lupa..
aku tanya ar apa keje laki dia n umo bape..
dia kate laki dia keje ngajor budak2 tahfiz..( uuuuuuuuuuuuuuu)
umo??? jeng,,jeng... umo laki dia 30..
huhuhu..dah jodoh xpe la...

zain ni mintak ar pic aku kan..
dia suh amto mms..
aku kate,ko nak gmbr camne???
ayu? brutal? ganas? tonggang or tebalik??
dia kata nak y ayu la..senang nak pomot kat ustaz2 di sini..
ngeeeee..aku geget ibu jari...
bior betul..
ustaz..layan ajer..
wakakaka.....
mane tahu aku leh jadi ustazah tak bertauliah tok anak2 aku...
hahahaha,...

aku tye dia mane knal ngan laki dia..?
zain ckap kenal melalui chatting mase zain blaja kat syria dulu..
weeee..jauh x?????
jauh..jauh...

hemmm...cuma kau harap skang ni dia bahagia selalu..
dah jodoh dia smpi awal..
xkan nak tolak kan...
kuii..kui..

ok,,skang plan aku bila dah smpi kg..
jejak je kaki kat umah,
aku salam mak aku,wan aku klu ada kat umah or adik2 brdik lain..
pastu kuarkan barang dapur ya bru beli mlm td kat econsave...
save bangat beb..wakakaka....

kemudia aku sarapan..then ambik baldi pastu cuci keta aku yg dah 2 mggu x basuh..
fuh hitam sei..
wakakaka......

tp y aku sedey sgt td,,
pg td be4 p opis kakcik aku tunjuk smthg kat cermin depan keta..
adoi ada tanda retak ar kat citu..
macam kene batu,,
weeee....tensen gila aku.....
warghhhhh.......

bahaya tau bawak keta dengan cermin camtu,
anytime je leh pecah..
buatnya mggu ni aku blik,
tgh2 h/way dia pecah camne...
haru beb..
acon free ar.wakakaka....
gilak la.....

skang ni aku tgh tension ngan drawing aku..
korang tau hape drawing yang wat aku tensen tu..
drawing sanitary ngan cold water..
nate gilo drawing tu...
aku x reti nak buat schematic ar...
time aku blaja dulu xde plak lect aku suh buat menatang tu..
ktorang byak lukis objek.macam cam ker,nut ke,bolt ke, xpon shaft or apa2 objek la.
bila dah keje ni bantai plak wat drawing sanitary and cold water..
hah,,,rase macam geraham atas aku jatuh ke bawah plak...
warghhhh.....aku benci!!!!!!!!
bos aku plak sedap p bandung arini..
holiday n nak p jumpa anak dia y blaja doc kat sana..
weeeee....
korang doa2 smoga jgn ar client nak drawing ni dlam bulan ni or bulan 1..
klu bulan 2 keatas xpe kot..
wakakaka..........

hmmm...
aku rase xde benda nak bebel dah...
wakakaka...
dalam pale otak aku ni ada perancangan nak tulis cerpen baru,,
tp xtau bila aku nak stat writing..
huhuhu...

 
Design by Amanda @ BloggerBuster