suka ke blog ni?

::: Anniversary :::

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 29, 2011

Jauh Dari Cinta... Terrrrr Mantop!


entry kali ni aku nak story mori pasal novel yg baru aku beli.memang dah agak lama aku ngidam nak beli novel since september lepas., tapi baru sekarang baru dapat aku gengamnya,...yeah!
satu kejayaan..ekekekeke.

aku memang lama follow novel ni.dari blog penulis lagi iaitu kak adah hamidah. walaupon dah baca separuh cerita tu kat blog,tapi still bila baca semula dari awal,air mata aku kompem leleh punya.hadoiii la..tangkap emo lebih la dak ain ni..ekekekeke.

novel ni kalau korang nak rasa pilu kat hati,nak rasa emo kat jiwa,nak rasa basah kat pipi dengan air mata and nak menangis tp xde sebab air mata nak kuar..ni lah novel nye.cari dan baca lah..sangat menyentuh perasaan.

to kak adah hamidah.tahniah! karya akk tak pernah mengecewakan kita.. dan kita tak sabar nak tunggu novel abe zafril kite plak..hahahaha.
JAUH DARI CINTA is superb!! marbelesss!! fantastik.
sure xde rasa nyesal mahupon rasa rugi bila beli novel ni. cayo la cakap sey ni. berani potong kek la kalu korang rasa tak sedap novel ni...huhuhu..

Friday, October 07, 2011

Novel Ingat Janji Kita-kelasss kau kak moon!


Menggelabah Raimi apabila Tok Jalal mahu menjodohkan dia dengan gadis yang tidak dikenali. Kalau dibantah, mengamuk pula datuknya itu. Terpaksalah dia mencipta helah untuk melepaskan diri. Idea gila datang tiba-tiba. Sahabatnya disuruh menjadi perempuan. Nak tak nak, Adi turutkan jua permintaan Raimi untuk menjadi ‘makwe’nya.

Apabila tiba masanya...

“Eh... sesuai ke? Orang tak cam aku ke? Aku rasa kekok ni.”
“Sesuai lagi secocok. Tak mungkin dia orang boleh cam kau ni jantan. Aku sendiri macam nak gugur jantung tengok rupa kau. Sebiji rupa perempuan. Mantap gitu.” Raimi menyentuh dada Adi dengan kedua-dua tangannya.
Bagaikan terkena kejutan elektrik, spontan Adi menepis kasar hingga membuatkan Raimi terpinga-pinga.
Tanpa pengetahuan Raimi, Adi ada banyak rahsia yang disimpan. Dan Adi terpaksa berbohong kepada semua. Mungkinkah seumur hidupnya dia terpaksa memendam nalurinya?


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

woot,tu dia sinopsis tok novel terbaru murni aqila.buah hatinya yang ke 4. kelasss kau kak moon..ekekekeke~ diam tak diam dah 4 buah hatinya. ehehehe. apa-apa pon tahniah la dari kita untuk awak. usaha untuk menghiburkan para peminatmu ini amat la dihargai..
toin..toin..~ kelasssss kau kak moon...ekekekeke..

jujur aku kata,novel ni menarik dan aku sajeskan korang tok membelinya. banyak persoalan dalam cerita ni yang mana bila dah baca sampai habis baru tahu jawapan.mungkin tengok pada sinopsis kita boleh agak adi tu siapa kan.tapi ianya tak berhenti kat situ. masih banyak lagi yang perlu diketahui. so kalau korang rasa taknak kene penampo dengan aku baik korang beli novel ni.. muahahahaha..sori gurau jek.

bahan bacaan yang ringan,tapi tak la ringan sangat. penuh dengan tragedi dan siap dengan pengajarannya sekali..
kadang2 buat aku gelak macam orang gila bila sampai part sengal.kadang2 senyum aja, ada jugak part yang menyakitkan hati dan membuat jiwa ni penuh dengan amarah dengan certain2 watak..

tapi kan kak moon,kalau lah part terbakar dan part ayah tiri tu di panjangkan lagi kan bes,sure perasaan itu menyebabkan jiwa kacau..huhuhu..maksud kita ada part yg belah2 depan tu dipendekkan dan part kita cakap tadi dikembangkan lagi.. sesungguhnya part2 tu sangat menyentuh perasaan...

pssttt- hati kita ni macam hati nida.wink~
pssttt- watak ain memang superb. errr..terima kasih banyak2.kita mengharapkan bidan terjun,tapi tak sangka plak jadi orang minyak.
muahahahahaha.. anyway budi kak moon yang ni tak terbalas oleh kita. hanya ALLAH yang dapat membalasnya kak.
pssttt- watak raimi tak leh challenge watak adham la..huhuhu..adham tetap di hati kita..wink~
pssttt- lepas ni boleh try watak yg berpenyakit.kita nak sajes kat kak moon pasal penyakit Prader Willy Syndrome. boleh google k.
pssttt- 4* boleh x? uhuhuhu.....terbaek kau kak moon..agagagagaga~
pssttt- pasal janji raimi pada seorang budak tu memang tak dapat kita teka masa mula2 nye..kelasss kau kak moon..memang tak dapat jangka apa akan jadi pada next chapter..huhuhu~

Friday, August 12, 2011

Ketika Cinta Bertasbih


SALAM RAMADHAN SEMUA. SEMPENA BULAN RAMADHAN NI AKU NAK REVIEW SIKIT

TENTANG MOVIE/DRAMA KESUKAAN AKU DI BULAN MULIA NI. SEMUANYA GARA2 TENGOK CERITA KETIKA CINTA BERTASBIH DI CHANNEL 141 YG AKAN TAMAT TEMPOH AHAD NI. HAMPEH BUKAN..YA...SANGAT HAMPEH. TAPI TAKPE SEBAB AKU AKAN FOLLOW CERITA NI DEKAT YOUTUBE WALAUPON AGAK SUSAH NAK FAHAM BAHASA DORANG. EKEKEKEKEKEKE..
AHAH..LUPA NAK BAGITAHU.KETIKA CINTA BERTASBIH NI ADA 5 SEMUANYA. MEH AKU NAK LIST KAN DULU DRAMA2 DAN FILM NYE..HUUUU~

  • KETIKA CINTA BERTASBIH 1 (FILEM)
  • KETIKA CINTA BERTASBIH 2 (FILEM)
  • KCB- SPESIAL RAMADHAN (DRAMA)
  • KCB- MERAIH REDHO ILLAHI (DRAMA)
  • KCB- SUJUD KE SUJUD (DRAMA,SEDANG DITAYANGKAN DI INDONESIA)

MEH SINI AKU NAK KENALKAN KORANG DENGAN WATAK2 YANG MENJAYAKAN KETIKA CINTA BERTASBIH NI PLAK.


Yang ni namanya kholidi asadil alam. memegang watak sebagai ustaz abdullah khairul azzam(azzam). dia ni lah hero dalam cerita ni. dalam watak ni dia sangat baik,alim, dan bertanggungjawab sebab dia menjaga 3 org adik perempuannya dengan baik setelah mak ayah dia dah meninggal.
adik2 dia semua perempuan. iaitu husna,lia dan sarah. awek2 ramai batui suka kat dia kerana sikap dia yg baik itu. pernah dicintai oleh elliana, pernah bertunang dengan doctor vivi dan sekarang menjadi satu2 nya suami kepada ustazah anna. dalam ramai yang suka pasti ada yang membenci kan..ahahaha..itu adat..
anyway beliau sangat hansem.. aku jatuh cinta poit..ekekekeke~





yang comel molek berwajah keibuan ni pulak namanya oki setiana dewi ( cuba dengar lagu dia karena hati bicara.mantap poit..).. nama dia dalam KCB adalah ustazah anna althafunnisa. anak kepada pak kyai lutfi. isteri tercinta kepada ustaz azzam. tetapi sebelum bernikah dengan azzam, anna pernah menjadi isteri kepada ustaz furqon selama 6 bulan. kemudian diceraikan dan akhirnya dijodohkan sendiri oleh ayahnya dengan azzam yang memang di cintai sejak dia kenal dekat cairo lagi.dia jumpa azzam kat cairo hanya sekali.tapi dah membuatkan hatinya berdetik. tapi sayang,dia jumpa azzam kembali di indonesia semasa ingin menghantar kad jemputan perkahwinannya dengan furqon kepada adik azzam iaitu husna.
tapi jodoh ditangan allah kan..akhirnya mereka bersatu juga..
part ni memang aku suka gilak...hahahahaha~


























ahah..dia ni kegilaan kakcik aku.toin..toin...
nama dia dude harlino tapi aku panggil dia duda..hahahahaha... dia memegang watak sebagai ustaz ilyas lulusan dari cairo dan india. dia jatuh cinta dengan husna,adik azzam. tapi atas sebab tertentu pertunangan dorang putus lalu mak ilyas jodohkan ilyas dengan fina.tapi ilyas tetap tak boleh melupakan husna. hubungan mereka dia dengan husna pon banyak cobaan nye...kesian bukan..ada aku kesah??kiikikiki..


ni lah dia ustaz furqon. dia jugak director kat stesen radio JPMI..anak orang kaya dia ni. nama sebenar andy arsyil rahman putra. (anak orang pandai2 dia ni)..
pernah jadi suami kepada anna. tapi dekat cairo dulu ada orang aniaya dia dan dia kene HIV.. tapi perkahwinan dia dengan diteruskan juga sebab dia taknak malukan keluarganya.sengal kan. ada HIV tp ada hati nak kawin jugok..alahai... selama 6 bulan kahwin tak pernah pon menjalankan tggjawab as a husband. bila anna mendesak,akhirnya furqon kate dia ada HIV dan anna sgt marah. akhirnya furqon menceraikan anna dengan cara baik..
kemudian dia jumpa husna dan hati dia terpaut. dia melamar husna tanpa pengetahuan ibu bapa nya di jakarta. sebenarnya mak dia dah berkenan sungguh dengan elliana. akhirnya pertunangan dia dan husna putus sebab mak furqon menghina husna..kesian husna beb.




kalau korang nak tahu.nilah orang nye yg memegang watak husna. nama betul dia meyda sefira. adik kepada azzam dan salah seorang penyampai radio kegemaran pendengar dia stesen radio JPMI. lulusan psikologi.sebab tu pendengar suka sebab dia membantu menyelesaikan masalah remaja..
sebab husna ni lah stesen radio itu mendapat sambutan hangat. lepas kecewa dengan ustaz ilyas yang sudah bertunang dengan wanita lain,husna telah terima lamaran furqon dengan hati yg terbuka. tapi sebenarnya husna dan ilyas sangat mencintai antara satu sama lain. cuma ilyas tak nak melukakan hati ibunya manakala husna pula taknak ilyas terus rasa bersalah terhadapnya..
nati dalam drama KCB meraih redho illahi husna ada penyakit jantung..huuu~
kesian beliau.~




watak yg aku nak cite adalah si pemakai tudung pink tu yek. memegang watak sebagai elliana. artis terkenal yang dulunya tidak bertudung. atas sebab ingin menambat hati azzam dan keluarga azzam,beliau tekad tok memakai tudung.cantik bangat..tapi sayang, azzam menjadi milik anna.
kemudian dia jatuh cinta pulak kat furqon dan menantu pilihan mak furqon.tapi furqon lak tak suka kat dia..huhuhu.. lagi lah kesian..~
nama sebenar dia alice norin.


nama sebenar citra kirana kalu x silap aku la. dia lah fina yang ditunangkan dengan ustaz ilyas. watak dia dalam cite KCB tak bape nak best.sbb dia pakai tudung ketika kerja dan ketika berjumpa dengan ustaz. lepas je waktu kerja terus melayang tudungnya dan sanggup naik motor berdua dengan lelaki lain walaupon punyai tunang ustaz. duh...
tapi akhirnya perangai dia kantoi..ustaz ilyas sendiri nampak fina ni tak pakai tudung diluar.








asmirandah ni aku rasa tak perlu kenalkan kot. model iklan axe.hahaha..yang gadis jual hotdog sambil tulis no telefon guna sos kat roti hotdog tu..hahahaha..sangat cute.aku suka gila iklan tu.
doctor vivi adalah watak yang dimainkan nya. bertunang dengan azzam dan apabila azzam kemalangan teruk,azzam melepaskan vivi. lalu mak vivi carikan calon tok vivi. dia cuba untuk setia pada azzam tapi mak dia tetap bertegas nak kahwinkan dia dengan pemuda lain.. haila~ nak buat camno kan..
dalam spesial ramadhan watak vivi ni hanya sedikit saja. dan beliau akan kembali KCB sujud kesujud. cun! lah..hahahahaha.





ustazah qonita ni pernah digosipkan dengan azzam. beliau memang suka pada azzam sebenarnya. tapi dipendam rasa hati tu sebab azzam dah kahwin dengan anna. sian kau qonita..hehehehehe..
tapi don worry. akhirnya qonita menemui jodoh dengan ustaz furqon yang kayo tu. ehehehehe.
nak tahu sape dia ni bolehlah gugel pada nama yasmine wildblood.hehehehe.~










* aku rasa KCB spesial ramadhan ni punyai happy ending. aku tak abis lagi tengok cerita ni sebab dia ada 56 episod semuanya..aku baru tengok episod 20. agagagagaga.pengsan jap~.

* berjela-jela aku review menatang ni kan? hahahahaha..sebab aku dah jatuh cinta dengan semua cerita dari penulis habiburahman el shirazy ni..huhu~mantap!

* ada masa korang dengar la semua ost KCB dan juga ost mihrab cinta..bes jugok wei...~

*aku suka cerita ni sebab ianya penuh dengan percintaan yang islamic. tak perlu adegan pegang memegang..peluk memeluk... salute habis ngan movie ni. tak caya cuba la korang tengok. especially watak azzam dan anna. mereka kat luar memang alim pon. husna juga..yang lain wallahualam..hihihi~

Monday, August 01, 2011

salam ramadhan- 3 tahun pemergianya



-SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
-HARAP BULAN MULIA NI KITA LEBIH MENDEKAT KAN DIRI DENGAN ALLAH
-SALAH SILAP HARAP DIMAAFKAN
-JANGAN LUPA PREPARE MERIAM BULUH TU BETUL2
JANGAN BUNYI KENTUT JE KUAR NATI.

- HARI NI GAK GENAP 3 TAHUN AYAH AKU PERGI UNTUK SELAMANYA.
- NOW IM RECITING AL-FATIHAH FOR HIM.
-HOPE DILAPANG DAN DILUASKAN KUBURNYA
-DAN SEMOGA ALLAH TEMPATKAN ARWAH DIKALANGAN ORANG2 BERIMAN


* SALAM RAMADHAN FOR EVERYONE ESPECIALLY MUSLIMIN AND MUSLIMAT.

Tuesday, July 05, 2011

7 hari mencintaiku- siti rosmizah


kerja aku sejak akhir2 ni ialah membeli dan membaca novel.
pipih poket akuh. tapi sebab dah minat, aku rela kan ajek..huhu.

kali ni nak bercerita pasal karya terbaru SR. ekekeke.
aku baru ada 2 karya dia. lg 2 nan ado..tggu la..soon insyallah.

malas nak ulas panjang. cite ni bagi aku sangat besssssss..
sangat.sangat tau. payah betul mata aku nak lari dari terus mengadap novel ni.
punyalah tebal.gilo~
dia punya kesedapan tu sampai aku hold time tido aku..ekekeke.
ni lagi kojo gilo. huhuhu.

buat anda2 semua. jangan ragu2 tok beli ya...
bestseller tuh!
macam2 perasaan korang akan rasa masa baca novel ni.
mantop!!!


*** sedang tunggu mood baca novel UNTUKMU SAYANG-marwati wahab(aleya anesa)
*** kan bes ada kawan or sepupu or akk ipar yg kayo cam mia ni.agagagaga. x poning cari kojo kat tompat lain. dok kg jek......

Wednesday, June 22, 2011

Novel Maid Mantop!

NOVEL NI KORANG SEMUA WAJIB BACA. WAJIB OK!.




Last week aku pegi jj. sebab nak mendaftar sebagai pengundi..ekekeke.
umo dah 24 baru nak p daftar. tapi ok lah. kire aku ni jalankan
jugak tggjawan aku sbg rakyat malaysia.wink~
and macam biasa aku mesti singgah popular punya.
LOL
lantas aku rembat 2 bijik novel.
salah satunya novel kat atas tu. dan yg kedua
novel HERO.penulisnya hilal asyraf.(harus baca juga)

ni nak membebel sket pasal novel maid ni.
peh!! baca sinopsis dah buat aku tertarik menarik maid mmg da bomb!
tp mcm biasa jugak novel ni akk aku sebat dulu..cessss.

bila aku stat baca novel...peh!
wa cakap sama lu.
bibir tak henti2 nak tersenyum jek. giler...tor!!! baek noks~
ahakzzz.. aku sajes la kat korang.beli novel ni. sure x menyesal.
walaupon tak banyak konflik tp penulis still buat kita rasa
macam org giler senyum sorang2 dengan penulisan yang sempoi.
tak boring! bes! dan sweet sangat.


5 ***** aku bg.ekekeke.
tapi satu jek aku tak puas hati..miahahahaha.
giler punya tak puas hati sampai aku rasa mcam jantung ni ditusuk buluh betong,.
dia punya hero mr f penulis imagine sbg org bawah ni..



HUARGHHHHHHH....
sakit jiwa kak suri oiiii... parah dah jiwa ni.
kalu camni punya hansem mr f. mmg la kita dengki ngan si noorul tu.
tp sebab nama heroin nak sama ngan aku.
so aku consider la watak noorul tu adalah aku.
miahahahahaha.~

Wednesday, June 01, 2011

mencari jalan keluar yang tak jumpe2

assalamualaikum

lama dah aku tak hapdet blog ni kan. hehehe. entah la. sejak akhir2 ni aku rasa down sgt la. mood berubah2. kejap hepi,kejap moody,kejap mengong,kejap rasa lampi,kejap rasa sengal..bercampur baur dowh. itu kalu leh rasa tu,aku agak memang boleh buat cirit birit la.agagagaga~

meh nak tanya sikit.korang penah rasa apa aku rasa kala ni? kalau penah ape korang buat? ce cite sket. aku betul2 buntu la.. kepala ni serabut macam sabut kelapa dah ni. nak cari jalan kuar cepat.
kang lama-lama dalam tu takot sesak napas mau pengsan aku.

Wednesday, May 11, 2011

Pelajar politeknik maut ( kazen aku )








SEREMBAN: Seorang pelajar politeknik maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan lori di Kilometer 263.4 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara berhampiran Plaza Tol Labu, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, Muhammad Safwan Abdul Kadir, 19, pelajar jurusan Diploma Pengurusan Logistik Politeknik Seberang Prai, Pulau Pinang maut di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan badan.

Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang dalam perjalanan ke arah Utara melanggar belakang sebuah lori membawa muatan besi kitar semula di lorong paling kiri.

Source: Harian Metro


arwah adalah sepupu aku.(anak buah mak aku la). walaupon kami x rapat mungkin sebab perbezaan umur..tp pertalian darah daging itu menyimpulkan segalanya.. permergian dia ditangisi, tapi sentiasa la hadiahkan dia dengan doa. doa kita disini insyallah membantunya disana..

kejadian berlaku pada hari jumaat-6/5/2011-arwah on the way ke klia tok balik ke penang.MAY ALLAH BLESS U SAFWAN!

Tuesday, May 03, 2011

Hati Bergetar Rindu



alhamdulillah gua dengan jayanya telah menjejakkan kaki sekali lagi ke pesta buku kat pwtc pada tahun ni. wahhh, sopan x permulaan gua.ahakzzz..

apa-apa pon skang gua nak review sket pasal salah sebuah novel yg gua rembat ari sabtu lepas kat pesta tu. yeah!! HBR dr dhiya zafira.

leceh la bergua2 ni kan.cam kuang ajaq la rasenye(elleh macam la x selalu buat)


pertama-tama kali sekali thanks to penulis sbb buat aku jadi cam teruja nak baca novel ni. sepatutnya aku ingat nak beli 2 3 je. tapi sebab perasaan yang membuak2 terhadap ke "best" an cite ni bak kate kawan aku.so aku dengan jayanya jugak merembet buku ni.tanpa pk 8 kali.

dan buku ni jugak yang aku baca dulu dan abis dulu. hehehehee.. mmg best poit. giler babas nye best. mata kalo boleh tak nak berkedip pon. aku stat baca lepas maghrib straight smpi kul 2 pg.
gile x giler peel aku.sib baik senin cuti ari pekerja. muahahaha..dan sib baik gak mak aku x terjaga tgh mlm tu..lau x sure sok pg kene bebel..alalalala~

permulaan cite ni je pon dah buat aku sangat teruja tau. sebab nya memula aku igt aku salah beli buku.
yelah muka depan ngan tajuk dah abis romentik maut aku rasa. tapi bila baca prolog jek aku dah saspen sbb cite dia ala2 thriller gitu. i loikkkeee beb..
mmg aku kasi 5* la kat penulis. mmg tak rugi korang suma beli buku ni.sure x kecewa.
ianya x berat dan sgt sesuai tol release kan tension korang. kalu ada sesape beli buku ngan aku. aku akan sajes buku ni. sure 100% terbaek dr ladang!

buat penulis- good job sis! muaah u lebey la kali ni...hahahaha.
x sabar pulak nak teroka karya2 akk yang lain.tp tunggu dulu la. bajet dah lari ni..hohoho..


* dalam proses baca contengan jalanan k-square (hlovate).fend abis sudah.superb!!
*kendian nak baca novel ke2 siti rosmizah plak.
*last sekali baru baca karya penulis kesayangan aku. sutera bidadari! ganbatte!!!
*kak moon- anda sgt bersinar hari tu. silau mataku smpi ke arini..huhuhu~

Thursday, April 14, 2011

gua.hapdet.blog.pasal.kawen

lu orang mesti nak tau pasai apa entry terdahulu gua sibuk kan.?
ahah!! meh sini gua nak habaq sat.
pehhh...tengok. loghat utara tu.
ingat gua sesaje habaq utara ka? dak aiii..
musti ada sebab musabab..ekekekeke.
sebab musabab dia ni berkaitan la ngan kesibukan aku ni.
wink!~

orait uolsss...
i bizi sobab abang den kawen.
den bizi menguruskan segala macam hal kawen2 ni.
den bizi jugak sebab mengawal neves den ni yg serupo mcm org yg berkawen pulok.
hahahaha..
gediks mak oiiii!~

meh gua kasik lu orang tengok pic kawn abang gua.
tapi sikit jelah gua kasik yek.
ikut pada kerajinan gua setakat ni..
meter dia memamg low giler la..
sat na... gua upload ni~....

::::::::::::::::::::::::::::::::
::::::::::::::::::::::::::::::::
::::::::::::::::::::::::::::::::
::::::::::::::::::::::::::::::::





romentik kunun...bweeekk..
muntah gua..hahaha!
(jelos senanye ni)
belah penang sanun.




ye gua tahu abang gua hansem
sorry beb, lu orang lambat. hahahaha.

mekap abang gua sangat la terrrrover dos.
hai-o!


di meja beradab( belah umah den yo)
merah makngah gitu..auww~




bebudak yang xcited bona. ayoaeee..
kok runtuh pelamin tu kang.!


+ credit tok kawan2 group aku yang hadir membantu apa patut.
shamin-ecah-ain j-dann-rafiq-mizan-naset-ikki. thanks uolsss...
o-la-la.~

+thanks to kak moon jugak sebab sudi hadir dengan member2 dia..hehehe.
siap bagi kita coklat gitu..i loikeeee.~

Friday, March 25, 2011

GUA BIZI.tension

kata maaf pembuka bicara.
xoxoxoxo.

gua sangat bizi LOL.
tade masa nak hapdet blog. so gua tekan kan lagi sekali.

tension

GUA BIZI.


sekian!

tensiontensiontension

Tuesday, March 15, 2011

gua ada masalah-sila tolong gua para blogger



assalamualaikum blogger semua. arini gua nak share masalah gua kat korang. masalah gua ni buat gua rasa tension tau. gegiler punya tension tapi xde la sampai gua gila kan. ekekeeke..

gua kalau boleh nak korang bg la petua,nama ubat,nama tmpt berubat,nama negeri nak pegi berubat tu kat gua. masalah gua ni macam korang leh tengok kat pic atas tuh. tangan kuat berpeluh. bukan takat tangan jek. tapak kaki gua pon tetiap ari gua rasa macam berjalan atas air. adeiii,,gua malu dik non~! errr, act,x la malu sgt. cuma leceh nak cover jalan tuh. kene plak selipar spisis kulit. gua pon sengal jugak pegi beli selipar jenis tuh. mato lotak kek mano tatau la sey nak koba an.

gua ada la tanye boipren gua si en google tuh. beliau bg la link2 yg leh dipercayai la kan.
so gua baca la kat satu link ni, portal my health.

gua baca tekun punya. mak mertua lalu belakang pon gua x perasan sbb gua mana ada mak mertua kan,ekekekeke...

dia tulis situ setakat ni xde bukti jelas kepada punca penyakit ni. erkkkk?? penyakit ni sungguh misteri. huuuu~ gua terus kan lagi pembacaan gua dengan tekun sekalik!~
penyakit ni terlalu sikit pesakit yg menghidapinya. tapi lelaki la kaum yg paling ramai sekali. nisbah lelaki dan wanita adalah 65:35. wooooaaa...gua antara yg teristimewa tulah..

so nak pendekkan cite sbb gua malas nak menaip panjang,gua nak mintak korang suma tlg la bg petua2 org lama ke care2 nak kurang or hilang kan terus penyakit kuat berpeluh pada tapak tangan dan kaki gua ni.

dok dalam acon pon tapak tgn gua leh berpeluh.sadis betul... kalau tengah berjalan plak kekadang selipar leh tercicir kebelakang sbb tapak kaki licin. tu sebab gua lagi suka pakai sandal yang ada tali belakang + saiz kaki gua beso..susah sket cari sandal ladies yg comey2..hohoho..

dan lagi satu gua nak tanye. ada ke deodoran tok tapak tangan? ke maksud deodoran tapak tangan tu adalah lotion? tp gua rasa kalau pakai lotion lagilah tangan gua cepat berpeluh.
tolong la kekawan bantu gua yang bermasalah ni.


+ gua dah tertiru cara si pisty ni bila berblog... gua mintak maap ye cik pisty.nati gua upah lu makan coki-coki.

Friday, March 11, 2011

Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan

* ni aku nak kongsi sikit ilmu yang aku dapat dr sorang kawan aku.dia anto email ni dan aku rasa x salah kot aku nak berkongsi ngan korang.mudah-mudahan kehidupan kita akan sentiasa ceria.insyallah.~

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,'Tuan Guru, sepanjang hidup
saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?'


Sang Guru menjawab sederhana, 'Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.' Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya sentiasa menguntum senyum bersahabat. Riak mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah air muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun
persoalannya nescaya dapat di atasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Anda ingin beramal soleh sebagai bekalan akhirat? Tolong kirimkan kepada rakan-rakan muslim lainnya yang anda kenal.



* renung-renungkan dan selamat beramal..hik..hik..~
peacepeacepeace

Tuesday, March 08, 2011

+gua dapat award dari cik cipa chupa chup+


wootttt..gua dapat award.trimas kepada cik cipa kerana sudi menghadiahkan award yg comel lote ni ke gua..
gua rasa terharu la cipa...ada nmpk x air mata gua menitik2 kat helaian2 rambut gua yang ikal mayang ni? ekekekeke..
nwy..terima kasih lagik sekali ya. sungguh rajin kamu ni cipa. apsai gua sebut nama cipa ni byk kali ek..cipa chupa chup! muahahaha~!!

Monday, March 07, 2011

konsert maher zain (26-2-11)

baru-baru ni aku pegi konsert maher zain. syiokkk beb. aku memang addict dengan beliau ni. yelah,masa dia wat tour dlu aku x berkesempatan nak pegi konsert dia kat uia tuh. so,this time aku xleh pandang enteng lagik..muahahaha. so bila hotlineticket open jek pembelian tiket tok konsert ni,aku pon dengan cargass hallo-hallo kawan2 aku. dan akhirnya tercapai la hasrat aku tuh..ekekekeke. for the some reason yg aku tatau,tiket aku dari harga rm 53 diupgradekan ke harga rm103.. jeng..jeng..but still aku bayar rm 53 jek.. rezeki aku kot.alhamdulillah~


ni tiket dan buku lirik. buku ni free jek. dapat masa tgh syok tgok konsert.



ni pintu masuk tok tiket aku. tapi terbahagi kepada pintu. pintu rm 53 dan rm 103. lets check in bebeh!~ wak lu check in!


ni pic aku bersama bride to be with her fiance. antu bang leman.. larik!!!!!



tak lupa gak kepada hero-hero aku. hehehehe. orang comel memang kene ramai hero. ahakzzzz.. tengok la wajah2 mereka. teruja mengalahkan aku. sepak pungkuk sat g.tau la.~

1st perfomance. inteam. plg best masa dia nyanyi lagu medley lagu2 lama dia yg tip top!~

2nd perfomance plak irfan makki.. wow! lagu2 dia memang memukau la. expecially mabrouk and mother. korang patut dengar lagu2 tuh.terbaek noks~

pas perfomance irfan makki, persembahan mesut kurtis plak. peh,dia ni lagi mantap aku rasa.suara dia mmg great la. malatop + quiet hansem.ekekeek. donno he still single or married man.he 29 dude. still young. ekekeeke.. lagu dia yg wat aku ulang2 dengar ialah never forget. dia featuring ngan maher zain and cute little kids. tak lupa jugak lagu burdah
kemudian baru la keluar maher zain. pic atas ni dia nyanyi lagu insyallah duet ngan fadli dari kump padi. bm+bi. lil bit disapointed. but nevermind. fadli was great too.
atas ni pic masa maher nyanyi lagu baru dia. freedom. its was amazing okay.mmg cantik sgt pandangan kat audience.. gilak la.. aku terpukau tau..~ sape yg berada kat situ pada saat tu kompem rasa ape aku rasa.


x lupa jugak pengacara pada malam tu. sangat bertenaga. farah adeeba and alamak... lelaki tu tatau la nama dia. act x igt.tariq kot..x pon fariq.. aishh..entah ler..betui2 x igt ni...ekekekeke.

* insyallah,rasa macam nak pegi lagi kalau ada. and maher kate,insyallah dia akan dtg lg tok promosi album kedua dia. maybe prtghn thun..donno la.just wait and see.

*malam tu walopon dia kureng bertenaga tp tetap aku hebat dan aku suka. dia penat,tapi still bersemangat nak nyanyi.siap kasik kitorg request tok lagu yg kitorg nak dgr lagi. terbaek la maher..

Thursday, March 03, 2011

drama nur kasih ke layar perak.~

bagi peminat drama nur kasih macam aku ni,mesti korang rasa teruja sesangat2 bila tahu filem ni bakal ditayangkan mei 2011..ekekeke..wallahualam
katenye mei ni la. sorry kalau ianya tersalah. huk..huk..

aku antara orang yang paling teruja. rasa macam nak cepatkan masa.jadikan bulan mei muncul esok.pastu bila dah tengok cite tu kat wayang,kita putar balik masa kebelakang.

ah ko,sesuka hati ko je kan. berpijak pada bumi yang nyata ain. sepak pungkuk sat g.padan muka.


bawah ni aku sediakan preview cite ni.(sediakan? cewahh..ayat macam aku plak yg buat video ni.ekekekeke..geget stereng cepat!) enjoy yek kekawan. jangan lupa hebahkan pada seantero donia.~!woot




*aku harap sangat cite ni still bes lagik. kadang2 ada cite yg dramanya bes giler. masuk wayang,hampeh! adodoi.....

Wednesday, March 02, 2011

rasukan si ibu peri

tanjung :- der... im getting married!! hahaha. bulan 8 ni,datang tau.
aku :- aku tatau bila ko tunang,tup tap nak kawen jek?
aku tompang gembira la ntok ko.
tanjung :- ko bila lagi der? jangan lama2. kang berulat..ekekeke..
aku :- =_______=

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

anggerik :- dik non, aku nak gitau rahsia ni. ahad ni aku nak bertunang.
tp buat kecik2 jek. ko wajib datang tau,koz ko my bespren.
aku :- alamak.nak tunang gak ke? ngan sapo? ayamas la ko..tunang tak tunggu aku.
tgok la kalau aku ada masa aku pegi la. lau tak,aku pg dalam mimpimu jelah.
anggerik :- wak luss!! ko kene ceo ke smpi xde masa? sepak muntut ko kang.
aku :- miahahaha. insyallah.
anggerik :- ko bila lagi? cepat2 la sket. nati kita naik pelamin sekali la.save bajet noks
aku :- xpe la,ko jek dulu.. =________=

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

ayam hutan :- wei,ko dengar cite x yang tenuk tu dah kawen. aku pon baru je tahu masa
skodeng fesbuk dia.giler la.peel punya la macam siamang gagap masa'
kat sekolah dulu,tup2 dah ada anak sorang. kita ni bila lagi kan?
aku tunggu blue lite je dari kemboja.kalau dia on,aku pon on je lah.
aku :- ^$*&^$*&$*%^$*(dalam hati) ko ni mcm xde soalan lain kan. =________=

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

aku :- 1,2,3,4,5 errrmmm... sape lg ek..ah..6,7 bla..bla..bla..bla..campur ngan junior aku,
senior aku kat bla..bla.. tup tap tup tap..mak oiiii... adalah dalam 45% yang agak rapat
ngan aku dah kawen and tunang..
send message via fesbuk,yahoo mail,yahoo messenger,tagged,twitter
"congratulation everibedi"
feedback
:- terima kasih.. ko/akk/adik/dik non/noks bila lagi?
aku :- **** dorang ni... (shut down lappy)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

mode bengang

minah senget :- beb, ak....
aku :- ko kalau tye pasal aku bila nak kawen,baik ko diam jek. x yah tye.
aku dah tensi tahap gaban ni, kang ade gak bibir ko leper nati kene penampo
minah senget :- ape ko merepek ni setan? ko x dgr azan tu. aku nak ajak ko gi solat kat
surau.xde keje plak aku nak tye soalan x berpaedah tu kat ko.
aku :- errrr.............



* itu baru kekawan.belum bunda ibu peri lagi. =_________=

Tuesday, March 01, 2011

Fenomena Maher Zain

DALAM tempoh enam bulan, tiga kali penyanyi kelahiran Lebanon, Maher Zain, berkunjung ke sini. Jika dua persembahan terdahulu lebih kepada promosi album selain acara kebajikan, kunjungan kali ketiga Maher Zain lebih istimewa kerana mengadakan persembahan skala besar untuk Maher Zain Live in Concert 2011 di Stadium Malawati, Shah Alam, pada 25 dan 26 Februari.

Konsert anjuran Inteam Records Sdn Bhd, Fiero Sdn Bhd dan Awakening Entertainment dari United Kingdom ini turut memilih akhbar nombor satu, Harian Metro, sebagai media rasmi.

Untuk konsert kali ini, Maher tiba di Kuala Lumpur pada 20 Februari lalu dan dalam kesibukan menyertai latihan bersama barisan pemuzik pengiring yang diketuai Eddie Marzuki selaku pengarah muzik, Maher meluangkan masa singgah di Balai Berita, Selasa lalu untuk menyempurnakan majlis penyerahan tiket kepada pemenang peraduan konsert yang dianjurkan Harian Metro.

Orangnya peramah dan merendah diri apabila tidak keberatan melayan peminat yang ingin bergambar dengannya walaupun jadualnya agak padat menjelang konsertnya. Sebagai tanda percaya terhadap pemuzik Malaysia juga, Maher hanya membawa pemain dram dan peniup seruling selain dua rakannya, Iffan Makki dari Kanada dan Mesut Kurtis (Macedonia) bagi mewarnai lagi konsertnya

Saya tidak melepaskan peluang menyaksikan persembahannya di Stadium Malawati, Jumaat lalu sebagai tanda sokongan terhadap Harian Metro sebagai media rasmi. Saya juga membawa anak-anak kerana selama ini mereka mendengar lagu-lagunya melalui CD atau video melalui youtube

malah anak bongsu saya, Ameerul Afiq Azizi, 6, akan pasang lagu Maher Zain setiap kali masuk kereta, sampai diulang-ulang lagu kesukaannya, Barakallah.Malah ramai yang membawa anak-anak menyaksikan persembahan Maher Zain.

Setiap kali penyanyi yang kini menetap di Sweden itu datang, sambutannya cukup baik. Sememangnya, orang kita suka sangat mengalu-alukan kedatangan penyanyi luar hingga ada artis kita kecil hati kerana mereka sukar mendapat peluang mengadakan konsert. Pelbagai masalah dihadapi apabila tiada penaja hingga ada yang sanggup keluar duit sendiri untuk hiburkan peminat.

Artis yang datang bukan saja dari jauh seperti Amerika Syarikat, England, Korea, Jepun, Hong Kong, Taiwan malah negara jiran, Indonesia dan Singapura.

Buktinya, hari ini, genap dua bulan kita masuk tahun 2011 dan kita sudah menerima kehadiran tiga artis Korea untuk Konsert K-Pop, Deftones dan Mary J Blige. Selepas ini, Michael Buble akan datang pada Mac, Justin Bieber (April) dan tentunya ramai lagi.

Itu belum lagi April nanti apabila persembahan sempena Minggu Setiausaha, mungkin penganjur akan mengundang penyanyi dari Indonesia seperti tahun-tahun sebelum ini.

Kita cukup terbuka menerima kehadiran mereka, mungkin juga kerana rasa kekosongan dalam jiwa hingga kita menyukai karya luar. Kalau itulah puncanya, ia satu cabaran besar buat karyawan tanah air. Kalau karya kita sendiri begitu kuat di hati masyarakat kita, mungkin semua ini tidak akan berlaku dengan begitu terbuka sekali.

Tapi apa yang membezakan Maher Zain dengan penyanyi lain ialah lagu-lagunya membawa mesej yang baik dan bukan sekadar berhibur. Jadi, memang bagus kita mengalu-alukan kedatangannya. Maher juga tidak letak harga tinggi, hingga beberapa kali datang ke sini.

Fenomena ditimbulkan Maher juga cukup luar biasa apabila album sulungnya, Thank You Allah, mencatat jualan membanggakan dengan lapan kali platinum. Ia sesuatu yang mustahil dinikmati penyanyi tempatan dalam situasi jualan album fizikal tidak memberangsangkan ketika ini.

Anak-anak kecil suka lagu-lagunya hingga hafal lirik lagu-lagunya seperti Insya Allah, Thank You Allah dan Barakallahu Lakuma. Bagi pendengar dewasa, ada lagunya yang punya mesej perjuangan, Palestine Will Be Free dan Maher juga ada lagu cinta untuk peminat jiwang melalui lagu For The Rest Of My Life.

Semua lagu dari albumnya boleh didengar dan bukan hanya satu atau dua lagu saja. Tidak hairanlah hanya bersandarkan satu album, Maher Zain boleh buat konsert berskala besar hingga semua lagu-lagu dari albumnya dipersembahkan pada malam itu bermula dengan Always Be There sebagai pembuka persembahan. Ulasan lanjut konsert ikuti muka tengah hari ini.

Sebagai menghargai sokongan peminatnya di sini, Maher turut merakamkan lagu Insya Allah dalam versi Melayu dan ia disampaikan buat kali pertama di hadapan peminatnya, malam itu. Malah Maher Zain juga memperdengarkan satu lagu baru, Freedom yang diilhamkan perjuangan saudara Islam di Tunisia, Mesir dan Libya.

Maher juga bersedia menyampaikan lagu yang diminta penonton hinggakan lagu For The Rest Of My Life dinyanyikan dua kali, begitu juga Freedom. Itu belum cukup baik kerana Maher Zain menyampaikan lagu Insya Allah tiga kali sepanjang konsertnya dengan versi asal, versi Melayu dan dwi-bahasa duet bersama vokalis Padi, Fadly.

Seorang penyanyi popular yang duduk berhampiran saya sempat mengulas sebelum keluar dari dewan malam itu. Katanya, pertama kali dia menyaksikan penyanyi menyampaikan satu lagu sampai tiga kali dalam satu konsert.

Selepas ini apabila album barunya, siap selewat-lewatnya pertengahan tahun ini, Maher yang genap usia 30 pada 16 Mac ini akan datang lagi untuk promosi diikuti undangan menjayakan persembahan. Apapun, buat seketika, Maher akan berehat kerana menanti kelahiran anak pertama yang dijangka lahir April ini. Tentunya, persembahan dua hari di Shah Alam menjadi kenangan manis buat peminatnya.


->>> petikan dari harian metro online.

Saturday, February 26, 2011

dunia khayalan sang peri~

aku merenung bintang di angkasa sambil layan winston light. wahh,syahdu dik non~!
kemudian aku merenung diri aku sendiri.,ahh,patut la sejuk. boxer saja yang tersarung di tubuh ku. agagagagaga~

aku renung lagi kerajaan langit. ahh,adakah ayah pin meninggalkan tanah jajahan nya itu tanpa ada warisan? aku melangut lagi. kali ni aku hembus nafas kasar. berkepul2 asap benson naik keudara.
sebab apa aku mengeluh. kerana esok aku akan menjadi suami kepada si isteri. wink~! bersedia ke aku? tara hal. ganbate!!!!~

macam x percaya jek esok aku akan menikah. yelah, manusia hina macam aku boleh ke menjalankan tanggungjawab untuk memimpin kaum hawa ke jalan lurus? tapi kalau takat jalan lurus yg dimaksudkan adalah hiway, aku besit 1.6/1.8,tara hal lah. lebih dari itu pon ada.
bukan ingin menongkat hidup mahupon mencari maut awal, cuma hidup sendirian tanpa manusia yang bergelar ibu bapa mahupun keluarga telah membuatkan aku menjadi liar. tiada kongkongan membuatkan aku mencari makna hidup di atas jalan raya.

aku sendirian di bumi ni sejak 21 tahun yang lalu apabila satu2 nya org yang aku ada didunia ni yakni ibu aku telah meninggal dunia kerana lemas jatuh kedalam telaga semasa aku berumur 15tahun. sejak itu lah aku hidup sendirian. ada jek org kampung nak membela aku. tapi aku tatau kenapa aku lagi suka lone renjes. sebulan jek aku bertahan umah pakcik ketot.
kemudian aku cabut senyap pada waktu malam. aku merantau tanpa arah tujuan dan akhirnya aku tersadai seperti paus biru di kota nan pelesit ni.

kota ni lah mengajar aku menjadi dewasa. hidup penuh dosa, bergelumang dengan maksiat.
membunuh ibarat hobi. tapi satu pendirian aku. aku tak hisap dadah. kerana dadah pembunuh no 1. aku masih teringat iklan di tv itu. ermm. dalam banyak2 mesej dalam tv tu cuma tu yang melekat.

bodoh, rokok ni pon sama jek macam dadah.buat aku ketagih. kamben biri-biri ko ni winston light.
aku sumpah ko jadi seterika.

pling..pling..


seterika jenama elba muncul. agagagaga. aku ternganga.. aku gesek2 mata.
plup!~ hilang.. tetibe aku terdengar lagu ni.



Di bumi, lautan, di udara
Begitu banyak kisah tersimpan
Betapa besar keagungan-Nya
Semua ini dapat tercipta
Dengan..
Indahnya

Dunia khayalan, dunia impian
Dunia khayalan, dunia impian
Dimanakah kau berada?
Bawalah aku kesana
Kesana
Kesana

[Music playing]

Dunia khayalan, dunia impian
Dunia khayalan, dunia impian Dunia khayalan..
Dunia impian..



ibu peri,ibu peri. muncul la kau di depan aku.kabulkan la permintaan aku ni.. kabulkan lah khayalan ku diatasa supaya menjadi benar.~
aku pejam mata lalu terlena dengan dengkuran halus..agagaga..comey bukan?



sekian la cerita aku hari ni~!
jangan marah nati bapa jual. tuan penasihat..20%.


Friday, February 25, 2011

khurafat 8 juta.

malam tadi aku bosan tatau nak buat ape. then aku godek2 la youtube,cari cite2 melayu yang nak ditengok. ok! aku jumpa satu cerita baru. . macam selalu kalau movie melayu kuar kat panggung aku x bape nak pegi.entah la,tatau kenapa. tak semangat 1 malaysia langsung kan aku ni. ekekekeke.ada aku kesah.
hantu kak limah,aku masih dara dan ngangkung adalah movie terbaru yang aku tengok kat youtube. wink~ dan the latest malam tadi la.



KHURAFAT


itu lah movie terbaru aku tengok. dan semalam aku dengar kat radio sinar.dia kate kutipan untuk cerita khurafat ni dah cecah 8.1m.. woooaa...aku teruja.banyak tu. kompem cite ni malatop,tip top,seram tahap mak lampir mengilai la.~

sepanjang aku tengok cerita tu kat youtube, ntah bape puluh ratus kali aku menguap.
OMG,bosan dik non cite ni. memang tak menepati citarasa aku pon. aku ni tak la berani sangat tengok cite antu. tapi kalau dah sampai tahap aku asyik menguap je,. korang rasa cite ni boleh ke dapat 8.1m? agagagaga... okay! itu dah rezeki samsul anak pak usop. kita tak leh lah nak argue lg kan..muahahahaha..

aku rasa,sebab dia leh dapat kutipan 8.1m sebab antusetan dia la kot. setiap kali antu kuar,
x penah nye lebih dari 3 sec kot. aku pon x sempat telek guane rupe antu tu. dia kuar secara tetibe jek pastu pop! hilang... okay! aku da errrmm..agagagaga.. ape ni? muahahaha.
mungkin itu lah tarikan cite ni. antu kuar x lebih 3 sec then dia hilang macam gaya the flash.
atoiii... mmg terbaek la cite. 8.1m. tu..rugi tak tengok.(okay,ni aku tipu)muahahaha.gelakgulinggelakgulinggelakguling


*ape2 pon, tahniahtepuktangan la pada samsul sebab dia amat hansem dalam cite tu.muahaha.
*agak2 aku leh x berpacaran(rasa mcm nak geget stereng baca ayat ni) dgn si samsul ni? ekekeke. kaya dan hansem~
* aku suka giler makan honeystar..nyum..nyum..~sengihnampakgigisengihnampakgigi

 
Design by Amanda @ BloggerBuster