suka ke blog ni?

::: Anniversary :::

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 11, 2011

Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan

* ni aku nak kongsi sikit ilmu yang aku dapat dr sorang kawan aku.dia anto email ni dan aku rasa x salah kot aku nak berkongsi ngan korang.mudah-mudahan kehidupan kita akan sentiasa ceria.insyallah.~

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,'Tuan Guru, sepanjang hidup
saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?'


Sang Guru menjawab sederhana, 'Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.' Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya sentiasa menguntum senyum bersahabat. Riak mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah air muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun
persoalannya nescaya dapat di atasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Anda ingin beramal soleh sebagai bekalan akhirat? Tolong kirimkan kepada rakan-rakan muslim lainnya yang anda kenal.



* renung-renungkan dan selamat beramal..hik..hik..~
peacepeacepeace

2 comments:

Frodo Baggins said...

dan senyumku seindah suria kacak sekali ciri2 wajah berseri2 yg tiada masalah keduniaan cuma ghairah pada pemakai coli semata


wakakkakaa

-Ain-Dak In- said...

hahaha..woi nani..
kegersangan ko ni mybbkan ayah pin murka tau...

nyah kau dari kerajaan langit ku ini.
tiada la perhubungan kita lagi dan berpaling la aku pada sanggora si jahanam itu!

 
Design by Amanda @ BloggerBuster