suka ke blog ni?
Friday, July 16, 2010
Wednesday, September 09, 2009
+ Goyang + Loyang + Ros +
Di kedinginan pada pagi sabtu lepas, dengan mata stim dan jalan raya yang agak lengang.aku melihat jam tangan... ahh.. pukul 4 pagi. lagi setengah jam sampai la kampung ni.
mata stim la ni. adehhh..cepat la sampai kampung"
hahahaha... apa motif aku merepek ni? huhuhu.saja ja..sekarang aku kat opis tengah busan tahap gaban. orang belakang aku ni dok asik melayan lagu raya..adoiii. apo nak jadi wei!!!
ni nak story sikit. sekarang bila aku ronda2 ke blog2 orang. aku tengok peperangan telah berlaku..peperangan apa..hahahaha...itu biar aku simpan la..mane yg tahu tu bagus la..
tapi aku tak mau campur..hehehehe..(suka tengok dorang berperang jek)
ahh..apa aku nak cerita ni sebenarnya aktiviti bulan pose yang raya bakal menjelang nih.
mak aku pon dah kelam kabut menjahit langsir,suh aku buat kuih.cat rumah..
aish..penat la makkkkkk.... tapi sebab aku ni nak jadi anak yang taat, aku buat la apa yang mak aku suh tu. kebetulan pula dah beberapa tahun rumah aku tak cat baru..so sabtu lepas aku menjalankan aktiviti mengecat bahagian dalaman rumah.( aku lupa nak snap pic daaa).
tapi keje mengecat tak setel 1 hari. akak aku kol abg bent aku then abg bent aku kate dia nak balik malam ni.itupon sebab dia standby jek. lau xde keje dia balik..oraittt...abg bent aku nak balik.. dia balik tu ada lah satu rahmat bagi kami. walaupon rahmat tapi still ada ke mala petaka an bagi kami..hahahaha....
abg bent aku.. kalau dia balik.kompom 100% umah aku bersih,bersih sgt.sebab dia seorang pembersih..mala petaka an nye plak..dia kuat membebel dan kondem keje orang..aishhh..tensi..tensi..tensi... dia nak suma sempurna..perfect..eiii... aku tensi!!!!!!!!!!
stop pasal dia plak..



kerja hari ahad bersambung dengan aku ambik tugas membuat kuih loyang( kak osh kata)@
kuih goyang(family aku kata)@ kuih ros (nama universal).hihihihihi...
tu tangan mak aku. take over keje aku setelah 4 jam aku bertapa kat depan kuali tu. last touch up dari bonda tercinta. hehehehe...

so ni lah kuih loyang@goyang@ros. kuih traditional okey.. rasanye rangup dan manis2 buah. tengok la sapa bancuh?? mak aku jugak!! hehehehe... (x lupa jugak pada sape yg dok bertapa 4 jam tu yek). hehehehehe....
posto -Ain-Dak In- at 12:13:00 PM 7 comments
Labels: family
Monday, August 10, 2009
+ aku cuti lagi +
6 pagi td......
'dik,camne?'
"camne ape? nak cuti,cuti jelah."
aku buka ikatan telekung di kepala. berkerut aku menahan batuk.(karang mak aku jaga pula)
" kalau camtu,boleh ke ko sorang je anto kaklong & banglong balik?"
aku diam seribu bahasa. kakcik aku pon diam.kemudian dia bangun dan mengejutkan anak2 buah aku. time to school.
6.30 pagi..
aku panas kan enjin kereta dan bersiap nak balik cheras.anto kanda2 ku balik( dorang nak g keje ler)
sat lagi aku balik n9 semuladrive sorang. mata mengantok sebab mlm tadi aku x dpt tido sangat. sakit dada ni. mintak2 la semua nye selamat.
mak aku demam,so aku ngan kakcik aku amik keputusan tok cuti,maybe sampai rabu.tapi kalau mak aku bertambah sihat pagi rabu aku balik la cheras lik.
* mintak2 la aku dapat keje kat seremban. boleh je aku lepak kat kg. x pening nak pk pasal kesibukan kota ni. dengan jerebu x abis2.. sempit dada aku ni.
insyallah rabu aku on9 semula.. kepada sesiapa yang berkenaan,lau ada apa hal. roger aku.kol ke,msg ke,surat pon boleh je asalkan jgn guna benda yang berkaitan dengan komputer dan internet.huhuhuhu....
tatatititutu semua..love u..mmmmuuuuahhhh.........
posto -Ain-Dak In- at 9:56:00 AM 2 comments
Labels: "im a muslim", family
Saturday, August 01, 2009
+setahun sudah berlalu+
setahun telah berlalu..bermakna 365 hari dah aku tempuhi dengan tidak ada sehari pon aku melupakan beliau...
ketika aku sedang makan
ketika aku sedang duduk termenung
ketika aku bekerja
ketika aku duduk tengok tv
ketika aku aku bersolat
setiap perbuatan aku masih dibayangi oleh beliau.
hari ini. 1 august 2009, genap setahun beliau pergi meniggalkan aku, meninggalkan mak aku,meninggalkan adik-beradik aku,meniggalkan dunia yang penuh pancaroba ni.
perginya buat selama-lamanya. perginya tanpa sempat aku memohon ampun dan kemaafan.
perginya tanpa pesanan terakhir. perginya membuat kan aku terkedu tanpa kata..
sangat berat aku tanggung dosa2 ku terhadapnya. berat sangat. kepada ALLAH sahaja tempat aku mengadu. tempat aku memohon keampunan. tempat ku berharap supaya jangan la diambil lagi orang aku sayang dalam masa terdekat ni. sungguh tak tertanggung dugaan ini YA ALLAH.
sesungguhnya, aku hanya lah insan biasa yang lemah lagi khilaf.
* semoga roh arwah ayah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.
really miss u ayah. really miss u so much.....
posto -Ain-Dak In- at 12:01:00 AM 7 comments
Labels: family
Thursday, July 02, 2009
+ anak buah aku sgt cerdik+
salam ceria semua.. cuaca pagi2 ni kalau tido mesti layan kan..huhuhu...hujan lebat pagi td.
hahahaha...okie..entry kali ni aku nak cerita pasal anak buah aku yang umur 2 tahun..huhuhu...
si NUR ZULAIKHA BALQIS aka rika sumanto. kita baca keletah dia ok dan cuba korang bayangkan.
scene 1: (kat bawah pokok manggis depan umah aku)
+ pa... nak kong (sambil memegang kaki papa dia)
- nak dukung? adik ada sebab tak kenapa papa kena dukung adik?
+ tak de ( terus blah p kat ibu,makan buah manggis)
* aku gelak jek!!
scene 2 (aku tgh baring tgok tv,dia plak baring kat ibu dia)
+ acu,,,acu,, nak tilam..
- (aku pandang dia dan terus pura2 tido,)
+hahahahaha....(dia gelak besar)
scene 3 (dia baring sebelah aku)
+ ibu, adik nak kolah
-adik nak sekolah?
+hmm...(sambil gentel bantal busuk dia)
- adik nak sekolah belajar ape?
+ belajar bismillah
- belajar bismillah jek?
+hmmm.....
* aku,ngan ibu dia gelak,dia pon lagi besar gelak...
scene 4 ( di mana2)
- adik nak kene rotan tak?
+ tak
- adik nak kene pukul tak?
+ tak
- adik pukul nak?
+nak
-adik rotan nak?
+ nak
-adik cium makcu sayang
-wangi ke busuk?
+busuk
-busuk? sape busuk? acu ke adik?
+ adik
*aku cuma menerima hakikat ni ngan hati terbuka.
scene 5
-adik kira one two three.
+ one two,three,four,five,enam,tujuh,lapan,sembilan.sepuluh
-adik!!!!!!! hahahahaha
+ dia pon join gelak....
scene 6(rumah pengantin)
+ bu, adik nak tido.
- tido?
+hmm..kat bilik.
-okie jom balik..
* sampai umah terus segar biji mata and main smpi tgh malam.
ibu ngan papa dia...@#$%$%^%& (sabar jek la)
scene 7( dia main sorang kat tiang seri smbil ditemani aku n ibu dia)
-adik apesal main sorang2 tuh, mai sini
+ dia wat dek jek
-adik p naik tido, suma org dah tido la
+dia wat dek lagi..tibe2..puuuutttt.....
eiii...adik tut.... hahahahaha... (dia gelak bila aku ngan ibu tgok dia smbil tutup hidung)
* byk lagi pe'el si kecik tuh..tapi aku malas nak senarai lg...cukuplah keletah dia wat kami sekeluarga terhibur..
posto -Ain-Dak In- at 10:38:00 AM 2 comments
Labels: family