Banner created with MyBannerMaker.com

suka ke blog ni?


::: Anniversary :::

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 18, 2009

Hatiku+Hatimu=Bersatu PART 2

Atul bersiar-siar di keliling kampungnya pada petang tu. Sambil berlari-lari anak, memetik bunga-bunga segar di pinggiran jalan dan mengejar anak-anak kambing yang terpisah dari ibunya. Atul riang sendirian.

Tiba-tiba langkahnya terhenti. Atul terpegun melihat seorang pemuda berambut botak dan berkulit hitam manis berlari bagai di kejar T-rex kelaparan di depannya. Muka lelaki itu penuh bersungguh-sungguh seperti ingin menyelamatkan diri dari malapetaka. Di belakang lelaki botak pula kelihatan lelaki yg kulit mukanya putih kemerah-merahan sedang berlari juga. Kelihatan seperti lelaki ini seperti sedang mengejar lelaki yang baru melintas di hadapannya.

Atul mengerutkan dahinya. Keningnya yang lebat itu di garu walaupun tidak rasa gatal. Pelik.

“Petang-petang camni selalunya pemuda-pemuda kampong ni bermain takraw ataupon bolasepak. Tak pernah pula mereka buat aktiviti lari. Hmmm… aktiviti baru kot”

Atul bermonolog seorang sambil matanya tidak lepas dari memerhati wajah pemuda yang putih kemerahan-merahan itu.

Adam yang sedang berlari menoleh ke sisinya apabila dia hampir melintas Atul.
Secara automatik lariannya menjadi perlahan dan terus berhenti. Mata Adam terbeliak dan mulutnya pula ternganga.

“bidadari syurgakah?” lantas Adam menoleh ke arah gadis itu dan segera mendekatinya tanpa mengelipkan mata.

Atul cemas dan tangannya berpeluh.

"Lelaki ni macam bukan budak kampung ni aja.hish..baik aku cabut lari sekarang. mampos aku kalau dia ni penculik ke. Mane Wan aku nak cekau duit."

Spontan Atul melarikan diri dengan laju mengikut jalan pintas di dalam hutan.

Adam yang tinggal beberapa langkah untuk sampai ke Atul hanya terkebil-kebil seperti ayam berak arang melihat Atul menyelinap dan terus hilang tanpa di kesan.

“mak oii, cepatnya..betul ke dia ni orang? Entah-entah……………………..”

“boom”

“arghhh!!! Terlompat sedikit Adam apabila disergah dengan mengejut”

“kah,,kah,,kah,,kah,,adoi Adam, bila pulak kau ni pandai melatah hah?”
Berdekah-dekah tawa Wafiyuddin melihat aksi terkejut beruk si Adam sambil menekan-nekan perutnya.

“Oi setan!! Kau memang jahat la. Aku bukan melatah, terperanjat je. Kau ingat aku ni macam mak nenek ke? Asyik nak melatah aja? Aku lempang kau lelaju kang,tercabut gigi arnab kau nanti.”

Adam mengangkat tangannya untuk cubaan melempang wafiyuddin.

Segera Wafiyuddin menjarakkan dirinya dari Adam dan terus membuat aksi tangan silang seperti Ultraman ingin mem‘fire’ musuhnya. Adam tersengih melihat aksi kebudak-budakkan Wafiyuddin. Lantas Adam berpusing kebelakang dan berjalan untuk kembali ke keretanya sambil menyeluk tangan ke dalam kocek.

Segera wafiyuddin menjatuhkan tanggannya dan menyaingi langkah Adam.

“Wafiyuddin, kau nampak tak awek cun tadi masa kita buat aksi larian pecut zon Uganda tadi?” serius muka Adam tanpa menoleh kearah Wafiyuddin

“hah? Awek?” Wafiyuddin menggaru kepalanya yang botak itu. Bercantum keningnya kerana memikirkan pertanyaan Adam itu.

“ooooo..awek tu. Aku nampak la.kenapa? Tanya Wafiyuddin sambil membuat kening double jerk.

Adam tersengih dan terus tidak bersuara. Mereka menerusakn perjalanan menuju ke kereta dengan hanya kendegaran siulan dari mulut Adam.

……………………………………………………

^ semalam yang bz ^







 
Design by Amanda @ BloggerBuster