suka ke blog ni?

::: Anniversary :::

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 26, 2009

+ Tiba-tiba saja +

Salam ramadhan semua. pose jangan x pose. tu.tu.. ape kes p dapur tu..*tett* (jgn merepek ain) hmm..actually aku ketandusan idea nak post entry baru. tapi tengah aku belek2 post group 1987 di friendster,timbul idea nak post entry kat blog plak.(asik merapu je kat group kan) MySpace


kali ni aku post design baju yang baruuuuuuu je di "confirm" kan.hehehe.. hasil design ikki dan dann(sumber dari bernama), serta beberapa idea dari budak2 group. jadi, ni lah hasil design baju kitorang nanti. cantik menarik tertarik kau memang gempak!! betul tak? simple but nice. MySpace


jadi perhatian untuk sesiapa lahir tahun 1987, and kalau berminat sila la menjengah friendster anda yang berdekatan,bukan jiran anda okie.


ah,sebab aku boring jadi aku tolong menyenangkan korang agar korang tak boring mencari di friendster nati. jadi sila <klik kat sini> okie dokie?


korang kalau nak cepat2 la buat ape yang patut dan tak patut. aku rasa macam dorang nak tutup jek list name tuh nanti.

Photobucket



Photobucket

* tiba-tiba jek idea ni kan?? hehehehe... MySpace

Thursday, August 20, 2009

Ulasan Novel Ucapkan Kau Rindu - Murni Aqila (kak moon)


Bismillahirrahmanirrahim.

seperti yang di janji kan dengan kak moon, baru hari ni ain dapat kota kan janji tu. iaitu untuk memberi komen kepada novel kedua beliau. ucapkan kau rindu. seribu kemaafan untuk kak moon sebab ain lambat komen.

ucapkan kau rindu- sebuah novel cinta yang berunsurkan komedi. kenapa komedi? kerana setiap ayat di dalam nya membuatkan ain ketawa. bukan ketawa pura-pura tapi ketawa riang.
ketawa dengan setiap perilaku Adham kepada Lailana dan begitulah sebaliknya. percintaan mereka tidak lah sehebat romeo dan juliet tapi kukuh seperti cinta Mat Som terhadap Fatimah.

Lailana yang keras hati terhadap lelaki akhirnya tunduk dengan api cinta Adham yang tulus ikhlas itu. ditambah pula dengan sikap Adham yang melindungi,membuatkan Lailana makin terbuai dengan perasaan nya. pembaca mesti tak dapat lupakan saat-saat manis lailana di kg adham. bermain kapal terbang kertas. sooo sweet. masih terbayang2 lagi bayangan mereka bermain di kepala ain ni. percintaan mereka membuatkan Adham bertekad untuk melamar Lailana. tetapi memori silam sentiasa menghantui beliau. Lailana menghilangkan diri.

Adham yang pernah kecewa dengan cinta lama, bertekad untuk mencari jawapan kepada kehilanganlailan. dengan sedikit kepercayaan dan serta sokongan adik2 nya. akhirnya Lailana berjaya di kesani nya.

berjaya atau tak Adham dengan kisah cintanya dan apa memori silam Lailana?? nak tahu? dapatkan la buku Ucapkan Kau Rindu di pasaran.

penulisan Kak Moon makin matang. dari Sebutlah Namaku kepada Ucapkan Kau Rindu, perbezaan nya sangat ketara. kematangan kak moon sebagai penulis baru terserlah dengan kehadiran novel ke2 beliau. sehinggakan sampai sekarang ain masih terbayang2 kisah lailana dan adham. dari berebut nasi hinggalah berlumba kapal terbang kertas. setiap moment tu sangat manis untuk dikenang.

setiap karya kak moon menampilkan mesej yang berlainan. dari peragut kepada sexual harassment. nampak topicnya macam remeh dan sudah basi, tapi inilah yang kerap berlaku dewasa kini. dan ain percaya,masih ramai lagi yang masih tidak membuat laporan atas sexual harassment or kes ragut ni. atas sebab maruah. maruah memang penting. tapi kalau ianya terjadi kepada kita dan kemudian terjadi pula kepada jiran,kakak,or adik2 kita. adakah kita nak berdiam diri lagi?

kepada kak moon, novel ini memang superb.. 4 1/2 star for u my sis... semoga novel akan datang lebih baik dari sekarang. hope nama Murni Aqila akan setanding dengan penulis2 seperti Ramlee Awang murshid, Aisya sofea,Anis Ayuni, Damya Hanna dan ramai lagi. insyaallah.

* akan adakah novel thriller dari penulis wanita bernama Murni Aqila???? tunggu...................
hehehehehe...

persoalan ain
--->> kenapa membiarkan Rusdi terlepas tanpa hukuman yang setimpal? setakat buang kerja..aishhh..x puas hati betul la.....
--->> apa pengakhiran kisah salwa? suami dia juga. tak kan terus hilang tanpa dikesan?
--->> tak puas hati joy terlepas begitu saja tanpa hukuman. tiada rasa menyesal ke dia dengan kematian Huzir??


" AKAN KUTUNGGU
SUARAMU MELAFAZKAN ITU
UNTUK MEREDAKAN RESAH DI HATI INI"

Monday, August 10, 2009

+ aku cuti lagi +

6 pagi td......


'dik,camne?'

"camne ape? nak cuti,cuti jelah."
aku buka ikatan telekung di kepala. berkerut aku menahan batuk.(karang mak aku jaga pula)

" kalau camtu,boleh ke ko sorang je anto kaklong & banglong balik?"

aku diam seribu bahasa. kakcik aku pon diam.kemudian dia bangun dan mengejutkan anak2 buah aku. time to school.

6.30 pagi..

aku panas kan enjin kereta dan bersiap nak balik cheras.anto kanda2 ku balik( dorang nak g keje ler)
sat lagi aku balik n9 semuladrive sorang. mata mengantok sebab mlm tadi aku x dpt tido sangat. sakit dada ni. mintak2 la semua nye selamat.

mak aku demam,so aku ngan kakcik aku amik keputusan tok cuti,maybe sampai rabu.tapi kalau mak aku bertambah sihat pagi rabu aku balik la cheras lik.

* mintak2 la aku dapat keje kat seremban. boleh je aku lepak kat kg. x pening nak pk pasal kesibukan kota ni. dengan jerebu x abis2.. sempit dada aku ni.
insyallah rabu aku on9 semula.. kepada sesiapa yang berkenaan,lau ada apa hal. roger aku.kol ke,msg ke,surat pon boleh je asalkan jgn guna benda yang berkaitan dengan komputer dan internet.huhuhuhu....

tatatititutu semua..love u..mmmmuuuuahhhh.........

Friday, August 07, 2009

+ batuk +


uhuk..uhuk....adehh...luka sudah tekak aku ni. masuk harini dah 4 hari aku batuk. batuk aku tak teruk sangat,tapi yang menyebab aku rasa tak selesa sebab tekak aku ni gatal sangat. kalau lah tekak tu boleh dikeluarkan, dah lama aku keluarkan. pastu sental dengan clorox. pastu kalau kuman/bakteria tu boleh kita namapak dengan mata kasar. memang aku picit benda alah tu. siap pijak twist lagi....
aishhh...sabo je lah.... think positive. ALLAH beri aku sakit sebab nak menghapuskan dosa2 kecil aku.


* setiap dugaan yang ALLAH berikan pasti ada hikmah disebaliknya. wait & see.
* mana cekodok aku ni???

Wednesday, August 05, 2009

+ sebab aku hepi+


MySpace
hallu!!!!! hehehe...entry kali ni aku nak sengih je sepanjang masa..huhuhu(boleh ke macam tu)..

MySpace
bukan apa, aku sengih sebab aku hepi. aku hepi sebab aku puas hati. aku puas hati sebab'dendam' aku dah terbalas..hahahaha...(walaupon tengah tak sihat)


untuk Azrin..tolong............lah jeles dengan ain.(macam pelik jek)..
malas cite panjang.tengok sendiri sebab aku hepi. caucincau..


* kak moon. thank you very muchow..huhuhu...MySpace

Saturday, August 01, 2009

+setahun sudah berlalu+

setahun telah berlalu..bermakna 365 hari dah aku tempuhi dengan tidak ada sehari pon aku melupakan beliau...

ketika aku sedang makan
ketika aku sedang duduk termenung
ketika aku bekerja
ketika aku duduk tengok tv
ketika aku aku bersolat
setiap perbuatan aku masih dibayangi oleh beliau.

hari ini. 1 august 2009, genap setahun beliau pergi meniggalkan aku, meninggalkan mak aku,meninggalkan adik-beradik aku,meniggalkan dunia yang penuh pancaroba ni.
perginya buat selama-lamanya. perginya tanpa sempat aku memohon ampun dan kemaafan.
perginya tanpa pesanan terakhir. perginya membuat kan aku terkedu tanpa kata..

sangat berat aku tanggung dosa2 ku terhadapnya. berat sangat. kepada ALLAH sahaja tempat aku mengadu. tempat aku memohon keampunan. tempat ku berharap supaya jangan la diambil lagi orang aku sayang dalam masa terdekat ni. sungguh tak tertanggung dugaan ini YA ALLAH.

sesungguhnya, aku hanya lah insan biasa yang lemah lagi khilaf.

* semoga roh arwah ayah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.
really miss u ayah. really miss u so much.....

 
Design by Amanda @ BloggerBuster