Banner created with MyBannerMaker.com

suka ke blog ni?


::: Anniversary :::

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 20, 2009

Ulasan Novel Ucapkan Kau Rindu - Murni Aqila (kak moon)


Bismillahirrahmanirrahim.

seperti yang di janji kan dengan kak moon, baru hari ni ain dapat kota kan janji tu. iaitu untuk memberi komen kepada novel kedua beliau. ucapkan kau rindu. seribu kemaafan untuk kak moon sebab ain lambat komen.

ucapkan kau rindu- sebuah novel cinta yang berunsurkan komedi. kenapa komedi? kerana setiap ayat di dalam nya membuatkan ain ketawa. bukan ketawa pura-pura tapi ketawa riang.
ketawa dengan setiap perilaku Adham kepada Lailana dan begitulah sebaliknya. percintaan mereka tidak lah sehebat romeo dan juliet tapi kukuh seperti cinta Mat Som terhadap Fatimah.

Lailana yang keras hati terhadap lelaki akhirnya tunduk dengan api cinta Adham yang tulus ikhlas itu. ditambah pula dengan sikap Adham yang melindungi,membuatkan Lailana makin terbuai dengan perasaan nya. pembaca mesti tak dapat lupakan saat-saat manis lailana di kg adham. bermain kapal terbang kertas. sooo sweet. masih terbayang2 lagi bayangan mereka bermain di kepala ain ni. percintaan mereka membuatkan Adham bertekad untuk melamar Lailana. tetapi memori silam sentiasa menghantui beliau. Lailana menghilangkan diri.

Adham yang pernah kecewa dengan cinta lama, bertekad untuk mencari jawapan kepada kehilanganlailan. dengan sedikit kepercayaan dan serta sokongan adik2 nya. akhirnya Lailana berjaya di kesani nya.

berjaya atau tak Adham dengan kisah cintanya dan apa memori silam Lailana?? nak tahu? dapatkan la buku Ucapkan Kau Rindu di pasaran.

penulisan Kak Moon makin matang. dari Sebutlah Namaku kepada Ucapkan Kau Rindu, perbezaan nya sangat ketara. kematangan kak moon sebagai penulis baru terserlah dengan kehadiran novel ke2 beliau. sehinggakan sampai sekarang ain masih terbayang2 kisah lailana dan adham. dari berebut nasi hinggalah berlumba kapal terbang kertas. setiap moment tu sangat manis untuk dikenang.

setiap karya kak moon menampilkan mesej yang berlainan. dari peragut kepada sexual harassment. nampak topicnya macam remeh dan sudah basi, tapi inilah yang kerap berlaku dewasa kini. dan ain percaya,masih ramai lagi yang masih tidak membuat laporan atas sexual harassment or kes ragut ni. atas sebab maruah. maruah memang penting. tapi kalau ianya terjadi kepada kita dan kemudian terjadi pula kepada jiran,kakak,or adik2 kita. adakah kita nak berdiam diri lagi?

kepada kak moon, novel ini memang superb.. 4 1/2 star for u my sis... semoga novel akan datang lebih baik dari sekarang. hope nama Murni Aqila akan setanding dengan penulis2 seperti Ramlee Awang murshid, Aisya sofea,Anis Ayuni, Damya Hanna dan ramai lagi. insyaallah.

* akan adakah novel thriller dari penulis wanita bernama Murni Aqila???? tunggu...................
hehehehehe...

persoalan ain
--->> kenapa membiarkan Rusdi terlepas tanpa hukuman yang setimpal? setakat buang kerja..aishhh..x puas hati betul la.....
--->> apa pengakhiran kisah salwa? suami dia juga. tak kan terus hilang tanpa dikesan?
--->> tak puas hati joy terlepas begitu saja tanpa hukuman. tiada rasa menyesal ke dia dengan kematian Huzir??


" AKAN KUTUNGGU
SUARAMU MELAFAZKAN ITU
UNTUK MEREDAKAN RESAH DI HATI INI"

0 comments:

 
Design by Amanda @ BloggerBuster