suka ke blog ni?

::: Anniversary :::

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 25, 2011

GUA BIZI.tension

kata maaf pembuka bicara.
xoxoxoxo.

gua sangat bizi LOL.
tade masa nak hapdet blog. so gua tekan kan lagi sekali.

tension

GUA BIZI.


sekian!

tensiontensiontension

Tuesday, March 15, 2011

gua ada masalah-sila tolong gua para blogger



assalamualaikum blogger semua. arini gua nak share masalah gua kat korang. masalah gua ni buat gua rasa tension tau. gegiler punya tension tapi xde la sampai gua gila kan. ekekeeke..

gua kalau boleh nak korang bg la petua,nama ubat,nama tmpt berubat,nama negeri nak pegi berubat tu kat gua. masalah gua ni macam korang leh tengok kat pic atas tuh. tangan kuat berpeluh. bukan takat tangan jek. tapak kaki gua pon tetiap ari gua rasa macam berjalan atas air. adeiii,,gua malu dik non~! errr, act,x la malu sgt. cuma leceh nak cover jalan tuh. kene plak selipar spisis kulit. gua pon sengal jugak pegi beli selipar jenis tuh. mato lotak kek mano tatau la sey nak koba an.

gua ada la tanye boipren gua si en google tuh. beliau bg la link2 yg leh dipercayai la kan.
so gua baca la kat satu link ni, portal my health.

gua baca tekun punya. mak mertua lalu belakang pon gua x perasan sbb gua mana ada mak mertua kan,ekekekeke...

dia tulis situ setakat ni xde bukti jelas kepada punca penyakit ni. erkkkk?? penyakit ni sungguh misteri. huuuu~ gua terus kan lagi pembacaan gua dengan tekun sekalik!~
penyakit ni terlalu sikit pesakit yg menghidapinya. tapi lelaki la kaum yg paling ramai sekali. nisbah lelaki dan wanita adalah 65:35. wooooaaa...gua antara yg teristimewa tulah..

so nak pendekkan cite sbb gua malas nak menaip panjang,gua nak mintak korang suma tlg la bg petua2 org lama ke care2 nak kurang or hilang kan terus penyakit kuat berpeluh pada tapak tangan dan kaki gua ni.

dok dalam acon pon tapak tgn gua leh berpeluh.sadis betul... kalau tengah berjalan plak kekadang selipar leh tercicir kebelakang sbb tapak kaki licin. tu sebab gua lagi suka pakai sandal yang ada tali belakang + saiz kaki gua beso..susah sket cari sandal ladies yg comey2..hohoho..

dan lagi satu gua nak tanye. ada ke deodoran tok tapak tangan? ke maksud deodoran tapak tangan tu adalah lotion? tp gua rasa kalau pakai lotion lagilah tangan gua cepat berpeluh.
tolong la kekawan bantu gua yang bermasalah ni.


+ gua dah tertiru cara si pisty ni bila berblog... gua mintak maap ye cik pisty.nati gua upah lu makan coki-coki.

Friday, March 11, 2011

Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan

* ni aku nak kongsi sikit ilmu yang aku dapat dr sorang kawan aku.dia anto email ni dan aku rasa x salah kot aku nak berkongsi ngan korang.mudah-mudahan kehidupan kita akan sentiasa ceria.insyallah.~

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,'Tuan Guru, sepanjang hidup
saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?'


Sang Guru menjawab sederhana, 'Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.' Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya sentiasa menguntum senyum bersahabat. Riak mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah air muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun
persoalannya nescaya dapat di atasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Anda ingin beramal soleh sebagai bekalan akhirat? Tolong kirimkan kepada rakan-rakan muslim lainnya yang anda kenal.



* renung-renungkan dan selamat beramal..hik..hik..~
peacepeacepeace

Tuesday, March 08, 2011

+gua dapat award dari cik cipa chupa chup+


wootttt..gua dapat award.trimas kepada cik cipa kerana sudi menghadiahkan award yg comel lote ni ke gua..
gua rasa terharu la cipa...ada nmpk x air mata gua menitik2 kat helaian2 rambut gua yang ikal mayang ni? ekekekeke..
nwy..terima kasih lagik sekali ya. sungguh rajin kamu ni cipa. apsai gua sebut nama cipa ni byk kali ek..cipa chupa chup! muahahaha~!!

Monday, March 07, 2011

konsert maher zain (26-2-11)

baru-baru ni aku pegi konsert maher zain. syiokkk beb. aku memang addict dengan beliau ni. yelah,masa dia wat tour dlu aku x berkesempatan nak pegi konsert dia kat uia tuh. so,this time aku xleh pandang enteng lagik..muahahaha. so bila hotlineticket open jek pembelian tiket tok konsert ni,aku pon dengan cargass hallo-hallo kawan2 aku. dan akhirnya tercapai la hasrat aku tuh..ekekekeke. for the some reason yg aku tatau,tiket aku dari harga rm 53 diupgradekan ke harga rm103.. jeng..jeng..but still aku bayar rm 53 jek.. rezeki aku kot.alhamdulillah~


ni tiket dan buku lirik. buku ni free jek. dapat masa tgh syok tgok konsert.



ni pintu masuk tok tiket aku. tapi terbahagi kepada pintu. pintu rm 53 dan rm 103. lets check in bebeh!~ wak lu check in!


ni pic aku bersama bride to be with her fiance. antu bang leman.. larik!!!!!



tak lupa gak kepada hero-hero aku. hehehehe. orang comel memang kene ramai hero. ahakzzzz.. tengok la wajah2 mereka. teruja mengalahkan aku. sepak pungkuk sat g.tau la.~

1st perfomance. inteam. plg best masa dia nyanyi lagu medley lagu2 lama dia yg tip top!~

2nd perfomance plak irfan makki.. wow! lagu2 dia memang memukau la. expecially mabrouk and mother. korang patut dengar lagu2 tuh.terbaek noks~

pas perfomance irfan makki, persembahan mesut kurtis plak. peh,dia ni lagi mantap aku rasa.suara dia mmg great la. malatop + quiet hansem.ekekeek. donno he still single or married man.he 29 dude. still young. ekekeeke.. lagu dia yg wat aku ulang2 dengar ialah never forget. dia featuring ngan maher zain and cute little kids. tak lupa jugak lagu burdah
kemudian baru la keluar maher zain. pic atas ni dia nyanyi lagu insyallah duet ngan fadli dari kump padi. bm+bi. lil bit disapointed. but nevermind. fadli was great too.
atas ni pic masa maher nyanyi lagu baru dia. freedom. its was amazing okay.mmg cantik sgt pandangan kat audience.. gilak la.. aku terpukau tau..~ sape yg berada kat situ pada saat tu kompem rasa ape aku rasa.


x lupa jugak pengacara pada malam tu. sangat bertenaga. farah adeeba and alamak... lelaki tu tatau la nama dia. act x igt.tariq kot..x pon fariq.. aishh..entah ler..betui2 x igt ni...ekekekeke.

* insyallah,rasa macam nak pegi lagi kalau ada. and maher kate,insyallah dia akan dtg lg tok promosi album kedua dia. maybe prtghn thun..donno la.just wait and see.

*malam tu walopon dia kureng bertenaga tp tetap aku hebat dan aku suka. dia penat,tapi still bersemangat nak nyanyi.siap kasik kitorg request tok lagu yg kitorg nak dgr lagi. terbaek la maher..

Thursday, March 03, 2011

drama nur kasih ke layar perak.~

bagi peminat drama nur kasih macam aku ni,mesti korang rasa teruja sesangat2 bila tahu filem ni bakal ditayangkan mei 2011..ekekeke..wallahualam
katenye mei ni la. sorry kalau ianya tersalah. huk..huk..

aku antara orang yang paling teruja. rasa macam nak cepatkan masa.jadikan bulan mei muncul esok.pastu bila dah tengok cite tu kat wayang,kita putar balik masa kebelakang.

ah ko,sesuka hati ko je kan. berpijak pada bumi yang nyata ain. sepak pungkuk sat g.padan muka.


bawah ni aku sediakan preview cite ni.(sediakan? cewahh..ayat macam aku plak yg buat video ni.ekekekeke..geget stereng cepat!) enjoy yek kekawan. jangan lupa hebahkan pada seantero donia.~!woot




*aku harap sangat cite ni still bes lagik. kadang2 ada cite yg dramanya bes giler. masuk wayang,hampeh! adodoi.....

Wednesday, March 02, 2011

rasukan si ibu peri

tanjung :- der... im getting married!! hahaha. bulan 8 ni,datang tau.
aku :- aku tatau bila ko tunang,tup tap nak kawen jek?
aku tompang gembira la ntok ko.
tanjung :- ko bila lagi der? jangan lama2. kang berulat..ekekeke..
aku :- =_______=

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

anggerik :- dik non, aku nak gitau rahsia ni. ahad ni aku nak bertunang.
tp buat kecik2 jek. ko wajib datang tau,koz ko my bespren.
aku :- alamak.nak tunang gak ke? ngan sapo? ayamas la ko..tunang tak tunggu aku.
tgok la kalau aku ada masa aku pegi la. lau tak,aku pg dalam mimpimu jelah.
anggerik :- wak luss!! ko kene ceo ke smpi xde masa? sepak muntut ko kang.
aku :- miahahaha. insyallah.
anggerik :- ko bila lagi? cepat2 la sket. nati kita naik pelamin sekali la.save bajet noks
aku :- xpe la,ko jek dulu.. =________=

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

ayam hutan :- wei,ko dengar cite x yang tenuk tu dah kawen. aku pon baru je tahu masa
skodeng fesbuk dia.giler la.peel punya la macam siamang gagap masa'
kat sekolah dulu,tup2 dah ada anak sorang. kita ni bila lagi kan?
aku tunggu blue lite je dari kemboja.kalau dia on,aku pon on je lah.
aku :- ^$*&^$*&$*%^$*(dalam hati) ko ni mcm xde soalan lain kan. =________=

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

aku :- 1,2,3,4,5 errrmmm... sape lg ek..ah..6,7 bla..bla..bla..bla..campur ngan junior aku,
senior aku kat bla..bla.. tup tap tup tap..mak oiiii... adalah dalam 45% yang agak rapat
ngan aku dah kawen and tunang..
send message via fesbuk,yahoo mail,yahoo messenger,tagged,twitter
"congratulation everibedi"
feedback
:- terima kasih.. ko/akk/adik/dik non/noks bila lagi?
aku :- **** dorang ni... (shut down lappy)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

mode bengang

minah senget :- beb, ak....
aku :- ko kalau tye pasal aku bila nak kawen,baik ko diam jek. x yah tye.
aku dah tensi tahap gaban ni, kang ade gak bibir ko leper nati kene penampo
minah senget :- ape ko merepek ni setan? ko x dgr azan tu. aku nak ajak ko gi solat kat
surau.xde keje plak aku nak tye soalan x berpaedah tu kat ko.
aku :- errrr.............



* itu baru kekawan.belum bunda ibu peri lagi. =_________=

Tuesday, March 01, 2011

Fenomena Maher Zain

DALAM tempoh enam bulan, tiga kali penyanyi kelahiran Lebanon, Maher Zain, berkunjung ke sini. Jika dua persembahan terdahulu lebih kepada promosi album selain acara kebajikan, kunjungan kali ketiga Maher Zain lebih istimewa kerana mengadakan persembahan skala besar untuk Maher Zain Live in Concert 2011 di Stadium Malawati, Shah Alam, pada 25 dan 26 Februari.

Konsert anjuran Inteam Records Sdn Bhd, Fiero Sdn Bhd dan Awakening Entertainment dari United Kingdom ini turut memilih akhbar nombor satu, Harian Metro, sebagai media rasmi.

Untuk konsert kali ini, Maher tiba di Kuala Lumpur pada 20 Februari lalu dan dalam kesibukan menyertai latihan bersama barisan pemuzik pengiring yang diketuai Eddie Marzuki selaku pengarah muzik, Maher meluangkan masa singgah di Balai Berita, Selasa lalu untuk menyempurnakan majlis penyerahan tiket kepada pemenang peraduan konsert yang dianjurkan Harian Metro.

Orangnya peramah dan merendah diri apabila tidak keberatan melayan peminat yang ingin bergambar dengannya walaupun jadualnya agak padat menjelang konsertnya. Sebagai tanda percaya terhadap pemuzik Malaysia juga, Maher hanya membawa pemain dram dan peniup seruling selain dua rakannya, Iffan Makki dari Kanada dan Mesut Kurtis (Macedonia) bagi mewarnai lagi konsertnya

Saya tidak melepaskan peluang menyaksikan persembahannya di Stadium Malawati, Jumaat lalu sebagai tanda sokongan terhadap Harian Metro sebagai media rasmi. Saya juga membawa anak-anak kerana selama ini mereka mendengar lagu-lagunya melalui CD atau video melalui youtube

malah anak bongsu saya, Ameerul Afiq Azizi, 6, akan pasang lagu Maher Zain setiap kali masuk kereta, sampai diulang-ulang lagu kesukaannya, Barakallah.Malah ramai yang membawa anak-anak menyaksikan persembahan Maher Zain.

Setiap kali penyanyi yang kini menetap di Sweden itu datang, sambutannya cukup baik. Sememangnya, orang kita suka sangat mengalu-alukan kedatangan penyanyi luar hingga ada artis kita kecil hati kerana mereka sukar mendapat peluang mengadakan konsert. Pelbagai masalah dihadapi apabila tiada penaja hingga ada yang sanggup keluar duit sendiri untuk hiburkan peminat.

Artis yang datang bukan saja dari jauh seperti Amerika Syarikat, England, Korea, Jepun, Hong Kong, Taiwan malah negara jiran, Indonesia dan Singapura.

Buktinya, hari ini, genap dua bulan kita masuk tahun 2011 dan kita sudah menerima kehadiran tiga artis Korea untuk Konsert K-Pop, Deftones dan Mary J Blige. Selepas ini, Michael Buble akan datang pada Mac, Justin Bieber (April) dan tentunya ramai lagi.

Itu belum lagi April nanti apabila persembahan sempena Minggu Setiausaha, mungkin penganjur akan mengundang penyanyi dari Indonesia seperti tahun-tahun sebelum ini.

Kita cukup terbuka menerima kehadiran mereka, mungkin juga kerana rasa kekosongan dalam jiwa hingga kita menyukai karya luar. Kalau itulah puncanya, ia satu cabaran besar buat karyawan tanah air. Kalau karya kita sendiri begitu kuat di hati masyarakat kita, mungkin semua ini tidak akan berlaku dengan begitu terbuka sekali.

Tapi apa yang membezakan Maher Zain dengan penyanyi lain ialah lagu-lagunya membawa mesej yang baik dan bukan sekadar berhibur. Jadi, memang bagus kita mengalu-alukan kedatangannya. Maher juga tidak letak harga tinggi, hingga beberapa kali datang ke sini.

Fenomena ditimbulkan Maher juga cukup luar biasa apabila album sulungnya, Thank You Allah, mencatat jualan membanggakan dengan lapan kali platinum. Ia sesuatu yang mustahil dinikmati penyanyi tempatan dalam situasi jualan album fizikal tidak memberangsangkan ketika ini.

Anak-anak kecil suka lagu-lagunya hingga hafal lirik lagu-lagunya seperti Insya Allah, Thank You Allah dan Barakallahu Lakuma. Bagi pendengar dewasa, ada lagunya yang punya mesej perjuangan, Palestine Will Be Free dan Maher juga ada lagu cinta untuk peminat jiwang melalui lagu For The Rest Of My Life.

Semua lagu dari albumnya boleh didengar dan bukan hanya satu atau dua lagu saja. Tidak hairanlah hanya bersandarkan satu album, Maher Zain boleh buat konsert berskala besar hingga semua lagu-lagu dari albumnya dipersembahkan pada malam itu bermula dengan Always Be There sebagai pembuka persembahan. Ulasan lanjut konsert ikuti muka tengah hari ini.

Sebagai menghargai sokongan peminatnya di sini, Maher turut merakamkan lagu Insya Allah dalam versi Melayu dan ia disampaikan buat kali pertama di hadapan peminatnya, malam itu. Malah Maher Zain juga memperdengarkan satu lagu baru, Freedom yang diilhamkan perjuangan saudara Islam di Tunisia, Mesir dan Libya.

Maher juga bersedia menyampaikan lagu yang diminta penonton hinggakan lagu For The Rest Of My Life dinyanyikan dua kali, begitu juga Freedom. Itu belum cukup baik kerana Maher Zain menyampaikan lagu Insya Allah tiga kali sepanjang konsertnya dengan versi asal, versi Melayu dan dwi-bahasa duet bersama vokalis Padi, Fadly.

Seorang penyanyi popular yang duduk berhampiran saya sempat mengulas sebelum keluar dari dewan malam itu. Katanya, pertama kali dia menyaksikan penyanyi menyampaikan satu lagu sampai tiga kali dalam satu konsert.

Selepas ini apabila album barunya, siap selewat-lewatnya pertengahan tahun ini, Maher yang genap usia 30 pada 16 Mac ini akan datang lagi untuk promosi diikuti undangan menjayakan persembahan. Apapun, buat seketika, Maher akan berehat kerana menanti kelahiran anak pertama yang dijangka lahir April ini. Tentunya, persembahan dua hari di Shah Alam menjadi kenangan manis buat peminatnya.


->>> petikan dari harian metro online.

 
Design by Amanda @ BloggerBuster