suka ke blog ni?

::: Anniversary :::

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 07, 2011

Novel Ingat Janji Kita-kelasss kau kak moon!


Menggelabah Raimi apabila Tok Jalal mahu menjodohkan dia dengan gadis yang tidak dikenali. Kalau dibantah, mengamuk pula datuknya itu. Terpaksalah dia mencipta helah untuk melepaskan diri. Idea gila datang tiba-tiba. Sahabatnya disuruh menjadi perempuan. Nak tak nak, Adi turutkan jua permintaan Raimi untuk menjadi ‘makwe’nya.

Apabila tiba masanya...

“Eh... sesuai ke? Orang tak cam aku ke? Aku rasa kekok ni.”
“Sesuai lagi secocok. Tak mungkin dia orang boleh cam kau ni jantan. Aku sendiri macam nak gugur jantung tengok rupa kau. Sebiji rupa perempuan. Mantap gitu.” Raimi menyentuh dada Adi dengan kedua-dua tangannya.
Bagaikan terkena kejutan elektrik, spontan Adi menepis kasar hingga membuatkan Raimi terpinga-pinga.
Tanpa pengetahuan Raimi, Adi ada banyak rahsia yang disimpan. Dan Adi terpaksa berbohong kepada semua. Mungkinkah seumur hidupnya dia terpaksa memendam nalurinya?


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

woot,tu dia sinopsis tok novel terbaru murni aqila.buah hatinya yang ke 4. kelasss kau kak moon..ekekekeke~ diam tak diam dah 4 buah hatinya. ehehehe. apa-apa pon tahniah la dari kita untuk awak. usaha untuk menghiburkan para peminatmu ini amat la dihargai..
toin..toin..~ kelasssss kau kak moon...ekekekeke..

jujur aku kata,novel ni menarik dan aku sajeskan korang tok membelinya. banyak persoalan dalam cerita ni yang mana bila dah baca sampai habis baru tahu jawapan.mungkin tengok pada sinopsis kita boleh agak adi tu siapa kan.tapi ianya tak berhenti kat situ. masih banyak lagi yang perlu diketahui. so kalau korang rasa taknak kene penampo dengan aku baik korang beli novel ni.. muahahahaha..sori gurau jek.

bahan bacaan yang ringan,tapi tak la ringan sangat. penuh dengan tragedi dan siap dengan pengajarannya sekali..
kadang2 buat aku gelak macam orang gila bila sampai part sengal.kadang2 senyum aja, ada jugak part yang menyakitkan hati dan membuat jiwa ni penuh dengan amarah dengan certain2 watak..

tapi kan kak moon,kalau lah part terbakar dan part ayah tiri tu di panjangkan lagi kan bes,sure perasaan itu menyebabkan jiwa kacau..huhuhu..maksud kita ada part yg belah2 depan tu dipendekkan dan part kita cakap tadi dikembangkan lagi.. sesungguhnya part2 tu sangat menyentuh perasaan...

pssttt- hati kita ni macam hati nida.wink~
pssttt- watak ain memang superb. errr..terima kasih banyak2.kita mengharapkan bidan terjun,tapi tak sangka plak jadi orang minyak.
muahahahahaha.. anyway budi kak moon yang ni tak terbalas oleh kita. hanya ALLAH yang dapat membalasnya kak.
pssttt- watak raimi tak leh challenge watak adham la..huhuhu..adham tetap di hati kita..wink~
pssttt- lepas ni boleh try watak yg berpenyakit.kita nak sajes kat kak moon pasal penyakit Prader Willy Syndrome. boleh google k.
pssttt- 4* boleh x? uhuhuhu.....terbaek kau kak moon..agagagagaga~
pssttt- pasal janji raimi pada seorang budak tu memang tak dapat kita teka masa mula2 nye..kelasss kau kak moon..memang tak dapat jangka apa akan jadi pada next chapter..huhuhu~

0 comments:

 
Design by Amanda @ BloggerBuster