Banner created with MyBannerMaker.com

suka ke blog ni?


::: Anniversary :::

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 07, 2010

ABU BAKAR dan IMAM SYAFIE

pada hari rabu nan indah ni,terbit pula perasaan rajin nak mengupdate blog yg telah lama terabai.
perasaan nak mengupdate blog ni dah lama,cuma semangat kerajinan tu hanya muncul pada hari rabu ni plak.

kali ni aku nak update pasal novel sejarah islam yang telah aku baca lagi. novel dari karya ABDUL LATIP TALIB.

yang pertama sekali aku ingin menceritakan tentang novel ABU BAKAR SAHABAT SEJATI.

nama sebenar ABU BAKAR adalah ABDUL KAABAH BIN USMAN yang membawa maksud hamba kaabah.
akibat tiada keturunan lelaki,ibunya bernazar sekiranya mendapat anak lelaki,akan dinamakan anak tersebut ABDUL KAABAH.
ABU BAKAR mendapat gelaran AS-SIDDIQ kerana sentiasa membenarkan apa yang disampai kan oleh NABI MUHAMMAD.
beliau juga yang telah dipilih oley NABI MUHAMMAD untuk menemaninya ketika berhijrah dari MEKAH ke MADINAH.
segala cercaan,seksaan tidak mematahkan semangat ABU BAKAR untuk setia di sisi NABI MUHAMMAD.
beliau juga adalah antara sahabat yang terawal memeluk islam. dan juga menjadi khalifah pertama selepas kewafatan NABI MUHAMMAD.

setelah kewafatan baginda, ramai pengikut2 baginda kembali ke agama asal masing2.ada juga yang mnegaku menjadi nabi.ABU BAKAR dan sahabt2nya yang lain memerangi habis-habisan golongan ini sehingga mereka bertaubat semula.
apabila ramai para TAHFIZ yang menyertai peperangan itu telah mati syahid, beliau menyetujui pendapat UMAR AL KHATAB supaya ayat2 suci ALQURAN dikumpulkan dan dipelihara didalam sebuah buku yang lengkap.

>>> bila aku baca novel ni,terdetik dihati apakah aku akan setia pada agama ku jika aku hidup pada zaman RASULALLAH? kerana segala siksaan yang mereka harungi,ketabahan mereka,semangat mereka sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. mereka terlibat dalam peperangan emosi yang teramat sangat. berjauhan dengan keluarga tercinta, kehilangan yang disayangi akibat peperangan.
hanya ALLAH yang mengetahui segalanya. dan jangan la aku terpesong dari agama ku sendiri..


yang kedua pula adalah IMAM SYAFIE PEJUANG KEBENARAN. novel ni aku dapat hadiah dari penulis sendiri. terima kasih pakcik. (^^,)v



IMAM SYAFIE mempunyai susur galur dari keturunan quraisy yakni daripada bani mutalib.
mempunyai ibu yang penyayang dan memahami. IMAM SYAFIE mempunyai hati yang putih dan suci.dan kerana itu pada umur 9 tahun,beliau telah menghafal ALQURAN. tidak cukup itu,pada umur 10 tahun beliau telah menghafap dan juga memahami kitab AL-MUWATTAK yang ditulis oleh IMAM MALEK.
kerana mempunya keinginan belajar yang tinggi,beliau telah berguru dengan MAS'AB BIN ZUBAIR seorang penyair terkenal pada zaman IMAM SYAFIE. kerana mempunyai suara yang sangat merdu,beliau disenangi dan disukai oleh orang ramai.
perjalana beliau begitu panjang. sepanjang usia muda nya hanya dihabisi dengan merantau untuk menuntu ilmu ALQURAN,HADIS mahupun PEPERANGAN.
beliau menjadi sangat terkenal dan ramai yang ingin berguru dengannya.

IMAM SYAFIE juga tidak tertinggal untuk menerima tentangan yang hebat dari kaum2 yang mempunyai pendapat yang berlainan. antara kaum2 tersebut ialah kaum syiah,khawarij,muktazilahmurijah,najariyah,jabariyah,musyabihah.
beliau juga tinggi dengan sifat yang zuhud.tidak akan sekali2 akan memburukkan orang lain.hanya pujian yang akan keluar dari mulutnya.


IMAM SYAFIE menghembuskan nafas terakhirnya pada malam jumaat 28 rejab tahun 204 hijrah dan masih dalam keadaan berwuduk. dan mazhab beliau lah yang kita ikuti selama ini.iaitu mengikuti sunnah dan hadis RASULALLAH.


>>>>> menyesal kerana sehingga sekarang tak pernah dapat menghafaz ALQURAN.
membaca novel2 seperti ini membuatkan aku takut dengan segala kejadian yang berlaku pada zaman sekarang.

 
Design by Amanda @ BloggerBuster