aku rasa cerita ni dah makin merapu merepek.adoi...kalau ada teguran dari semua,aku hargai sangat2..huhuhu......
...........................................................................
“Tok Penghulu, kedatangan kami ke sini hanya ingin meminta izin tok supaya benarkan kami menumpang bermalam di kampong ni dalam lima enam hari.”
Mukadimah pertama yang keluar dari mulut Adam selepas di jemput naik oleh tok penghulu ke dalam rumahnya. Rumah tok penghulu itu separuh papan dan separuh batu. Walaupon bagitu kehalusan seni rumah itu amat memikat jiwa.
Ukiran-ukiran kerawang di semua tingkap dan pintu di teliti oleh Adam. Ukirannya memang mempesonakan mata yang memandang. Di bumbung rumah pula tiada satu pon hasil kerja yang di buat olah labah-labah.
“Pembersih betul orang tua ni” desis hati kecil Adam.
“oh, itu tak menjadi masalah. Lagipon si Wafiyuddin ni pon dah di kenali penduduk kampong ni. Kan dia selalu jugak datang ke sini untuk meninjau tapak projek kat hujung sana tu. Yelah, budak peramah dan lucu seperti dia ni senang je orang kampong kenal”.
Wafiyuddin yang bersila di sebelah Adam sudah kembang kuncup hidungnya menunjukkan kebanggaan di wajah bulatnya itu. Terasa ingin memberi ucapan terima kasih aja kepada tok penghulu yang telah sudi dan ikhlas memujinya di depan Adam.
Adam di sisinya terasa ingin memberi sepakan penalty ke muka Wafiyuddin yang penuh keriakkan itu.
Tiba-tiba suasana yang tadi penuh dengan bunyi kicauan burung dan unggas menjadi sepi. Yang tinggal hanyalah lampu spotlight yang menerangi tempat Adam dan Wafiyuddin. Adam merenung tajam ke arah Wafiyuddin. Kalau ada cahaya laser di matanya mungkin Wafiyuddin telah lama menjadi abu. Sedang Adam melontarkan pandangan tajamnya tiba-tiba terjengul wajah tok ketua di depannya.
“Apa hal pulak orang tua ni tiba-tiba ada pulak ni? Tersenarai jugak ke sebagai pelakon dalam cite aku ni?”
Suara tok penghulu terngiang-ngiang di telinganya. Makin berdengung dan kelihatannya tok penghulu sedang menuju ke arahnya…
“arghhhhh………” Adam menjerit.
“woi! Apa kene dengan kau ni Adam? Tok penghulu dari tadi menegur kau tahu tak. Kau boleh buat dek je. Kau kene sampuk ke?”
Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Wafiyuddin. Adam disisi tersengih malu. Merah pipinya kerana jarang dia mengelamun di depan orang lain. Selalu mengelamun dalam bilik sahaja. Sekarang terang-terangan kantoi depan tok penghulu dan Wafiyuddin.
Tok penghulu yang sedang mengunyah sirih itu tergelak terbahak-bahak. Tersembur-sembur air sirih dari mulutnya. Adam terasa kegelian. Tapi ditahannya.
“Maknye..mana air budak-budak ni? Dah lama mereka menunggu mak nye”
Teriak tok penghulu setelah tawanya reda. Segera di balas oleh isterinya.
“Ya bapaknya, dah sampai dah ni. Saya goreng pisang ni sikit, tu yang lambat. Maaf la bapaknya ye.”
Terkedek-kedek isteri tok penghulu menatang dulang sederhana besar yang penuh dengan
Sepinggan pisang goring yang masih berasap, seteko air serta cawan 4 biji. Tertib sahaja langkah isteri tok penghulu. Masih menebal kesopanannya. Dengan perlahan dulang itu diletakkan di atas meja dan beliau terus menuang air ke dalam cawan. Setelah selesai dengan sopan duduk di sebelah tok penghulu.
“jemput la minum nak, ini je yang makcik mampu sediakan. Kalau makcik tahu kedatangan anak-anak …”
“Tak apa makcik. Ini pon dah menyusahkan makcik aja. Terima kasih banyak-banyak makcik. Rezeki ni pon dah seribu rahmat makcik."
Pantas Adam mencelah sebelom sempat isteri tok ketua menghabiskan kata-katanya.
Wafiyuddin diam tak berkata apa-apa. Dengan penuh semangat menghadap hidangan minum petang yang telah lama tak dinikmatinya sejak duduk di Kuala Lumpur.
Adam hanya menggeleng sahaja.
“Gelojoh lah kau ni mangkuk.” Bisik Adam ke telinga Wafiyuddin tanpa di sedari oleh tuan rumah. Wafiyuddin tersengih dengan mulutnya penuh dengan makanan. Tanpa mempedulikan teguran Adam, Wafiyuddin meneruskan pemakanannya dan Adam hanya mendengus kegeraman sahaja.
.....................................................................
Evangelina 4
3 years ago
4 comments:
wahaha.. best pe.. kelakar giller.. tp bab yg 'biru' sket tu.. plz tukar ek.. kang kontroversi lak.. wahaha.. :P
sambung lg ain.. dh best dah.. nk lg.. nk lg.. nk lg..
cite ni nampak menarik.. tpi sy cm blur lagi..
tak pe loli usaha tangga kejayaan..
chaiyok!!!!!
adoiiii.. dak in.. panjangkanla ckit cto ae.. sey sodap2 baco.. tgk2 dh abih!!
ain!
babap kang..
asal pendek sgt nih...huhu.
nk lagi..nak lagi...
cpt la updet loli ku syg ;p
Post a Comment