Banner created with MyBannerMaker.com

suka ke blog ni?


::: Anniversary :::

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 12, 2009

HHB-4

salam kekawan..sori lama x update cerita ni. otak beku la..lagipon bila ada mood nak sambung je time tu la bos bg kerja melambak2..sori sesangat..hope enjoy walaupon x enjoy.. hahahaha.. pura2 enjoy sudah... komen anda ain hargai.....hehehehehe...

.............................................................................

Terdengar alunan MP3 lagu welcome to the black parade-MCR dari handset Adam yang sedang bergolek di atas katil. Sampai aja di rumah tumpangan tersebut terus dicampaknye beg dan meluru ke katil. Tanpa lengah dilontarkan badannya ke atas katil ala-ala aksi acrobat yang kelelahan.

Wafiyuddin menggeleng kepala. “ Huduh perangai orang tua ni”. Bisik wafiyuddin perlahan dan mula ingin melangkah ke bilik air untuk mandi.

“ Kutuk,kutuk. Ingat aku tak dengar ke kau kutuk aku? Kene sambar petir karang baru tahu” sinis suara Adam. Terhenti langkah Wafiyuddin yang baru ingin mencecah lantai bilik air. Ditolehnya kebelakang dan dilihatnya Adam tersengih sinis dengan mata terpejam dan tangan menunjuk lambang peace.

“ Cinabeng kau ni kan, telinga cap ape hah? Punya slow suara aku kau boleh dengar?
Dah lah buat aku terkejut. Nasib baik jantung aku ni strong lagi macam tuan dia”

Dadanya yang tak berbaju itu di usap perlahan. Kebetulan sebingkai cermin berada bertentangan dengan dia lantas di lihatnya bentuk dadanya. Kemudian dia menjeling kearah Adam yang sedang terbaring itu.

“ dah kepeng tu kepeng jugak. Jangan nak terkebil-kebil pula kat situ.”
Bergegar badan wafiyuddin menahan gelak nya yang hampir hendak meletus itu. Hati kawannya perlu juga dia jaga.

“cis,cis,cis, dan cis. Tak apa, nati aku pergi daftar dekat gym. Tau la kau nanti. Masa itu baru la kau tau yang aku ni lagi kacak bergaya serta tough dari kau”. Bidas wafiyuddin sambil menunjukkan aksi mr universe bertanding.

Terkekek Adam menggelakkan dia. Tawanya yang di simpan td terluah jua. Sambil tergelak wafiyuddin mengguling-gulingkan badannya.

“gelak la kau sampai lebam. Malas layan kau. Aku nak pergi mandi. Nanti lagi lambat aku mandi lagi banyak la cicak kat dalam bilik air itu nanti”.

Terguris senyuman Wafiyuddin melihat aksi Adam yang tiba-tiba senyap dan terkedu itu.
Tanpa lengah terus dia menapak ke dalam bilik air. Dengan segera dia mengunci pintu apabila melihat Adam ingin berlari untuk berrebut bilik air dengannya.

Wafiyuddin gelak besar apabila Adam menggendang pintu bilik air. Tahu sangat dengan sikap kegelian Adam terhadap cicak.

“ko ketuk la pintu tu sampai kau lebam. Kalau tak lebam kau jangan berhenti”

Wafiyuddin terus gelak dan bernyanyi di dalam bilik air. Tanpa diketahui Adam sebenarnya Wafiyuddin telah selesai membersihkan diri. Dan telah siap memakai tuala. Tapi sengaja nak menyakat Adam. Wafiyuddin di dalam bilik air sedang bermain dengan buih-buih sabun.

Adam geram lantas ditendangnya pintu itu dan wafiyuddin didalam bilik air terus melompat dan tanpa di sedarinya kakinya tergelicik dan terus terjerlus ke dalam lubang jamban cangkung.

Adam gelak besar melihat aksi beruk Wafiyuddin. Hampir saja dia terguling-guling disitu. Tapi mengenangkan tempatnya tidak sesuai kesukaannya itu tidak diteruskan.

“woi shibet,sakitlah!!” pekik Wafiyuddin sambil cuba mengeluarkan kaki nya dari lubang jamban tersebut. Berkerut-kerut muka dia menahan kepedihan.

Melihat wajah berkerut Wafiyuddin,Adam menjadi cemas.
“ Beb, sakit ke? Wei sorry la. Aku tak tau plak ko terkejut sampai melompat ke dalam jamban tu. Mari sini aku tolong kau.”

Dipapahnya wafiyuddin ke katil setelah membasuh kaki temannya itu. Muka Adam penuh penyesalan. Tidak sangka gurauannya membuat temannya cedera.

“ tu lah kau, sapa suruh takut-takut kan aku. Kan dah kene. Lainkali ko sebut pasal cicak aku tak tahu apa yang akan terjadi dekat kau lepas ni. Bak sini kaki kau tu aku urut. Nasib baik aku ni pakar mengurut tau. Kalau tak aku biar kan aja kaki kau tu lebam,lepas tu makin lebam dan akhir sekali kena potong. Hah,kau nak jadi oku dalam usia muda belia begini? Kesian dekat Wafia dapat bakal suami yang cacat. Kalau kau dah cacat alamatnye sayonara la ko. Time tu Wafia mesti nak kat aku. Aku pulak tak akan nak pandang je kan. Nanti kau tengok persandingan aku ajalah dengan Wafia. Meleleh lah air mata kau melihat kami bersanding”

Dari membebel timbul pulak niat menyakat Wafiyuddin. Bibirnya menguntum senyuman lebar sampai ke telinga melihat cebikan Wafiyuddin.

“ Aku gurau aja lah kawan, tak kan la itu pon nak sentap. Aisey… sensitive la kau ni. Aku ni belom desperate nak ambik awek kau. Aku tahu Wafia tu setia dengan kau je.

Tapi kalau betul la aku tahu kau sia-sia kan dia, memang aku grab dia terus dari kau. Ingat tu.”

“ye, tau lah aku.ingat aku main-main ke dengan Wafia tu. Dia sajalah buah hati pengarang jantung aku. Kau doa-doakan lah kami cepat bernikah yek.”
Tercetus senyuman gembira di bibir Wafiyuddin.
Adam yang geram dengan aksi Wafiyuddin memicit kuat kaki sahabatnya.

“adoi!!! Sakit lah ngok ngek. Bos apa kau ni. Zalim sangat.”

“padan muka kau. Dah..dah. aku nak pergi mandi. Kaki kau tu tak teruk mana pon. Setahun dua sembuh la tu.

“hah” terpekik Wafiyuddin mendengarnya. Adam sudah gelak sambil menunjukkan peace ke arah Wafiyuddin.

“ sehari dua ok lah tu. Cuak memanjang je kau ni”. Tanpa menoleh lagi Adam terus menapak ke bilik air sambi bersiul-siul.
……………………………………………………..

Atul mengesat peluh yang mengalir di dahinya. Sambil itu matanya meliar memerhati sekeliling kawasan rumah yang telah kemas disapunya. Memang itulah rutin harian Atul setiap pagi. Selepas menunaikan solat subuh,Atul akan menyediakan sarapan dan kemudian terus mengutip pakaian kotor dibiliknya dan di bilik Wan. Setelah itu Atul akan membasuh pakaian dan terus menjemurnya. Selepas menjemur, tanpa lengah lagi Atul akan menyapu halaman rumah. Dan akhir sekali baru lah Atul akan naik kerumah lalu bersarapan sambil ditemani oleh Wan.

“Cu sayang!, mari naik. Kita sarapan sama-sama. Wan dah lapar ni. Atul pon mesti dah lapar juga kan? Karang boleh sambung mengemas tu. Nati masuk angin dalam perut siapa yang susah? Atul jugak. Mari cu.”

Atul hanya tersengih sahaja mendengar teriakan Wan nya itu. Terserlah kasih sayang Wan Lijah terhadapnya. Tanpa lengah lagi penyapu lidi yang hampir kepatahan di belah hujung-hujungnya disandarkan di belakang pokok manggis yang hampir matang itu. Di bawah pokok manggis itu ada sebuah pangkin yang boleh memuatkan 5 orang dewasa duduk. Selalunya Atul akan bersantai disitu sambil di temani Wan nya di kala petang, dan kadang kala kalau tiba musim mangga, pangkin itu lah mangsa Atul mengupas mangga untuk dijadikan jeruk.

“ Bak sini piring tu. Wan cedokkan mee untuk Atul. Penat Atul menyapu kat luar tadi kan? Sian cucu nenek” ligat tangan Wan Lijah menyedokkan mee goreng ke dalam piring Atul. Di ambilnya garfu dan kemudian piring yang penuh dengan mee itu dihulurkan kepada Atul. Atul menyambutnya sambil menghadiahkan senyuman manja buat Wan nya. Setelah menyendukkan mee kedalam piringnya, Wan Lijah mula mengangkat tangan dan membaca doa makan sambil di aminkan oleh Atul.
……………………………………………….

“Atul, nak pergi mana tu? Kan dah tengahari ni. Panas kat luar tu.” Tanye Wan lijah separuh jerit apabila dilihatnya Atul sedang menyarung selipar jepunnya.

“ Atul nak pergi rumah Nurul kejap. Dia ada kat kampong minggu ni. Sekejap je Wan. Nanti dah puas Atul telek muka Nurul, Atul balik rumah ye Wan”
Ligat tangan Atul memberi jawapan sambil matanye terkebil-kebil comel cuba untuk memancing hati Wan Lijah.

Tergelak besar Wan Lijah apabila Atul membuat memek muka begitu. Sangat comel. Itulah modal Atul bila ingin mengambil hatinya.

“Pergilah cu. Tapi cepat balik tau. Jangan lama sangat kat sana. Makan tengahari balik rumah. Jaga diri elok-elok. Jangan nak main kejar-kejar pula dengan Nurul tengah-tengahari buta ni. Ada yang kena piat telinga tu nanti”
Bebel Wan Lijah pada cucunya. Sejak kematian anak dan menantunya, Atul lah tempat Wan Lijah untuk bermanja,mengadu sakit pening. Atul lah racun dan Atul jua penawarnya. Sayangnya pada Atul melebihi segala-galanya. Lebih-lebih lagi dengan kekurangan yang ada pada diri Atul.

Atul tersengih dan terus berlalu sambil melayangkan flying kiss ke arah Wan nya.
Wan Lijah hanya menggeleng sahaja dan terus berlalu ke dapur setelah kelibat cucunya telah hilang dari pandanganya.

…...........................................................................

“ Beb, aku keluar kejap. Jalan-jalan jap,cari pasal. Kau tinggal jaga rumah dan masak. Aku balik tahu dah siap semuanya. Lepas tu kau lap tingkap, mop lantai, bersihkan habuk kat kipas tu, kipas ni, kipas sana. Lepas tu………..”

“oiii… oiii… banyak la cekadak kau. Ingat aku orang gaji ke. Banyak lak songeh kau.
Nak pergi jalan tu pergi je lah. Ni siap pula bagi amanat-amanat pula. Aku ketuk kau dengan gayung ni karang mau benjol kepala kau. Dah pergi..pergi sanun. Aku nak pergi mandi ni. Nanti kau belikan nasi tapau je ye.”

Pantas Wafiyuddin mencelah dengan kata-kata Adam tadi.

“ hahahahaha…gurau sikit pun tak boleh. Okey la. Aku pergi dulu ye. Mana tau jumpa bidadari semalam. Memang aku simpan dia dalam kocek baju ni. Okey..tata Wafiyuddin.

Jaga diri. Jangan nakal-nakal ye.” Adam berlalu sambil gelak besar. Dari kejauhan dengar siulan dari mulut Adam berentak lagu ST12-PUSPA. Wafiyuddin memandang Adam dengan mata yang makin mengecil.

……………………………………………………………

4 comments:

Anonymous said...

ain! tlg jgn bg adra sedih hahahaha...
sedih sbb citer ni bersambung lg.

cptlah si adam jumpe ngan si atul.
tak sabo nih.

-Ain-Dak In- said...

mmg nak jumpa dah tu....
tp kat dlm word lagi..
hahahahahaha.....
sket lagi dorang nak jumpa...
adra tggu ok.....
tggu smpi lebam..
hahahahaha..

LeaQistina said...

hehe.. ain.. citer ni klakar tp nmpk mcm kurang fokus.. mgkin sbb lom ada titik pertembungan antara adam n fatihah..

apa pun.. lea nntikan next n3 supaya dpt tau pe perkembangan yg sebetulnya.. hehe...

apa pun.. saja je ek nk bg kita org tertunggu2.. :p

next plz...

nin said...

hampir tlupa jln cite ni, kena igt balik.. baru leh baca sambungannya..

klakar la ain.. pepun tgu ain samb cite ni..

 
Design by Amanda @ BloggerBuster