transformers!!!!!!!!! memang tak rugi korang p tonton..
aku dalam panggung rasa macam sayang nak kerlip kan mata...
memang the best la cite ni..
dari start cite ni sampai la penghujungnya... memang korang rasa puas hati sangat.
keterujaan aku bertambah bila audi r8 (klu aku x silap la)
digunakan sebagai ahli Decepticon.
aku rasa lagi bertambah best kalau dia join team optimus prime.
tapi.... ada gak tapi kan... scene tok audi tu hanya a few minutes...
hahahaha...sedey..sedey...
sebab transformers ni la aku ponteng keje arini..ahakz....
tiket 12.30 pm, kuar kul 3..
giler..sejuk tahap beku..tapi hangat dengan aksi yang sukar tok dilepaskan.
sebab transformers ni gak aku p topup minyak kat petronas sebab nak beli patung transformers...
tapi hampeh sebab patung available sok (bumble bee).
rugi aku 40 hengget..arggghhh..tensi..tensi..
rase nak lempang je mamat bangla tuh...
rakyat malaysia!!!!!!!!!!!!!!!! jom tengok transformers...
bes giler wo................
p/s: entah2 kereta aku tu pon salah satu dr team transformers?? ahhh.... jgn terkejut kalau nmpk saga c yg sgt speed,sporty sedang bercanda dgn bumble bee disekitar cheras mahupun n9...
hahahahahaha......... jom skodeng @_@
nex movie maybe g.i joe.... tungguuuuuuuu,............
suka ke blog ni?
Thursday, June 25, 2009
+ TRANS rugi kalau tak tengok+
posto -Ain-Dak In- at 8:48:00 PM 4 comments
Monday, June 22, 2009
+ pic yang mengancam +
kepak..kepak..kepung..kepung.
.kepak..kepak..kepung..kepung..
-kita semua sepakat di kg la pening lalat..
-mengucapkan selamat pengantin baru...
lalalalala~~~
tanggal 19 jun 2009 bersamaan hari jumaat lebih kurang pukul 6.30 petang,
sepupu aku yusri atau nama pemes beliau aboy(rupa yassin x?) selamat dinikahkan dengan psgnnye kak eta...
wah gitu..skema ayat... hehehehe....
mari saksikan gamabr2 yang telah di snap oleh pakar cap ayam kita..
zoom........................... hehehehehe..
-pengantin lelaki ditemukan dengan pengantin perempuan
-perarakan menuju ke rumah pengantin perempuan + red carpet lagi.
-pelamin dorang.cantiik. tapi pengantin dah kuar..huhuhuhu...
-dorang nak p lunch. perut dah menjerit...
-sesi makan beradap. bersama keluarga pengantin lelaki.
sebelah pengantin laki makcik aku(mak pengantin laki la tuh)
p/s: amacam?? pic2 tu macam org pro kan?? hahahahaha....
mggu ni wat kat umah sepupu aku plak...jumaat ni aku dah start cuti..eii..x sabar nak balik kg..
anak2 buah aku semua balik..huhuhu..bes.bes..
mggu depan aku upload pic sebelah sepupu aku plak..hehehehe..tunggu.........
beliau hensem bukan???
lalalalalala~~~~~~
posto -Ain-Dak In- at 8:12:00 PM 8 comments
Friday, June 19, 2009
+ bulan REJAB kembali lagi +
harini 19 jun 2009.kito dah semakin berada di penghujung bulan islam iaitu jamadilakhir. dan insyaallah minggu depan yakni 24 hb jun akan masuk la bulan mulia islam iaitu rejab.sodar x sodar bulan poso kembali menggamit perasaan. kembali menguji keimanan. bahangnya sudah den raso..
ketika ini pikiran den teringatkan ikan sembilang masak lomak cili api omak den. uhh.... sungguh menyontap perasaan.....
kek sini den nak kongsikan serba sikit tontang kelebihan bulan rejab
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
jom la kito menambahkan lagi kredit kita untuk dibawa bekal di akhirat kelak.
sampai bila kita nak terus hanyut dengan keduniaan ni.
memang nikmat dunia susah untuk ditolak tapi
apakah dunia ini akan terus ada?
apakah kita akan hidup selama2 nya?
apakah nikmat dunia ini akan menjamin kebahagiaan kita di sana kelak?
seimbangkan la diri mu dengan keduniaan dan akhirat.
akan terdayakah kita untuk menerimanya?
cukupkah ilmu kita untuk menyelamatkan kita?
adakah anak cucu cicit kita akan mendoakan kita?
P/S: sama2 kita mengumpul harta tak ternilai tu.. kelak bahagia kita disana..insyaallah..
MATI ITU PASTI, HIDUP INSYAALLAH.
posto -Ain-Dak In- at 11:48:00 AM 3 comments
Labels: "im a muslim"
Thursday, June 11, 2009
+award maharani & tepukan persahabatan k watie+
assalamualaikum. hari ni ain nak buat semua assignment yang telah lama tertangguh. nasib baik semua lecterur baik hati dan tak marah akan kelewatan yang seakan2 disengajakan.. hehehehehe....
tugasan pertama adalah datang dari lecturer capiqa atau nama pemes beliau maharani capiqa. daulat tuanku!!!!
beliau memberi tugasan yang amat senang, iaitu mengambil award yang telah beliau sediakan dengan begitu jerih,(eh..betul ke tuanku?)
oleh kerana ain adalah panglima istana yg sgt bz mengalahkan beliau, so tugasan ini tertunda selama 2 3 minggu..im sorry tuanku...
segala kelewatan amat dikesali... lalalalala~~ apa2 pon tq..tq..
tugasan ke2 pula... ehem..ehem.. ianya adalah tepukan persahabatan dari
kak watie atau mama qarissa. blog kak watie sgt la comel..
nak tau sebab apa blog beliau comel.. hehehe...
sila jenguk disini ok http://geniusqarissa.blogspot.com
sorry lambat kak watie, banyak urusan luar daerah mahupun dalam daerah..hehehehehe....
thanks untuk tepukan tu. ain sangat hargainya....
tugasan kak watie ni ada syarat2nya jugak.. syaratnye ialah kena pas tugasan2 ni kat kawan2 lain. ianya adalah tepukan persahabatan diantara kita umat islam...
calon2nya adalah--(10 org je ke?)
- flora aka katek
- maharani capiqa
- kak moon aka murni aqila
- lea qistina
- adra adlina
- putrilily
- sis khatty
- zarul
- shaziera
- nadhiera
- -----sesapa nak ambil la-----
posto -Ain-Dak In- at 9:47:00 AM 0 comments
Monday, June 08, 2009
+ kecelaruan emosi +
lama sungguh ain menghilangkan diri kan..
bukan menghilangkan diri,cuma otak ni rasa kurang sikit.
semua kerja serba tak kena.
perasaan pula cepat sensitif, salah sikit nak marah.
masalah datang bertimpa-timpa.
perasaan marah,kecewa,menyesal dan emosi negatif mencelarukan kepala,
rasa ingin memberontak, rasa ingin bebas,rasa ingin insaf,
segala macam ada,
itulah kecelaruan emosi,
segalanye bercampur baur,
susah nak memisahkannya.
apabila dekatkan diri dengan ALLAH,
apabila kita redha,
apabila kita bertawakal,
semuanya menjadi mudah dan urusan berjalan lancar.
tanpa sedar 2 minggu yang penuh dengan kecelaruan emosi,
berlalu begitu saja, tanpa disedari.
sikit demi sedikit masalah selesai.
walaupon bukan semua, tapi rasa syukur tu menguasai diri..
kecelaruan emosi hampir tiada..
makin tenang menjalankan rutin harian hidup dengan gelak ketawa.
alhamdulillah,syukur ku kepada rahmatmu YA ALLAH.
tanpamu, hidupku pasti terumbang ambing
seperti sampan reput di tengah lautan gelora.
menunggu masa untuk tenggelam bersama anai-anai yg memakan kayu.
posto -Ain-Dak In- at 11:05:00 AM 2 comments
Labels: "im a muslim"