Banner created with MyBannerMaker.com

suka ke blog ni?


::: Anniversary :::

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, February 28, 2009

- cari benda lain dapat benda lain -


ni aku nak cite sket..
novel ni tajuk dia tunas penulis hlovate..
act aku nak cari tajuk rooftop rant dr penulis yg sama..
tp sbb x jumpa tajuk cita tu..
aku pon belilah tunas ni....
ahh..xpe la..
saje tambah koleksi..
huhuhuhu..
lgpon lame dah aku x abiskan duit kat novel.
rindu plak rasenye...
hehehehehe...
hope cite ni bes la..
hehehehe.....

Monday, February 23, 2009

" apa ni? "

semalam,aku aku p lepak2 ngan kawan friendster aku kat depan kedai bata tingkat 2 di jj cheras selatan.

ni perjumpaan 1st time aku.

aku pegi jumpa flora (flo), ikki (kiki lala), epit, azyan (ayan), aien.
mereka semua ni kepala ala-ala ngok ngek sikit..
termasuk la aku..


tp aku nak cerita mase aku lepak kat depan kedai bata tu la..
aku ngan flo dan ayan...


tengah syok2 gelak2 x hengat donia ni tetiba ade amoy ni menerpa aku.(wah,,ayat skema tu)
dia tunjukkn aku kertas yg mcm borang la..
tp kertas tu kertas a4 yg di koyak2 kan..
aku yg terperanjat ni pegi bantai cakap "ape ni"
dah ar sore lantang pastu dengan nada marah,muka aku x payah nak story la..
mmg muka serius,kening berkerut,,
si flora dgn ayan dah bantai gelak terkekek sebelah aku ni macam pontianak tengok cerita upin ipin.

"xda apa..u just tulis u punya nama,umur n u punya number saja.."
amoy tu ckap kat aku.


"nak buat ape?" aku tanya lagi
ayan ngan flora gelak lg.
aku cuit ayan "wei apebenda ni wei"
ayan kate "ko tulis je. aku ngan flora dah tulis dah td."

pastu mangkok2 ni pegi bantai gelak lagi..
aku plak mmg tengah terkejut tp aku join gak dorang gelakkn,
aku pon amik la pen tu...tulis ape yg amoy tu nak..
dah setel semua aku cakap kat amoy tu


"ni boleh menang kereta merc sebijik ke? mane tahu cabutan bertuah ke"

ayan ngan flora dr td x henti2 gelak lg lah bertambah gelak dengar soalan aku.
aku join je dorang gelak..
hahahaha...
pastu amoy tu sengih dan terus blah..
ayan tegur aku pas dia benti gelak

"garang gile ko dak in. cuak muka amoy tu ko sergah dia td"

di bantainya dorang ni gelak lg..
pastu baru aku tahu kenapa dorang gelak x hengat..
rupa2nya dorang gelak koz dengan cara aku menanya amoy tu..
garang tahap petai dowh..
hahahaha.....

aku terdiam..aku pk blik ape yg terjadi td..
baru lah aku sedar yg aku ni terkasar ngan amoy tu..
muka amoy tu plak macam menahan malu koz aku mcam jumpa hantu bile berdepan ngan dia..
kah..kah..kah..
kelaka la lu ni amoy.
datang main terjah je..
hah,hamik ko...
lenkali bg la intro dulu..
cuit2 ke..
ni main terjah hulur kertas tu..
dah ar aku tgh gelak2 lepak ngan kekawan aku tu.

mintak maaf ye amoy..
wa talak sengaja lo..
wa nervous jumpa bebudak ni 1st time..
cian lu..
hahahaha...

p/s: garang ke aku ni? lalalalala~~~~~

Friday, February 20, 2009

Hatiku+Hatimu=bersatu part 3

aku rasa cerita ni dah makin merapu merepek.adoi...kalau ada teguran dari semua,aku hargai sangat2..huhuhu......

...........................................................................



“Tok Penghulu, kedatangan kami ke sini hanya ingin meminta izin tok supaya benarkan kami menumpang bermalam di kampong ni dalam lima enam hari.”

Mukadimah pertama yang keluar dari mulut Adam selepas di jemput naik oleh tok penghulu ke dalam rumahnya. Rumah tok penghulu itu separuh papan dan separuh batu. Walaupon bagitu kehalusan seni rumah itu amat memikat jiwa.

Ukiran-ukiran kerawang di semua tingkap dan pintu di teliti oleh Adam. Ukirannya memang mempesonakan mata yang memandang. Di bumbung rumah pula tiada satu pon hasil kerja yang di buat olah labah-labah.

“Pembersih betul orang tua ni” desis hati kecil Adam.

“oh, itu tak menjadi masalah. Lagipon si Wafiyuddin ni pon dah di kenali penduduk kampong ni. Kan dia selalu jugak datang ke sini untuk meninjau tapak projek kat hujung sana tu. Yelah, budak peramah dan lucu seperti dia ni senang je orang kampong kenal”.

Wafiyuddin yang bersila di sebelah Adam sudah kembang kuncup hidungnya menunjukkan kebanggaan di wajah bulatnya itu. Terasa ingin memberi ucapan terima kasih aja kepada tok penghulu yang telah sudi dan ikhlas memujinya di depan Adam.

Adam di sisinya terasa ingin memberi sepakan penalty ke muka Wafiyuddin yang penuh keriakkan itu.

Tiba-tiba suasana yang tadi penuh dengan bunyi kicauan burung dan unggas menjadi sepi. Yang tinggal hanyalah lampu spotlight yang menerangi tempat Adam dan Wafiyuddin. Adam merenung tajam ke arah Wafiyuddin. Kalau ada cahaya laser di matanya mungkin Wafiyuddin telah lama menjadi abu. Sedang Adam melontarkan pandangan tajamnya tiba-tiba terjengul wajah tok ketua di depannya.

“Apa hal pulak orang tua ni tiba-tiba ada pulak ni? Tersenarai jugak ke sebagai pelakon dalam cite aku ni?”

Suara tok penghulu terngiang-ngiang di telinganya. Makin berdengung dan kelihatannya tok penghulu sedang menuju ke arahnya…

“arghhhhh………” Adam menjerit.

“woi! Apa kene dengan kau ni Adam? Tok penghulu dari tadi menegur kau tahu tak. Kau boleh buat dek je. Kau kene sampuk ke?”

Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Wafiyuddin. Adam disisi tersengih malu. Merah pipinya kerana jarang dia mengelamun di depan orang lain. Selalu mengelamun dalam bilik sahaja. Sekarang terang-terangan kantoi depan tok penghulu dan Wafiyuddin.

Tok penghulu yang sedang mengunyah sirih itu tergelak terbahak-bahak. Tersembur-sembur air sirih dari mulutnya. Adam terasa kegelian. Tapi ditahannya.

“Maknye..mana air budak-budak ni? Dah lama mereka menunggu mak nye”
Teriak tok penghulu setelah tawanya reda. Segera di balas oleh isterinya.

“Ya bapaknya, dah sampai dah ni. Saya goreng pisang ni sikit, tu yang lambat. Maaf la bapaknya ye.”

Terkedek-kedek isteri tok penghulu menatang dulang sederhana besar yang penuh dengan
Sepinggan pisang goring yang masih berasap, seteko air serta cawan 4 biji. Tertib sahaja langkah isteri tok penghulu. Masih menebal kesopanannya. Dengan perlahan dulang itu diletakkan di atas meja dan beliau terus menuang air ke dalam cawan. Setelah selesai dengan sopan duduk di sebelah tok penghulu.

“jemput la minum nak, ini je yang makcik mampu sediakan. Kalau makcik tahu kedatangan anak-anak …”

“Tak apa makcik. Ini pon dah menyusahkan makcik aja. Terima kasih banyak-banyak makcik. Rezeki ni pon dah seribu rahmat makcik."

Pantas Adam mencelah sebelom sempat isteri tok ketua menghabiskan kata-katanya.

Wafiyuddin diam tak berkata apa-apa. Dengan penuh semangat menghadap hidangan minum petang yang telah lama tak dinikmatinya sejak duduk di Kuala Lumpur.
Adam hanya menggeleng sahaja.

“Gelojoh lah kau ni mangkuk.” Bisik Adam ke telinga Wafiyuddin tanpa di sedari oleh tuan rumah. Wafiyuddin tersengih dengan mulutnya penuh dengan makanan. Tanpa mempedulikan teguran Adam, Wafiyuddin meneruskan pemakanannya dan Adam hanya mendengus kegeraman sahaja.

.....................................................................

Wednesday, February 18, 2009

Hatiku+Hatimu=Bersatu PART 2

Atul bersiar-siar di keliling kampungnya pada petang tu. Sambil berlari-lari anak, memetik bunga-bunga segar di pinggiran jalan dan mengejar anak-anak kambing yang terpisah dari ibunya. Atul riang sendirian.

Tiba-tiba langkahnya terhenti. Atul terpegun melihat seorang pemuda berambut botak dan berkulit hitam manis berlari bagai di kejar T-rex kelaparan di depannya. Muka lelaki itu penuh bersungguh-sungguh seperti ingin menyelamatkan diri dari malapetaka. Di belakang lelaki botak pula kelihatan lelaki yg kulit mukanya putih kemerah-merahan sedang berlari juga. Kelihatan seperti lelaki ini seperti sedang mengejar lelaki yang baru melintas di hadapannya.

Atul mengerutkan dahinya. Keningnya yang lebat itu di garu walaupun tidak rasa gatal. Pelik.

“Petang-petang camni selalunya pemuda-pemuda kampong ni bermain takraw ataupon bolasepak. Tak pernah pula mereka buat aktiviti lari. Hmmm… aktiviti baru kot”

Atul bermonolog seorang sambil matanya tidak lepas dari memerhati wajah pemuda yang putih kemerahan-merahan itu.

Adam yang sedang berlari menoleh ke sisinya apabila dia hampir melintas Atul.
Secara automatik lariannya menjadi perlahan dan terus berhenti. Mata Adam terbeliak dan mulutnya pula ternganga.

“bidadari syurgakah?” lantas Adam menoleh ke arah gadis itu dan segera mendekatinya tanpa mengelipkan mata.

Atul cemas dan tangannya berpeluh.

"Lelaki ni macam bukan budak kampung ni aja.hish..baik aku cabut lari sekarang. mampos aku kalau dia ni penculik ke. Mane Wan aku nak cekau duit."

Spontan Atul melarikan diri dengan laju mengikut jalan pintas di dalam hutan.

Adam yang tinggal beberapa langkah untuk sampai ke Atul hanya terkebil-kebil seperti ayam berak arang melihat Atul menyelinap dan terus hilang tanpa di kesan.

“mak oii, cepatnya..betul ke dia ni orang? Entah-entah……………………..”

“boom”

“arghhh!!! Terlompat sedikit Adam apabila disergah dengan mengejut”

“kah,,kah,,kah,,kah,,adoi Adam, bila pulak kau ni pandai melatah hah?”
Berdekah-dekah tawa Wafiyuddin melihat aksi terkejut beruk si Adam sambil menekan-nekan perutnya.

“Oi setan!! Kau memang jahat la. Aku bukan melatah, terperanjat je. Kau ingat aku ni macam mak nenek ke? Asyik nak melatah aja? Aku lempang kau lelaju kang,tercabut gigi arnab kau nanti.”

Adam mengangkat tangannya untuk cubaan melempang wafiyuddin.

Segera Wafiyuddin menjarakkan dirinya dari Adam dan terus membuat aksi tangan silang seperti Ultraman ingin mem‘fire’ musuhnya. Adam tersengih melihat aksi kebudak-budakkan Wafiyuddin. Lantas Adam berpusing kebelakang dan berjalan untuk kembali ke keretanya sambil menyeluk tangan ke dalam kocek.

Segera wafiyuddin menjatuhkan tanggannya dan menyaingi langkah Adam.

“Wafiyuddin, kau nampak tak awek cun tadi masa kita buat aksi larian pecut zon Uganda tadi?” serius muka Adam tanpa menoleh kearah Wafiyuddin

“hah? Awek?” Wafiyuddin menggaru kepalanya yang botak itu. Bercantum keningnya kerana memikirkan pertanyaan Adam itu.

“ooooo..awek tu. Aku nampak la.kenapa? Tanya Wafiyuddin sambil membuat kening double jerk.

Adam tersengih dan terus tidak bersuara. Mereka menerusakn perjalanan menuju ke kereta dengan hanya kendegaran siulan dari mulut Adam.

……………………………………………………

^ semalam yang bz ^







Wednesday, February 11, 2009

^ lyric nagai aida from kiroro ^

Nagai aida matasete gomen
Mata kyuu ni shigoto ga haitta
Itsumo issho ni irarenakute
Sabishii omoi wo saseta ne
Aenai toki juwaki kara kikoeru
Kimi no koe ga kasureteru
Hisashiburi ni atta toki no
Kimi no egao ga mune wo saratteiku
Kizuita no anata
ga konna ni
mune no naka ni iru koto
Aishiteru masaka ne
sonna koto ienai
Anata no sono kotoba dake wo shinjite
Kyou made matteita watashi
Egao dake wa wasurenai youni
Anata no soba ni itai kara

Find More lyrics at www.sweetslyrics.com

Waratteru anata no
soba dewa sunao ni nareru no
Aishiteru demo masaka ne
sonna koto ienai
Kizuita no anata ga
konna ni mune no naka ni iru koto
Aishiteru masaka ne
sonna koto ienai
Waratteru anata no
soba dewa sunao ni nareru no
Aishiteru demo masaka ne
sonna koto ienai
Kizuita no anata ga
konna ni mune no naka ni iru koto
Aishiteru masaka ne sonna koto ienai
Waratteru anata no
soba dewa sunao ni nareru no
Aishiteru demo masaka ne sonna koto ienai...

+ sedapnya +








terliur tak??? hahahaha..

tengok aja lah yer...

lalalala~~~~~

ikan terubuk tu.janganlah jeles.

- doa ziera bagi -

  • Semoga berjaya menjadi gadis mulia semulia diri Maryam
  • Semoga berjaya menjadi wanita Fiqihah sebijak minda Aisyah
  • Semoga berjaya menjadi perempuan tabah setabah hati Asiah
  • Semoga berjaya menjadi serikandi kebanggaan sehebat jiwa Sumaiyyah
  • Semoga berjaya menjadi hiasan dunia seindah akhlak Rabiatul Adawiyah
  • Semoga berjaya menjadi isteri solehah sebaik budi Khadijah
  • Semoga berjaya menjadi wanita dan kekasih Idaman hati kecintaan Tuhan.
InsyaAllah... :-)

^ sekali lagi ^


ah..remis lagi???
huhuhu...kali ni aku pergi ngan adik beradik aku yg lain..kali ni seronok sikit..meriah beb....
seronoknya saat2 ni. bukan senang adik beradik nak kumpul sesama...apatah lagi kalau yg dah berkahwin..
semangat betul abg2 aku ni.
anak2 buah aku plak syok je mndi laut...
baju spare x bawak..
ah bijak mereka ni kalau bab mengotorkan kereta aku.

- Tenanglah dikau disana wahai ayahanda. -

hari ahad bersamaan dengan 8hb 2 genap la 190 hari pemergian ayah tercinta...
dan lebih kurang pukul 2 ptg tu, abang2 aku pon pergila ke kubur untuk menanam batu nisan..
pemergian abang2 aku di iringi air mata mak aku dan kesedihan kami adik beradik.

ayah,,tenanglah dikau disana. anakmu ini sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah di sana..
amin.....

* Gelagat anak2 buah *







weekend baru2 ni,anak2 buah aku semua balik koz kami ada kenduri sikit...
masyaallah..perangai memasing. subhanallah..susah nak cakap.
ketawa ajalah dengan perangai lucu mereka ni..
gambar bertiga
paling besar maizaitul amira aka mashitah
baju biru tu pulak nur bahi wafia
yang pakai spek mata tu nur zulaikha balqis.
gambar sorang ni...
satu2nya anak buah ku yg hero..
muhammad bahri wafiyuddin

Monday, February 02, 2009

^ mengutip remis ^


assalamualaikum..semalam p jalan2 kat kuala linggi. singgah sebentar dekat pantai ape ntah.aku pon xtau. sesaje jalan2 usha balak hensem, tapi xde sorang pon.
pastu aku tengok agak ramai penduduk area situ yang dok korek2 pasir laut.
aku pon wat dek je lah...malas ambil port..
pastu abg ipar aku cakap dorang dok kutip remis...
ahh..teruja plak aku mendengarnya...
aku pon dengan selamba rock nye join sekali mereka2 tu mencari remis...
alkisahnya aku ni x pernah la rasa remis kan..
so x salah la aku nak mencuba..
dapat la dalam sepelastik kecil..
ok la..just buat rasa je...
isi dia kecil je. pastu ada rasa masin2 air laut..alahai....
balun je....
kepada yang tak kenal remis seperti aku DAHULU.......
hah..tengok lah puas2 pic atas ni.kecil je....
ingat dalam otak kamu semua ya...

Bumi Hijau

salam semua. hari ni aku nak kongsi sikit berita yang menyebabkan aku jelos..
jelos dengan populariti mak aku,..
tu tengok tu..mak aku masuk paper sinar n9 25 hb 1 lepas..
ahhh..sungguh pemes mak ni..kalah orang..ngeeee~~..
mak..mak,,nak sign..lalalala~~~~~


p/s: tekalah mana 1 mak aku???

 
Design by Amanda @ BloggerBuster