* aku rasa cukup la gambar ni...lembab gila aku nak upload gambar2 tu semua..leceh..hihihi...
lau nak join the club.. < klik>
suka ke blog ni?
Thursday, July 30, 2009
Go Youth Carnival Bukit Jalil.
posto -Ain-Dak In- at 2:06:00 PM 3 comments
Thursday, July 23, 2009
+ jubah untuk ibu +
* cerita ni aku copy paste dari email yang nin bagi kat aku.. tapi sebelom korang baca,silalah sedia kan tisu ek..aku ni nasib baik kat opis. nasib baik la tak merembes.
tuan punya cita ni, sori ek.aku copy and post kat blog ni. lalalala~~~
* aku malas nak edit cerita ni. so..maybe nampak tak teratur la..sorry ya.
JUBAH UNTUK IBU
“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau
degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak
menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab
sepatah apapun.
“Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau
ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam
Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang
hah?”, leter ibu lagi.
Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan
diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia
melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya.
Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak
memukulnya lagi seperti selalu.
“Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh
tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu...
Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya
bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak
menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang.
“ Jadi betul la kau yang
mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang
nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah
Along menjerit kesakitan.
“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan
pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak
merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?”
Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along
yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan
Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat
menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf
daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya
mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana
sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya
setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along.
Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap
mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along
memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya
menangis lagi kerananya.
Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat
dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi.
Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu
sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di
sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke
sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua,
Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan
untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya
seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak
bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih
bertakung di kelopak matanya.
Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak
sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan
ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa
pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along
merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap.
Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika
dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal
dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan
kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu.
Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat
keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan
sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along
sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu
tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi
anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin
resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap
juga.
Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya.
Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja.
Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu
kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang
ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian
mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong.
Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum
sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada
mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung
di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.
“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya
Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang
pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah
menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu.
Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang
telinganya.
“Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti
dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu.
Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si
ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya
perlahan...
‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil
Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum
berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas
menampakkan kebahagiaan.
“Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm
bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni
pun?”.
Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu
apa jawapan dari ibunya.
“Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan
Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang
si ibu.
“Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal
Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa
sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu
ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat
disayanginya.
“Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak
Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih
mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah
ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu,
Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata
tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di
rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana
marah dan kecewanya.
Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat
Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu
kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang
jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik.
‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along
melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu,
bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu
Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin
tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau
pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak
tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur.
“waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%.
Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni
Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik
aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku
kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along
agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik
dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya
menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu.
Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau
ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin
membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan
dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit
pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu
baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk
senyum.
Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah
tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang
rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka
seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana
sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan
diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama
sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil
ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu
ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu
tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam
pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik
rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir
senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.
Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di
sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along
ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan
pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM.
Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata
adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil
jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la.
Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk
Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini
kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap
mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat
mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak
tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.
Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak
keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti
ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan
tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah
selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai
solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi
pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar
menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program
sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari
ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu
tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus
ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari
itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel
membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa
bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli
jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu
sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar... Dia juga
berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak
tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan
kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.
Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap
Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang
luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan
Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah
k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah
hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan.
“Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?” Along tersedak mendengar soalan itu.
Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga
kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe
segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?”
Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar
membuatkan hati Along sebak.. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi
ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba
menahan perasaan sedih... “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?”
Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa
dengan soalannya tadi. “ Ada ” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar
nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….”
Along menggeleng-gelengka n kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati
dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe
melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya
itu. “ Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke
Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya
namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum
mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang
anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu
namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.
Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak
seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin
terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni,
saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari
ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang
sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya
anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along
memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak
sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat
rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi.
“Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal
Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya
tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe.
Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik
abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan
tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk
adiknya yang akan pergi jauh.
Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli
jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus
ke tempat di mana baju itu disangkut.. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu
mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz
setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh
menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak
bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara
dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar
tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok,
kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak
apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau
ni…...” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan
ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih
tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek,
jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan
sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit?
Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe..
Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel
motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas
Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah
ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau
hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu
depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk
aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku
lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.
Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak
sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil
menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima
hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di
simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba
mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh
Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat
itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di
kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan
tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus
mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba
mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat
cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin
membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat,
pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam
keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya
sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang
wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila
dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia
juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya.
Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin
lemah.. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang
masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil
berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat
dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil
dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan
lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa
ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam
pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.
Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama
Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang
hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu
bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat
dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan
hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji
tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya.
Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu
dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi.
Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing
berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini
disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul.
Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang
dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak
bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam
dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja
cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam.
Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam
seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…”
cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di
ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk
Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya
dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali
peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak
mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia
disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke
hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana
dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.
Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya
menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa
sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap
derhaka.
posto -Ain-Dak In- at 1:30:00 PM 4 comments
Wednesday, July 22, 2009
+ award dari 3 gegurls+
assalamualaikum.... haloha...hehehehehe..entry kali ni tak nak bebel banyak. just nak post award yang tertunggak je. dah berbulan tertunggak ni. kalau la spisis bil air kompom berbulan gak mandi kerbau je..hehehehehe...
2 award ni datang dari adra adlina. hehehehe..
penulis baru yang bakal menceriakan lagi
dunia penulisan...
http://adraadlina.blogspot.com/
http://thewhisperheart.blogspot.com/
award ni pula datang dari dak group 1987 sengal+santai. sapo laie kalau
bukan chekgu ayan..hehehe..
timo kasih la yo...
sonic lagi tu. banggo den ngan pencapaian
ekau chekgu.
yang terakhir pula datang dari cik nabilah.. huhuhu...kawan baru aku kat dunia blog ni..sangat ayu award dia. hehehehe...
http://www.zafiranabilah.blogspot.com/
* sorry kekawan. lambat ambik. my mistake.
posto -Ain-Dak In- at 11:23:00 AM 1 comments
Labels: -tagged sesaja-
Monday, July 20, 2009
+ucapkan kau rindu+ murni aqila
yosh!! tahniah buat kak moon aka murni aqila atas kelahiran baby ke2 beliau
-ucapkan kau rindu-
jadi kepada penggemar,peminat,pengumpul,penyelidik,pemerhati dengan segala macam pe sila beli buku beliau. aku tak jamin buku tu menepati citarasa korang.tapi bagi aku asalkan dapat ilmu dan berbaloi untuk dibeli,rasa nya tak salah kalau memilikinya. bila lagi nak kaya kan penulis malaysia.
aku insyallah akan memiliki buku beliau (ehem..ehem)....
kalau nak tahu lebih lanjut pasal novel ni sila la ke blog penulis http://murniaqila.blogspot.com/
*kak moon-sila banjer kita makan kerana promot blog..hahahaha....
posto -Ain-Dak In- at 9:34:00 PM 1 comments
HHB-5
* assalamualaikum. ni sambungan sikit HHB. (tajuk pon dah lupa) huhuhu...ada idea x tukar tajuk la...hahahahaha......mmaaf lama x update..pala weng sikit.. hope komen la..ain rasa kali ni entry busan sket...
“mak oi panasnya hari ni.nyesal pula keluar tengahari ni.”
Cap di kepala di tanggal kan dan peluh yang meleleh di dahi di kesatnya. Kemudian cap nike berwarna hitam itu disarung kembali ke kepalanya. Sambil itu mata Adam meliar mencari kawasan redup untuk berteduh dan berehat sebentar.
“ Ahah, pokok jambu air la…. Rezeki aku nampaknya hari ini. Aduhaiii..lama sungguh aku mengidam buah ni”.
Mata Adam tak berkelip-kelip melihat jambu air yang sedang masak ranum tu. Air liur ditelan perlahan. Dengan pantas langkah Adam menghampiri pokok itu. Cuaca panas terik membuat Adam melajukan langkahnya ke arah pokok jambu air itu. Tak sabar rasanya ingin menikmati kemanisan buah jambu air yang berada di tepi sebuah rumah usang.
Dengan berhati-hati Adam mengatur langkah antara dahan ke dahan agar tidak tersalah pijak. Tersalah percaturan bakal mengundang sakit di badannya nanti. Adam melabuhkan punggungnya di dahan yang dirasakan agak selamat untuk dia duduk. Tangannya pantas memetik buah-buah yang sedang ranum itu. Dengan rakus dia makan dan sebaik saja mulutnya mengunyah, dipejamkan matanya sambil menikmati kenikmatan buah jambu air yang manis itu. Tak sampai 5 minit sudah 10 biji jambu air yang telah ditelannya.
“YA-ALLAH sedapnya jambu ni. Kalau wafiyuddin tahu ni mesti dia jelos. Hahahaha”
Sambil gelak mulutnya tetap disumbat dengan buah jambu.
Sambil mengesat mulut,matanya meliar memandang sekeliling. Dan akhirnya mata Adam tertancap pada seorang gadis yang sedang berjalan sambil menggentel-gentel rambut.
“uiks, tu macam awek semalam je. Murah betul rezeki aku hari ini. Dapat makan buah sedap,jumpa awek cun.huhuhu. Nyakat best gak ni.” Adam bermonolog sendiri sambil mengukir senyuman ala-ala penjenayah tak cukup sifat.
Jambu yang sudah busuk separuh dipetiknya lalu dikumpul di dalam tangannya yang sasa itu. Kelihatan mangsa makin dekat. Tanpa amaran,Adam membaling jambu tersebut betul jatuh di kaki Atul. Langkah Atul terhenti. Matanya tertancap pada kakinya yang sudah berair itu. Atul pandang sekeliling. Dan akhirnya matanya berhenti pada sebatang pokok jambu air yang bergoyang-goyang. Adam cuba menyorok agar Atul tak dapat melihat dirinya. Badannya yang agar besar menyukarkan dirinya untuk menyuruk. Makin cuba menutupinya makin terdedah badannya di mata Atul.
Setelah 5 minit berdiri Atul mula mengorak langkah untuk beredar. Malas mahu layan karenah lelaki yang disangkanya pemuda kampong yang gemar menyakatnya.
Dalam pada masa yang sama Adam tak sedar bahawa tempat menyorok nya itu sebenarnya adalah tempat perkampungan bagi kerengga-kerengga yang telah lama membuat sarangnya disitu. Seekor demi seekor kerengga memanjat bajunya dan akhirnya melepaskan ketipan yang amat bisa.
“Adoi.adoi mak..auch..auch.adehh,,sakitnya…” Adam menjerit kesakitan sambil tangannya menepis kerengga-kerengga yang menggigit lehernya. Tanpa sedar dahan yang reput di sebelah kirinya telah dipijak lalu…….. DUB!!!
Atul menoleh apabila mendengar bunyi sesuatu.terbeliak biji mata dia apabila melihat Adam sedang mengerang kesakitan. Atul segera menghampiri Adam dengan wajah cemas. Adam mengerang,kaki kanannya berdarah akibat tergesel dengan kulit pokok jambu itu.
“YA-ALLAH sakitnya. Aduh, perit betul kaki aku ni.” Adam mengadoi kesakitan. Tanpa sedar airmatanya meleleh kerana terlampau menahan keperitan. Atul yang melihat menjadi kasihan lalu dihulurnya tangan dengan niat ingin membantu Adam bangun.
Adam menggenggam erat tangan Atul dan dengan susah payahnya Adam berjaya jua duduk dan bersandar di pokok.
“terima kasih adik,” ucap Adam sambil menyeringai kesakitan. Atul hanya mengangguk tersenyum dan lantas berdiri. Adam terpinga-pinga. Melihat Atul yang ingin melangkah menyebabkan Adam segera bangkit dengan susah payahnya.
“eh cik adik,tunggu sekejap.” Tertengkot-tengkot Adam berjalan untuk menyaingi langkah Atul. Pedih yang terasa di abai kan asal kan dia berjaya mengetahui nama gadis yang berjaya membuat matanya tidak berkelip.
“ ehem, ehem, nama cik adik ni siapa? Duduk dekat mana? Dah ada yang punya ke?”
Sangat miang bunyi suara Adam mengajukan soalan.Umpama tenuk tercekik biji durian.
Atul senyum manis. Adam terpana. “ mak oiii,, manisnya senyuman dia. Kalah jambu air yang aku makan tadi. Ibu, Adam nak kahwin sekarang bu.” Desis hati kecil Adam bersama senyuman lebar sambil mengekori langkah Atul.
“errr, tak boleh ke saya tau nama awak? Saya ikhlas ni. Awak jangan takutlah dengan saya. Saya ni tak de niat nak buat apa-apa kat awak. Cuma nak berkenalan je. Bak kata orang-orang dulu, mengeratkan lagi tali silaturahim.” Adam masih tak berputus asa. Kadang-kadang mukanya menyeringai menahan sakit di kaki.
Atul yang masih tersenyum-senyum dari tadi dipandang tanpa rasa jemu.biarpon kakinya tersepak batu-batu kecil yang terdapat ditengah jalan. Lagak orang angau tak bertempat.
“ Awak tak nak bagitahu nama awak lagi ke? Lama dah saya tunggu ni. Awak tak kasihan ke dengan saya. Dah la tadi saya jatuh sekarang awak tak nak bagitahu nama awak pula. Dah jatuh ditimpa tangga pula saya ni. Pleaseeeeee awak, saya just nak tahu nama aja. Nama aja..pleaseee..boleh lah. Lain hal saya tanya lain hari pula. Boleh la, boleh la awak.”
Atul hanya senyum lagi dan kemudian menggeleng-geleng kepala. Adam mengeluh kasar. Terhenti langsung langkahnya. Matanya hanya kaku memandang kelibat Atul yang makin menjauh.
“Ish, tak boleh jadi ni. Nak jadi apa jadilah,yang penting aku nak tahu nama dia juga.”
Laju kembali langkah Adam untuk mengekori langkah Atul.
……………………………………………….
“Eh Atul, terperanjat Nurul. Ingatkan ada pakwe hensem kacau Nurul tadi. Kacau line betul la Atul ni.”
“ PAP!!”
Berkeriut muka Nurul menahan kesedapan pukulan Atul di belakangnya. Nurul tersengih-sengih manakala Atul pula sudah buat muka taufan Katrina.
“ Ampun mak nenek,ops, ampun cik Atul. Panglima Nurul tak buat lagi lepas ni. Sakit….serik dah.hehehe” segera Nurul memegang tangan Atul yang dah mula nak bergerak menamparnya.
“ Uik, Atul siapa kat pintu pagar tu. Dari tadi dok tersengih-sengih je. Dah macam orang tak betul je. Entah-entah admire Nurul ni. Ish rugi pula tak solek cantik-cantik tadi.
PAP! Atul menepuk dahinya sendiri. Lantas matanya menikam wajah Adam dan turun ke kakinya.
“Nurul,rumah Nurul ada minyak gamat kan? Bagi sikit boleh?” penuh pengharapan muka Atul.
Nurul garu keningnya. “ Atul nak buat apa? Atul sakit ke? Kat mana? Mari sini Nurul nak tengok. Mana tahu serius pulak kecederaan Atul tu. Kalau serius kita pergi klinik je ek?”tangan Atul digenggam erat tanda prihatin.
“ Ish,mana ada Atul sakit, cedera pon tak. Alah,Nurul pergi je lah ambil dulu. Tolong…”
“ok. Atul tunggu kejap ek. Nurul pergi ambil kejap. Kalau rajin tolong lah lipat kain kat dalam bakul tu. Kain semalam tu. Nurul malas lipat.hehehehe” sempat Nurul menitipkan pesanan khas penaja untuk Atul.
“pemalas” Nurul menyambung sambil jelir lidah.
…………………………………………….
posto -Ain-Dak In- at 9:23:00 PM 2 comments
Monday, July 06, 2009
+sengal itu KAMI 1987-derita dilambung ombak+
bertarikh 3-5 july 2009 terjadilah gathering 1987 yang di jayakan oleh ahli2 1987.kami semua berkenalan melalui friendster dan sebab keutuhan persahabatan kami,maka terjadi la gathering ni.
jumaat tuh,aku dari cheras ni bersama dengan azyan,ikki(kiki lala) serta flora. azyan and flora aku pick dia kat bus stop taming dan ikki plak aku amik dia kat ktm serdang.
230 pm kami bergerak dan singgah dulu di rumah mak aku di n9 sebelom meneruskan perjalanan kami ke pengkalan balak. lebih kurang pukul 530 pm kami pon sampai di chalet mesra. ahhh.... kumpulan kami sampai dulu. tiada apa nak buat kami pon berpoye2 sebentar di jeti berhampiran pasar teluk gong sambil menikmati bayu pantai. disitulah kami dapat ayat "derita dilambung ombak" dan terus mengguna ayat tu dikala kesengalan masing2 semakin memuncak.
kami lepak kat jeti tu dan perut makin memerit.jadi kami putus kan tok makan dulu sekadar alas perut kerana dgr cite nia nak bwk nasi beriyani gam.
hp flora tak abis2 berdering.hp dia berdering aku plak yg kene jawab.flora ko memang hampeh...
kemudian me & epit lak sampai. hp flora memekak lagi,ahhh..en snizr dalam keadaan sesat,hari makin maghrib,burung gagak pon dah mula menambat kepak nye. jadi aku wat keputusan nak amik dorang kat b/polis pgklan balak. akhirnya mereka( snizr,ajart,im,men) tiba jua di tempat kami makan tuh. ajart muka bengang.mgkin kelaparan. yg lain suma muka sengal.
makanan kami sampai dah. tp....ahhh..ni aku tak puas hati..mengapa aku order air sirap limau yang sampai hya lah air sirap..ini bikin gado.. adik oit,,limau mano???
tp sebab aku lapo,,aku wat dek jek. azan maghrib dah kedengaran, aku habiskan mknn ngan cepat pastu ajak budak2 ni balik chalet.nak kejar solat maghrib. berpoye2 gak, yang wajib jgn dilupakan.
mase nak bayar tuh,aku ckp la " nasi goreng cina,telur mata ngan sirap".
"eh bukan sirap limau ke?" adik tu tye.
"limau xdok, saya minum sirap je tadi"
dalam hati aku dah menyumpah2 bdk kecik ni. order aku igt tp time buat air x igt plak..deb karang.
pastu kami semua gerak balik chalet. baru 3 kereta sampai. kami tggu lagi kemudian dah nak tgh malam baru la yang lain2 sampai..ada yang naik bas,ada yang naik moto.
yang naik bas adalah si wan,nezz,pana and cik murni kita.huhuhu.... semua budak laki yg ada kenderaan p jempot dorang(lebih kepada nak berpoye2).tinggal aku,flora,ayan and ajart..
ahh..sgt boring...jadi kami berkejar kejaran di tepi pantai spt duyung mendapat kaki...lalalalalala....
+dak in(aku) +azyan(cikgu) +flora)flo +capiqa(maharani) +ajart +murni +pana
+ikki(kiki) +nia +ben +sanzo +im +epit +me +nezz +wan +sniz +shamin(men) +amizan +eiman(dtg pg ahad)
sabtu
breakfast nasi lomak yang pedas(bg dorang),beserta 'ikan bilis yg byk dan kacang yang bergolek2 sana sini.'
aku,flora,azyan and maharani p pasar cari ikan,ayam dan barang2 tok wat bbq.kat chalet dorang main baling selipar(acara sukaneka).ahhh..aku sgt jeles.....
kami balik dr pasar ada yang telah jadi dugung serta duyung.(sgt x adil lagi)
lunch kami makan nasi ayam shamen beli.nyum..nyum...lapo la wei....
kemudian kami lepak2 kat tepi pantai tu.angin kuat gile.syoknye..kami berborak,gelak2 cam org gilak..ahhh..sadis..
ptg plak,ada sesi treasure hunt. soalan disediakn flora dan aku plak adalah si penyorok barang.
lalalala~~~ ajart,apakah ibu negara zimbabwe...hahahaha..botak kepala nak tahu jawapan.
acara abis. wat preparation tok bbq mlm ni plak..semua bergotong royong sambil bercanda..lalala~~~gadis yang pki tudung hijau tuh yang paling rajin.ehem..ehem..
sesi bbq abis lebih kurang kul 11 lebih,gitu la.
sambung plak ngan sesi suaikenal...ahhh...bab ni yg aku jadi pemalu..lalalala~~~
time aku,soalan suma macam siot kan..ternyata korang sgt dengki ngan kejayaan ternakan aku..
hahahaha!!!!
akhirnya kul 4 pagi baru la aku dapat melelapkan mata.nikmatnye tido...
ahad
hujan agak lebat woo...aku pas solat subuh tido balik,smpi la kul 9 pg.
aku bgun mandi and terus cari brg2 yang aku bwk.ujan lobat,tkot terbang plak.
aku keluar tgok pmndgn.cantik. smbil menghadap laut aku toleh kiri.tgok epit tgah bergayut ngan awek dia. pastu aku msuk balik,rasa lapo kemudian aku amik tam-tam dan terus lepak kat tembok chalet.sorang2 makan tam-tam tuh. kemudian baru la sorang2 bdk gurl and boy kuar dr sarang memasing.
ujan dah reda,ada yg amik kesempatang p mndi laut lagi.
siap naik banana boat lg tuh. sgt x buley blah.aku jelos.tp aku malas nak mandi laut.xde feel..
lgpon malu la..huhuhuhu.... klu ngan family aku jek,mmg aku mndi dah..wakakakaka..
kami bfast sandwich jek, mkn tgh ari plak kul 4 petang...hahahaha..sbb tggu si pembeli..lama sgt..
kami kelaparan.........
lunch kami adalah PIZZA...ahh..perut dah lapo..layan jek..
akhirnya wat sesi photography then aku,azyan,flora and wan balik..yang lain teruskan perjalanan ke bandar hilir tok berpoye2 lagi.
sumber dari BERNAMA.
P/S: mana nia?? sampai hati ko balik dulu nia. x sempat aku nak bergambor dgn ko..
ahhh....ko kan mantan keluang man...chais!!!!!!!!!
nak tgok gmbr lagi, [klik sini]
tatatitittutu....korang memang bes!!! love u all...
posto -Ain-Dak In- at 2:36:00 PM 5 comments
Thursday, July 02, 2009
+pic mengancam part 2+
salam...selamat malam semua..hehehehe..kali ni nak sabung pic mengancam yang aku post last week...
pic ni aku sendiri yang amik masa persandingan sepupu aku yusri akak aboy..huhuhu..
jom kita tgok...
lalalalala~~~~~
+ get ready ke majlis malam berinai..hehehe...anak buah yang sulung and adiknya.
+pelamin di kala malam.pencahyaan itu penting.
disambut dengan cahaya bunga api ketika berarak.
+ ketika bersanding. flower girl tak jadi..huhuhu..
+ simple jek kan..tapi tetap menarik.
+ hujan panas di kala siang. wow...kek 5 tingkat..
+majlis berarak,bergema paluan kompang beserta gadis kenit yang comel.
+ lebar senyumannya.
+ ehem...aku ni bila lagi ek?? uhuk..uhuk...
+time for renjis-renjis..lalalalala~~~
+ ni lah wajah 3 org anak buah aku yg jadi flower girl..comel kan?? hehehehe..
p/s: meriah wo majlis.... mlm berinai dihadiri MB n9...
huhuhuhu.....
posto -Ain-Dak In- at 9:31:00 PM 3 comments