+ kek PROSBOC
+ upacara pemasangan sticker di kereta hamba
+ bolehkah silver hamba jadi seperti kereta putih ni?? insyaallah
+ candid je ni.
+ antara ahli PROSBOC- major area kl
+ sungguh seronok malam tu.
suka ke blog ni?
Tuesday, May 26, 2009
~ pic di alamanda ~
posto -Ain-Dak In- at 10:46:00 AM 7 comments
Monday, May 25, 2009
+ PROSBOC +
im back..im back..im back....
hahahahaha.....
nak post sket je ni,,
just nak wish happy annivesary yg pertama untuk PROSBOC.
wish u all the best and long live PROSBOC!!!
hahahaha..adios.....
* nota cagu-gmbr coming soon..Hp aku problem..siot jek..
posto -Ain-Dak In- at 1:57:00 PM 1 comments
Friday, May 22, 2009
+ penyakit sekarang +
lagi sekali ain cuba untuk berkongsi cerita tentang selsema babi (H1N1).
seperti minggu2 lepas, malam tadi ain tak lepaskan peluang tengok HALAQAH di tv9.
dan tajuk perbincangannya adalah selsema babi. dan panel jemputan mereka adalah ustaz farid ravi abdullah dan juga dr danial zainal abidin
seperti biasa ain cuma ambil sedikit sahaja petikan yang bg ain amat menarik.
iaitu.
" ada sebab mengapa ALLAH mengharamkan khinzir. dan ianya telah termaktub dalam AL-QURAN sejak beribu-ribu tahun dahulu. dan salah satu sebabnya adalah penyakit selsema ni.
khinzir ini adalah satu-satunya binatang yg menghasilkan virusnya tersendiri.dan binatang ini memang banyak virus. virus itu dikumpulnya di area kerongkongnya(klux silap la) dan akhirnya virus-virus ini akan menyerang manusia. sebenarnya virus2 itu hanya menyerang binatang,. tetapi disebabkan khinzir ini,virus itu telah diupgrade di kerongkongnya dan kemudia terhasillah satu virus baru yang menyerang manusia. virus selsema babi ini pernah melanda dunia sekitar tahun 1918 (maybe) dan menyebakan hampir 30-50 juta penduduk dunia mati.
oleh sebab itu,sekarang WHO agak kelam kabut kerana takut virus ini akan mengulangi sejarah lalu... "
"ada pakar @ tabib dr china zaman dulu kala berkata bahawa khinzir ini adalah binatang yang daging nya langsung tak elok untuk dimakan. binatang yang membawa penyakit."
itu kata pakar china zaman dulu kala..sedangkan kita tahu yang khinzir itu memang halal bg mereka...
bg pendapat ain, negara kita adalah negara islam dan sepatutnya kita sebagai negara islam jangan menternak khinzir.apatah lagi bila ain dpt tahu yang malaysia ini adalah salah satu negara pengeksport terbesar di dunia.itu bagi pendapat ain la.huhuhu....
nota cagu: segala cerita di atas adalah serba sikit tentang apa yg ain tonton mlm td.klu ada kesilapan im sorry yek.huhuhuhu....
renung-renungkanlah dan selamat beramal....
semoga ALLAH menyelamatkan penduduk muslimin dan muslimat.insyaallah.
posto -Ain-Dak In- at 12:21:00 PM 2 comments
Labels: "im a muslim"
+ Segudang Tagged +
salam semua..harini ain nak jawab semua tagged yang telah tertunggak..maafkan ain sebab terlambat kekawan..huhuhu...harini baru ada feel nak jawab tagged tu...
ok..1st tagged datang dr cik adraadlina kita...huhuhuhu....
dia nye tajuk hanya 10 perkara...hmmm..maybe 10 perkara ttg diri ain,kesukaan ain or kebencian ain..ape2 jelah ek adra,jnji 10 okie...
* suka membaca novel terutama sekali penulis yang berbakat.
* addict dengan RAM (ramfc)
* sayang pada silver beliau..@_@
* kategori panas baran gak la.
* muka serius, tapi perangai gila-gila
* kuat gelak
* kuat sakat anak buah-x berhenti selagi x penat,dorang x nangis or ain x kene marah.huhuhu..
* suka mengumpul jam- mahal ke murah ke asalkan ianya cantik.
* skang dok asik layan lagu wonderpet dan st12-puspa
* sedang mencari calon (sungguh x buleh blah statement ni.adehhh..sakit jiwa tol la.)
-okie,selesai 1 tugasan. pergi ke tugasan no2 plak.
mak oiii...banyaknye tagged kamu kaseh.... gini la..sebab ain tengah mood baik,ain jawab 5 soalan jek ek.huhu..(nak ngelat jek)
1) Apakah hubungan awak dengan dia (INSAN YANG MENGETAG ANDA)?
*salah seorang rakan di alam maya(blogger)
2) 5 impressions terhadap si dia..hurm...
* adeh..ni yang payah ni..ain xkenal dia la..
*dia kata dia suka menulis tp x suka membaca
*suka menulis tentang fantasy
*addict ngan kdorama and jdorama
*gila babeng suka ngan ryo apentah namenye...
3) Perkara yang paling memorable dia pernah lakukan kat awak?
*adeh..ni lg satu soalan sakit jiwa...
4)orable dia cakap kat awak?
* adehhh....adeh...adehh dan adehhh...
5) Kalau dia kekasih awak, awak akan?
* rasenye x mungkin.. im not a lesbo...(hahahaha)
-cukuplah tu ek kaseh..byk sgt..huhuhuhu......next assigment please....cewah...
okie.kali ni dari mama qarissa plak(kak watie la tuh).hehehehe....
Arahan tag ini.
1) Anda perlu print screen wallpaper di desktop anda yg sedang anda gunakan sekarang. Jangan tukar tau.
2) Bagitau kenapa anda suka wallpaper ini.
*kenapa ain suka ek. cuba korang tengok betul2.dan bgtahu ain apa sebab korang TAK AKAN suka wallpaper ni.dalam pic memang x cantik.tp kalau korang tengok kat komp ain berdepan.kompom korang jatuh chenta dengan pemandangan tu.memang sgt cantik.subhanallah-sungguh indah ciptaan ALLAH SWT.
3) Sila tag 10 orang kawan.
*soalan ni ain xmo jawab..huhuhu...tp kalau sesapa nak jawab silakanlah...
nota cagu: hope semua yang tagged ain puas hati la dgn jwpan ni..hehehehehe.....mmg ain "rajin" sgtr harini.tu yg byk skip soalan. hehehehehe..posto -Ain-Dak In- at 11:40:00 AM 1 comments
Labels: -tagged sesaja-
Wednesday, May 20, 2009
+ hai la hati +
posto -Ain-Dak In- at 8:20:00 PM 6 comments
Thursday, May 14, 2009
+ dapat hadiah..yey..yey +
posto -Ain-Dak In- at 4:50:00 PM 1 comments
Labels: -tagged sesaja-
+ award tok semua pembaca +
award ni istimewa ain sediakn untuk semua pembaca blog ain.
thanks kerana sudi menjadi teman alam maya..
ain sayang semua...love u!!!
posto -Ain-Dak In- at 12:54:00 PM 15 comments
Labels: -tagged sesaja-
Tuesday, May 12, 2009
+ Air Mata Ibu +
air mata ibu.hmmm...tajuk aku pada hari ni,
bukan nak kata aku buat mak aku menangis..cuma ini la tajuk bagi program
SEMANIS KURMA yang aku tonton minggu lepas.
tajuknya "air mata ibu"
apa yang aku nak sampaikan ni kejap lagi aku bgtau ek...
skang aku nak cerita sikit mengenai tajuk tu dalam semanis kurma..
wah...terasa cam ustazah pula.
- nama makcik ni(aku gelar makcik koz anak sulung nye sebaya aku)ehh..aku x ingat la..
xpe la,,aku gelar makcik piah la...
makcik piah ni penah berkawin sebanyak 3kali.
perkahwinan pertama ada 3 org anak dan ceritanya hanya berkisar tentang anak dr suami pertama ni. kedua dan ketiga ampun aku tatau.
anak pertama lelaki dia ada tersebut nama nye adalah wan.
yang ke2 seorang oku dan yang ke3 mungkin baru lepas stpm.
bekas suami dia ni yang jada anak2 dia dan makcik piah x pernah berjumpa anak dia selama berbelas2 tahun.(sungguh kesian)
bila dah merayu2 bagai barulah ex suami dia benarkan beliau berjumpa dgn anak nya..itu pon hanya anak sulung yg bernama wan itu.
makcik piah menceritakan penderitaan setelah bertemu wan.
wan dah bekerja mungkin sebab makcik piah rindu sangat dgn wan, diajaknya wan tido di rumah beliau..
tapi wan bersikap binatang dengan makcik piah.dia cuba untuk merogol makcik piah(tatau berjaya atau x), memukul dan mcam2 lagi di buatnye.
makcik piah terseksa...
di penddekkan cerita... ustazah norbahyah bertanya soalan.
mengapakah makcik piah letak nick anaknye di dalam fon sebagai anak derhaka??
makcik piah pon cerita la.....(spt diatas)
makcik piah dah terlampau terguris dengan pe'el anak dia,
dan beliau kata.... sekali air mata saya menitik, x selamat la anak dia itu.
sumpah seorang ibu,,ahhh..sungguh meremang bulu roma ku.
"saya bersumpah dengan bersaksikan ALLAH TAALA,kalau anak saya tak mintak ampun dengan saya. maka kemalangan la dia di atas dunia ni."
terkedu semua orang di dalam studio itu termasuk lah aku dan kakak2 ku.
tetamu studio ( aznah hamid and anak beliau syeira,serta makcik piah)
adakah anak dia itu akan jadi si tenggang versi milennium??
nauzubillah... mintak la ampun dengan ibu-bapa kamu sementara masih sempat...
persoalan nye sekarang. mengapa tergamak makcik piah membuat sumpahan begitu??
setelah berbelas tahun tak berjumpa. mungkin anak dia tu memang patut di sumpah..
tapi.... bila fikir betul2... neraka tempat anak dia itu...
tiada sedikit pon ke perasaan kasihan itu...
ahhh..
pembaca...tolong beri komen supaya aku dapat menyelami hati makcik piah ini...
aku tahu dia terluka...tapi.... masyallah.... sumpahan itu.....
aku ngeri!!!!!!!!!!!!!
sesiapa yang tengok semanis kurma dan rasa aku ada salah tolong bagitau ek...
aku pon igt2 lupa sudah.....
posto -Ain-Dak In- at 4:26:00 PM 4 comments
HHB-4
salam kekawan..sori lama x update cerita ni. otak beku la..lagipon bila ada mood nak sambung je time tu la bos bg kerja melambak2..sori sesangat..hope enjoy walaupon x enjoy.. hahahaha.. pura2 enjoy sudah... komen anda ain hargai.....hehehehehe...
.............................................................................
Terdengar alunan MP3 lagu welcome to the black parade-MCR dari handset Adam yang sedang bergolek di atas katil. Sampai aja di rumah tumpangan tersebut terus dicampaknye beg dan meluru ke katil. Tanpa lengah dilontarkan badannya ke atas katil ala-ala aksi acrobat yang kelelahan.
Wafiyuddin menggeleng kepala. “ Huduh perangai orang tua ni”. Bisik wafiyuddin perlahan dan mula ingin melangkah ke bilik air untuk mandi.
“ Kutuk,kutuk. Ingat aku tak dengar ke kau kutuk aku? Kene sambar petir karang baru tahu” sinis suara Adam. Terhenti langkah Wafiyuddin yang baru ingin mencecah lantai bilik air. Ditolehnya kebelakang dan dilihatnya Adam tersengih sinis dengan mata terpejam dan tangan menunjuk lambang peace.
“ Cinabeng kau ni kan, telinga cap ape hah? Punya slow suara aku kau boleh dengar?
Dah lah buat aku terkejut. Nasib baik jantung aku ni strong lagi macam tuan dia”
Dadanya yang tak berbaju itu di usap perlahan. Kebetulan sebingkai cermin berada bertentangan dengan dia lantas di lihatnya bentuk dadanya. Kemudian dia menjeling kearah Adam yang sedang terbaring itu.
“ dah kepeng tu kepeng jugak. Jangan nak terkebil-kebil pula kat situ.”
Bergegar badan wafiyuddin menahan gelak nya yang hampir hendak meletus itu. Hati kawannya perlu juga dia jaga.
“cis,cis,cis, dan cis. Tak apa, nati aku pergi daftar dekat gym. Tau la kau nanti. Masa itu baru la kau tau yang aku ni lagi kacak bergaya serta tough dari kau”. Bidas wafiyuddin sambil menunjukkan aksi mr universe bertanding.
Terkekek Adam menggelakkan dia. Tawanya yang di simpan td terluah jua. Sambil tergelak wafiyuddin mengguling-gulingkan badannya.
“gelak la kau sampai lebam. Malas layan kau. Aku nak pergi mandi. Nanti lagi lambat aku mandi lagi banyak la cicak kat dalam bilik air itu nanti”.
Terguris senyuman Wafiyuddin melihat aksi Adam yang tiba-tiba senyap dan terkedu itu.
Tanpa lengah terus dia menapak ke dalam bilik air. Dengan segera dia mengunci pintu apabila melihat Adam ingin berlari untuk berrebut bilik air dengannya.
Wafiyuddin gelak besar apabila Adam menggendang pintu bilik air. Tahu sangat dengan sikap kegelian Adam terhadap cicak.
“ko ketuk la pintu tu sampai kau lebam. Kalau tak lebam kau jangan berhenti”
Wafiyuddin terus gelak dan bernyanyi di dalam bilik air. Tanpa diketahui Adam sebenarnya Wafiyuddin telah selesai membersihkan diri. Dan telah siap memakai tuala. Tapi sengaja nak menyakat Adam. Wafiyuddin di dalam bilik air sedang bermain dengan buih-buih sabun.
Adam geram lantas ditendangnya pintu itu dan wafiyuddin didalam bilik air terus melompat dan tanpa di sedarinya kakinya tergelicik dan terus terjerlus ke dalam lubang jamban cangkung.
Adam gelak besar melihat aksi beruk Wafiyuddin. Hampir saja dia terguling-guling disitu. Tapi mengenangkan tempatnya tidak sesuai kesukaannya itu tidak diteruskan.
“woi shibet,sakitlah!!” pekik Wafiyuddin sambil cuba mengeluarkan kaki nya dari lubang jamban tersebut. Berkerut-kerut muka dia menahan kepedihan.
Melihat wajah berkerut Wafiyuddin,Adam menjadi cemas.
“ Beb, sakit ke? Wei sorry la. Aku tak tau plak ko terkejut sampai melompat ke dalam jamban tu. Mari sini aku tolong kau.”
Dipapahnya wafiyuddin ke katil setelah membasuh kaki temannya itu. Muka Adam penuh penyesalan. Tidak sangka gurauannya membuat temannya cedera.
“ tu lah kau, sapa suruh takut-takut kan aku. Kan dah kene. Lainkali ko sebut pasal cicak aku tak tahu apa yang akan terjadi dekat kau lepas ni. Bak sini kaki kau tu aku urut. Nasib baik aku ni pakar mengurut tau. Kalau tak aku biar kan aja kaki kau tu lebam,lepas tu makin lebam dan akhir sekali kena potong. Hah,kau nak jadi oku dalam usia muda belia begini? Kesian dekat Wafia dapat bakal suami yang cacat. Kalau kau dah cacat alamatnye sayonara la ko. Time tu Wafia mesti nak kat aku. Aku pulak tak akan nak pandang je kan. Nanti kau tengok persandingan aku ajalah dengan Wafia. Meleleh lah air mata kau melihat kami bersanding”
Dari membebel timbul pulak niat menyakat Wafiyuddin. Bibirnya menguntum senyuman lebar sampai ke telinga melihat cebikan Wafiyuddin.
“ Aku gurau aja lah kawan, tak kan la itu pon nak sentap. Aisey… sensitive la kau ni. Aku ni belom desperate nak ambik awek kau. Aku tahu Wafia tu setia dengan kau je.
Tapi kalau betul la aku tahu kau sia-sia kan dia, memang aku grab dia terus dari kau. Ingat tu.”
“ye, tau lah aku.ingat aku main-main ke dengan Wafia tu. Dia sajalah buah hati pengarang jantung aku. Kau doa-doakan lah kami cepat bernikah yek.”
Tercetus senyuman gembira di bibir Wafiyuddin.
Adam yang geram dengan aksi Wafiyuddin memicit kuat kaki sahabatnya.
“adoi!!! Sakit lah ngok ngek. Bos apa kau ni. Zalim sangat.”
“padan muka kau. Dah..dah. aku nak pergi mandi. Kaki kau tu tak teruk mana pon. Setahun dua sembuh la tu.
“hah” terpekik Wafiyuddin mendengarnya. Adam sudah gelak sambil menunjukkan peace ke arah Wafiyuddin.
“ sehari dua ok lah tu. Cuak memanjang je kau ni”. Tanpa menoleh lagi Adam terus menapak ke bilik air sambi bersiul-siul.
……………………………………………………..
Atul mengesat peluh yang mengalir di dahinya. Sambil itu matanya meliar memerhati sekeliling kawasan rumah yang telah kemas disapunya. Memang itulah rutin harian Atul setiap pagi. Selepas menunaikan solat subuh,Atul akan menyediakan sarapan dan kemudian terus mengutip pakaian kotor dibiliknya dan di bilik Wan. Setelah itu Atul akan membasuh pakaian dan terus menjemurnya. Selepas menjemur, tanpa lengah lagi Atul akan menyapu halaman rumah. Dan akhir sekali baru lah Atul akan naik kerumah lalu bersarapan sambil ditemani oleh Wan.
“Cu sayang!, mari naik. Kita sarapan sama-sama. Wan dah lapar ni. Atul pon mesti dah lapar juga kan? Karang boleh sambung mengemas tu. Nati masuk angin dalam perut siapa yang susah? Atul jugak. Mari cu.”
Atul hanya tersengih sahaja mendengar teriakan Wan nya itu. Terserlah kasih sayang Wan Lijah terhadapnya. Tanpa lengah lagi penyapu lidi yang hampir kepatahan di belah hujung-hujungnya disandarkan di belakang pokok manggis yang hampir matang itu. Di bawah pokok manggis itu ada sebuah pangkin yang boleh memuatkan 5 orang dewasa duduk. Selalunya Atul akan bersantai disitu sambil di temani Wan nya di kala petang, dan kadang kala kalau tiba musim mangga, pangkin itu lah mangsa Atul mengupas mangga untuk dijadikan jeruk.
“ Bak sini piring tu. Wan cedokkan mee untuk Atul. Penat Atul menyapu kat luar tadi kan? Sian cucu nenek” ligat tangan Wan Lijah menyedokkan mee goreng ke dalam piring Atul. Di ambilnya garfu dan kemudian piring yang penuh dengan mee itu dihulurkan kepada Atul. Atul menyambutnya sambil menghadiahkan senyuman manja buat Wan nya. Setelah menyendukkan mee kedalam piringnya, Wan Lijah mula mengangkat tangan dan membaca doa makan sambil di aminkan oleh Atul.
……………………………………………….
“Atul, nak pergi mana tu? Kan dah tengahari ni. Panas kat luar tu.” Tanye Wan lijah separuh jerit apabila dilihatnya Atul sedang menyarung selipar jepunnya.
“ Atul nak pergi rumah Nurul kejap. Dia ada kat kampong minggu ni. Sekejap je Wan. Nanti dah puas Atul telek muka Nurul, Atul balik rumah ye Wan”
Ligat tangan Atul memberi jawapan sambil matanye terkebil-kebil comel cuba untuk memancing hati Wan Lijah.
Tergelak besar Wan Lijah apabila Atul membuat memek muka begitu. Sangat comel. Itulah modal Atul bila ingin mengambil hatinya.
“Pergilah cu. Tapi cepat balik tau. Jangan lama sangat kat sana. Makan tengahari balik rumah. Jaga diri elok-elok. Jangan nak main kejar-kejar pula dengan Nurul tengah-tengahari buta ni. Ada yang kena piat telinga tu nanti”
Bebel Wan Lijah pada cucunya. Sejak kematian anak dan menantunya, Atul lah tempat Wan Lijah untuk bermanja,mengadu sakit pening. Atul lah racun dan Atul jua penawarnya. Sayangnya pada Atul melebihi segala-galanya. Lebih-lebih lagi dengan kekurangan yang ada pada diri Atul.
Atul tersengih dan terus berlalu sambil melayangkan flying kiss ke arah Wan nya.
Wan Lijah hanya menggeleng sahaja dan terus berlalu ke dapur setelah kelibat cucunya telah hilang dari pandanganya.
…...........................................................................
“ Beb, aku keluar kejap. Jalan-jalan jap,cari pasal. Kau tinggal jaga rumah dan masak. Aku balik tahu dah siap semuanya. Lepas tu kau lap tingkap, mop lantai, bersihkan habuk kat kipas tu, kipas ni, kipas sana. Lepas tu………..”
“oiii… oiii… banyak la cekadak kau. Ingat aku orang gaji ke. Banyak lak songeh kau.
Nak pergi jalan tu pergi je lah. Ni siap pula bagi amanat-amanat pula. Aku ketuk kau dengan gayung ni karang mau benjol kepala kau. Dah pergi..pergi sanun. Aku nak pergi mandi ni. Nanti kau belikan nasi tapau je ye.”
Pantas Wafiyuddin mencelah dengan kata-kata Adam tadi.
“ hahahahaha…gurau sikit pun tak boleh. Okey la. Aku pergi dulu ye. Mana tau jumpa bidadari semalam. Memang aku simpan dia dalam kocek baju ni. Okey..tata Wafiyuddin.
Jaga diri. Jangan nakal-nakal ye.” Adam berlalu sambil gelak besar. Dari kejauhan dengar siulan dari mulut Adam berentak lagu ST12-PUSPA. Wafiyuddin memandang Adam dengan mata yang makin mengecil.
……………………………………………………………
posto -Ain-Dak In- at 2:48:00 PM 4 comments
Friday, May 08, 2009
+ Get Well Soon yayang +
GET WELL SOON MUHAMAD BAHRI WAFIYUDDIN.
PELUK CIUM DARI ACU,,MMMUAHHHH...
-pic mlm td amik. aku p lawat dia kat hosp ampang puteri..
doakan beliau cepat sembuh. the only hero......
posto -Ain-Dak In- at 4:42:00 PM 3 comments
Thursday, May 07, 2009
+ R.E.V.E.N.G.E +
tagged ini adalah sebab k moon ingin membalas balik jasaku yg pernah tagged beliau dulu. dalam erti kata lain balas dendam kot. hahahaha.. agak kejam statement tu. ampun k moon. hehehehehe.... tepuk..tepuk..tepuk tok k moon... hahahahahaha.... ^_^
1. Nama timangan family:
Nama timangan family ek?? segan plak nak bagitahu. tapi aku rasa kalau aku tak bgtau pon org mesti dah tau (bajet pemes lak). family aku(mak+adik beradik) panggil aku ain ataupon acu ataupon adik (malu2 kambing). anak2 buah aku panggil aku acu la. wan aku panggil ain
2. Anda seorang yang...:
seorang ape ek.?
+panas baran - kadang2 tengah gelak2 pon leh jadi temper kalau x kena caranya. (sungguh teruk)
+kawan2 aku cakap aku sahabat yang baik. dorang cakap la. (sambil menyanyi lagu keluangman).
+aku kalau idam sesuatu benda(terrramat nak) aku akan usaha sampai dapat.x kira benda tu mahal or tak. asalkan aku rasa puas hati dan opkos rasa berbaloi.(guna duit sendiri ok)
+aku rasa aku tak manja. kaklong aku cakap aku manja. tapi bagi aku abg2 aku lagi manja.
(ini tidak adil!!!) hehehehhe...
3. Insan istimewa dan kenapa dia teramat istimewa:
+pling istimewa sudah tentu la bonda tercinta aku. kenapa beliau istimewa??
sebab beliau aku lahir di dunia yang fana ni.
sebab beliau aku agak menjadi orang =.="
sebab beliau aku sekarang ini makin lebih tabah.
sebab beliau aku kene jadi tabah.
sebab beliau aku wajib tabah menghadapi dugaan hidup ini.
sebab beliau aku senyum walaupun hati ingin menangis.
sebab beliau aku kene kuat.kalau aku tak tabah & dan tak kuat mak aku jadi lebih tak tabah and tak kuat dari aku.
aku nak beliau tabah dan kuat supaya aku dapat lebih tabah dan kuat dari pandangannya.
kalau la dengan cara daki tangga dengan lutut boleh kembalikan arwah ayah aku. aku rela buat demi mak aku. aku rela..........
Lagu kesukaan sekarang:
lgu kesukaan sekarang lagu2 yang berada kat blog aku. sebab............. hmmm....
5. Warna kegemaran:
ikutkan aku suka semua warna. semua warna tu ada kecantikkannya tersendiri. tapi haritu wak legeng tegur aku. dia kata gambar2 aku kat dalam fs,ms,tagged etc majoritinye hijau. bila aku check balik...hmm..betul la..banyak hijau... hahahahaha.. selama ni aku tak perasan.
tapi paling aku suka warna coklat,purple dan hijau. (semua warna cantik lah)
6. Benda paling wajib dalam handbag:
aku takde handbag la... bape kali nak bgtau ni. tapi kalau beg sandang leh x? hehehehe... dalam beg tu aku letak semua kunci (umah,kete & moto). pastu alat2 solek sket (aku x suka bersolek).
pastu ada milo 3 in 1 (hahahaha), ada cd drawing (kalau kecemasan), ada colour luna, ada kotak spek mata, kertas2 aku catit nota, ada kabel kamera (4 my fon). senang cite beg aku tu memang serba serbi..hahahaha...cuma xde mangkok kuali je..kui..kui...
7. Kali terakhir nangis:
last week sebab rindu kat arwah ayah. sekarang pon aku masih rindu kat dia. esok pon aku rindu lagi. lusa pon. and sampai2 bila2 aku rindu arwah ayah.
8. Tag rakan anda:
+ flora allan
+capiqa (tuanku)
+ azyan ??(ayan)
+adni
+adra
+lea qistina
+pakcikdot
+ziera
+nadhiera
+sesapa yang teringin nak jawab la.. sila2 kan..jangan malu segan.
posto -Ain-Dak In- at 10:03:00 AM 5 comments
Labels: -tagged sesaja-
+ kalahkan Ahmad Nabil?? +
posto -Ain-Dak In- at 9:54:00 AM 1 comments
Labels: -tagged sesaja-
Tuesday, May 05, 2009
+ saya dapat award=mekacih +
ahah..kali ni aku nak post 2 award sekali..hehehehehe.....
posto -Ain-Dak In- at 9:30:00 PM 1 comments
Labels: -tagged sesaja-
Monday, May 04, 2009
+ Apa Motif ? +
* kemain susah nak dapat pic buaian yg sesuai dengan kehendak aku.
semalam hari ahad,cuti lagi. macam biasa aku di kampung.cuaca amatlah panas terik. tapi sungguh nasib baik kerana angin bertiup agak kencang.bukan sepoi2 bahasa lagi. aku pula lepas mandi dah solat zuhur terus makan tengahari. selepas setel semuanya aku pon dengan lenggok ayu(pakai kain batik la katakan) terus pergi lepak di buaian yg terletak betul2 berhadapan pintu masuk rumah(bukan pintu pagar). yelah,hari panas dengan angin yang bertiup aku rasa itu la tempat yg paling terbaik. kipas pon x lut (pemanasan global betul ni).
tanpa sedar mata aku makin sayup dan makin kecik,bertambah kecik dan terus lagi kecik. suara2 keluarga sayup2 kedengaran di telinga. selama 10 minit aku tertido duduk di atas buaian (habit jugak la). kemudian aku sedar dan mata masih mengantok.
aku terus je layan kantuk yg masih bersisa. aku lihat awan,aku lihat kereta yang lalu lalang kemudian aku baca buku yang bertajuk "80 sebab manusia di laknat or bakal penghuni neraka"
lebih kurang begitu la tajuknya.
aku baca. dari satu helai ke satu helai. dari no lain ke nombor lain. kadang aku merenung ke depan sambil otak aku ni mencerakinkan makna2 ayat tersebut(x paham sgt-indon buat kot)
aku tergeleng2 sendiri..kemudian bila paham aku mengangguk..
angin masih bertiup... mata makin segar bila otak berkerja keras. aku leka dalam dunia aku.
kemudian kak long aku datang.konsentrasi aku terganggu. apa yang dia cakap aku x dengar sgt sebab aku masih cuba nak kembali ke alam nyata(ececeh)..
tetiba mak aku bersuara di dapur
posto -Ain-Dak In- at 3:34:00 PM 7 comments